Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

05 May 2015

Sepi Lepas GST

Bergambar bersama Afzal sehari sebelum KAMIL Menengah 2015 Peringkat Zon Selatan. Entah mengapa saya begitu suka dengan gambar ini.
Coretan terakhir sebelum ini adalah pada akhir Mac. Selepas daripada itu (sehingga coretan ini ditaip), tiada sebarang coretan walaupun saya janjikan sambungan kepada coretan bertajuk Sebelum GST: Siri 2.

Maaf sangat.

Sejak coretan terakhir, banyak perkara suka-duka berlaku dalam kehidupan saya. Cuba saya cukup terkilan apa ada satu perkara yang saya sendiri tidak sedar berlaku, ia berlaku dalam diam.

Dan pastinya perkara tersebut membuatkan saya makin mengenal siapa kawan siapa lawan.

Dan apa yang saya rasakan selama ini kini benar-benar terjadi.

Kawan, kalau berkawan, pastikan rasa sensitif dengan kawan. Seorang kawan tidak akan semudah ABC akan 'mengebas' apa yang ada di tangan kawannya. 

Tak mahu menuding jari, cuma terkilan dapat kawan yang makan kawan.

Maaf, coretan kali ini pendek berbanding biasa. Saya tiada mood untuk terus mencoret.

Allah... Allah... Allah...

Kepada Allah kuberserah.

Tidak sesekali akan percaya kepada kawan sebegini.

Juga kepada yang berada disekelilingnya juga.

Allah Maha Adil. Lepas mendapat pengkhabaran tentang kawan makan kawan tu, saya mendapat beberapa berita gembira daripada dua tiga pihak lain. Apa beritanya, tunggulah ia berjaya terlebih dahulu. Sebab kawan-makan-kawan ni dia pasang mata-mata nak melingkupkan kawan sendiri.

Seorang sahabat saya pernah pesan, jangan letak kepercayaan kat sesiapa, sebab belum tentu dia akan berikan kepercayaannya kepada kita. Saya sentiasa pegang pesanannya. Tetapi tidak disangka, ia berlaku pada keadaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Ingat pesan Ustaz Ramly, bila berhadapan dengan dugaan, ingan pesanan Allah menerusi surah al-Insyirah. Apa orang nak buat, biarkan mereka. Pandai-pandai la Allah nak membalasnya nanti.

Pesanan kepada mereka yang berkenaan:
Tak payahlah nak sakitkan hati orang lain dengan cara tu. Aku sedikit lali dengan permainan kalian. Ni bukan kali pertama aku kena 'game', dah berkali-kali. Kita tengok siapa 'game' siapa lepas ni. Kalau aku tak 'game' kau, aku yakin Allah yang akan letakkan kau dalam 'game' dia. 

Tinta mencoret: Caution! Backstabber everywhere.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

3 comments:

  1. Bersabarlah cikgu kerana Allah melihat apa yang berlaku. Semoga mereka yang berkenaan akan membaca coretan ini. Dan semoga Allah membuka hati mereka untuk berubah...

    ReplyDelete
  2. terkadang sukar nak percaya org2 yg ada disekeliling kita....terkdg mrk byk membantu dan trkdg byk yg mahu menjatuhkan....

    ReplyDelete
  3. banyakkan sabar
    itulah asam garam kehidupan
    sekali terkena ingat selamanya
    jadikan panduan untuk ke hadapan


    kalau dah tertulis itu rezeki kita, itu hak kita takkan kemana
    redhakan apa yang berlaku
    insyaAllah yang lebih baik menanti di hadapan

    eh
    gambar tu sapa lak yang click?

    ReplyDelete