Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

24 October 2015

HCF di IDCC 2015

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah Perhimpunan Tahunan Ikram (PTI) yang berlangsung selama satu hari je di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam. Esok (Ahad, 25 Oktober 2015) Konvensyen Maqasid Syariah pula berlangsung, juga ditempat yang saya. Kedua-dua program ini adalah dibawah kelolaan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Hidayah Centre Foundation (HCF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Ikram turut sama memeriahkan kedua-dua program ini dengan membuka booth penerangan kami berhadapan dengan pintu 5. Sepanjang program berlangsung, kami memberi penerangan tentang usaha HCF dalam menyebarkan mesej keharmonian kepada golongan belum Islam (non-Muslim) dan turut mengajak mereka untuk sama-sama menerima dan mengamalkan Islam dalam kehidupan harian.

Sebahagian daripada staf dan sukarelawan Hidayah Centre Pusat. Dari kiri: saya, Reza, Wan Muhammad, Lok-Ai (entah macam mana eja nama dia, dia ni orang Syria), dan Fakhrul Razi.
Tak nak cerita banyak berkenaan Hidayah Centre. Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke www.hidayahcentre.com atau Facebook Hidayah Centre untuk maklumat selanjutnya.


Tinta mencoret: Kerja dakwah, kerja mulia, kerja para rasul.

Hotel Pegasus, Ideal Convention Centre, Shah Alam SDE

2 comments: