Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 October 2015

Sunyi 2015

Huish penuh bersawang blog CTB ni. Banyak betul kekangan bila nak kemaskini. Bermula dengan laptop rosak, sebenarnya bukan rosak pun, kena tipu dengan orang kedai, hinggalah disemakkan dengan tugasan dan aktiviti.

Bila dah laptop tak boleh nak guna, maka terganggulah proses menaip, bukan sahaja menaip bahan untuk CTB ni sahaja bahkan turut mengganggu kerja yang mana memerlukan untuk menaip.

Kerja sekolah banyak dihabiskan di sekolah, terpaksa bergilir dengan orang lain untuk menggunakan komputer.

Boleh je kemaskini guna telefon, tetapi macam tak puaslah bila nak menaip tu. Akhirnya, blog pun dibiarkan bersawang untuk tempoh masa hampir empat bulan.

Okey, untuk coretan kali ni, saya tak nak cerita apa-apa lagi, cuma nak kemas-kemas bersihkan sawang yang sudah bersawang. Insya-Allah, saya akan cuba untuk kembali semula dengan cerita yang sudah tertunggak dalam coretan yang akan datang.

Moga Allah memberikanku ruang untuk mengemaskini.

Team futsal 5 Ibnu Bathutah FC 2014 diketuai Ahmad Shafiq (berbaju jingga).
Tahun ni mereka mengambil UPSR dan PSRA. Semoga mereka semua cemerlang.
Tinta mencoret: Kembali semula...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

3 comments:

  1. Alhamdulillah.. jejari dah boleh menari semula di blog ini...

    ReplyDelete
  2. Masih belum sekuat Ustaz menghapdet Rayap saya... Lebih2 lagi saya sambung belajar, ustaz. Takpe saya akan sentiasa ikuti penghapdetan dari ustaz.

    ReplyDelete
  3. Masih belum sekuat Ustaz menghapdet Rayap saya... Lebih2 lagi saya sambung belajar, ustaz. Takpe saya akan sentiasa ikuti penghapdetan dari ustaz.

    ReplyDelete