Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

11 June 2015

Kejayaan Awal PPBN

Kita perlu bersikap terbuka. Jangan bodoh sombong kerana bola sepak di negara ini sudah jauh ketinggalan. Contohnya simposium hari ini (semalam) akan membolehkan jurulatih memanfaatkan maklumat dan pengetahuan terkini yang diperoleh apabila pulang ke negeri masing-masing.
Tatkala pasukan bola sepak kebangsaan bawah 23 mengalami kekalahan demi kekalahan di Sukan Sea Singapura, dalam diam, kita sebenarnya sedang membangunkan satu pasukan yang mungkin saya boleh katakan di sini sebagai satu pasukan yang mantap.




KUALA LUMPUR: Pasukan Bawah 13 Tahun (B-13) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) terus melakar kemenangan dan membentuk kekuatan di Jerman dalam siri perlawanan persahabatan jelajah Eropah. 
Pasukan DNA negara yang mendapat sentuhan bekas jurulatih akademi Bayern Munich, Lim Teong Kim berjaya mempamerkan aksi konsisten apabila mengekalkan rentak kemenangan untuk perlawanan kelapan berturut-turut biarpun ditentang sengit oleh akademi dan kelab ternama. 
Jika sebelum ini skuad B-13 PPBN berjaya bangkit menewaskan Bayern Munich, kini dalam perlawanan terbaru pada Khamis menyaksikan anak muda Malaysia menang bergaya 5-1 ke atas pasukan B-13 Red Bull Salzburg.
Akademi Red Bull Salzburg merupakan akademi termoden di Eropah dalam melatih pemain dari seluruh dunia. 
Dalam perlawanan itu, skuad B-13 PPBN berjaya berada di depan dengan jaringan 2-0 sebelum babak pertama tamat.
Walaupun skuad negara mendahului pihak lawan, jurulatihnya Teong Kim kelihatan tidak berpuas hati dengan persembahan pemain-pemainnya. 
"Jangan takut, tunjukkan kemampuan kamu. Ini satu cabaran untuk kamu semua," ujar Teong Kim kepada pemainnya ketika waktu rehat. 
Bersambung pada babak kedua, rentak permainan skuad negara sedikit hambar gara-gara lawan berjaya mendapatkan jaringan pertama untuk mendekatkan kedudukan. 
Namun, Teong Kim tidak mudah melatah, sebaliknya terus membuat percaturan menggunakan pemain-pemain yang dibawanya.
Skuad B-13 PPBN kemudian berjaya mendominasi semula perlawanan untuk meledak tiga gol sebelum tamat tempoh permainan. 
Sebelum perlawanan itu, skuad muda negara turut berjaya merekodkan kemenangan ke atas pasukan B-13 Tirol Selection, 3-1 dan Furstanfeldbruck 3-0. 
Mereka bakal berdepan dua lagi perlawanan persahabatan sebelum terbang ke Madrid pada 14 Jun ini bagi meneruskan aksi menentang kelab-kelab remaja di sana. 
Sepanjang berada di Jerman, skuad B-13 PPBN berjaya mencatat 29 gol menerusi 12 penjaring berbeza, dan bolos lima gol dalam lapan perlawanan. 
Dalam pada itu, Teong Kim pernah memberitahu kepada mStar Online bahawa kemenangan adalah bonus kepada pemain, tetapi apa yang penting dan ingin dilihat adalah ilmu yang diajar di PPBN dapat diterjemahkan di atas padang.
Tahniah buat Pasukan B-13 PPBN. Cuma satu je yang saya masih tertanya-tanya, adakah mereka sanggup untuk terus fokus bermain dan mengetepikan cita-cita mereka untuk menyambung pengajian dalam bidang lain (sekiranya ada)?

Sekali lagi tahniah diucapkan. Semoga mereka menjadi perintis kejayaan pasukan bola sepak negara pada masa mendatang. Amin.

Tinta mencoret: Semoga Malaysia mampu bersaing dalam Piala Dunia akan datang.

Orange CC Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment