Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

22 October 2015

Peperiksaan Dan Jerebu

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) selamat sudah diadakan di seluruh negeri Selangor. UPSR telah dijadualkan berlangsung bermula 8 sehingga 10 September 2015 manakala PSRA pula dijadualkan bermula 28 September sehingga 2 Oktober 2015. Walau bagaimanapun, peperiksaan bagi matapelajaran Akhlak dan Sirah yang berkod AS01 yang pada asalnya dijadualkan pada 28 September 2015 terpaksa ditunda ke 9 Oktober 2015 akibat pengumuman penutupan sekolah-sekolah milik Kerajaan Negeri Selangor akibat daripada bencana jerebu yang melanda negeri dan di beberapa buah negeri lain di Malaysia.D


Alhamdulillah, kedua-duanya sudah selesai berlangsung. Kita hanya tinggal munajat mereka kepada Allah untuk diberikan kejayaan.

Selesai UPSR dan PSRA, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pula menyusul, berjalan tanpa sebarang penundaan pada minggu lepas.

Minggu ini, jerebu kembali menyelubungi Selangor. Masuk hari ini, sudah empat hari sekolah ditutup gara-gara jerebu yang mencatatkan indeks tidak sihat sejak hari minggu lepas.

Walau bagaimanapun, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dijalankan seperti biasa bermula Isnin. Tiada sebarang penangguhan walaupun jerebu. Kepada yang mengambil STAM khususnya Hafiq Azim dan adik-adik di SAM Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST), semoga berjayalah dengan cemerlang dan memperoleh Mumtaz Sofi, alah, macam straight A la...



Biarpun sekolah di lima negeri yang terjejas akibat jerebu ditutup hari ini, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, STAM tetap diteruskan membabitkan 977 calon di lima negeri terjejas di bawah Ops Topeng.Ikuti tinjauan oleh Juliana Sharin.
Posted by Buletin TV3 on Monday, 19 October 2015

 ۞   ۞   ۞   JEREBU   ۞   ۞   ۞


Jerebu, satu bencana yang mana berpunca daripada kerakusan manusia sendiri menjarah hasil bumi dengan begitu haloba.

Bencana jerebu yang berlaku kini asalnya berpunca daripada pembakaran ladang secara berleluasa di Indonesia. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kebakaran tersebut merebak ke hutan dan menjadi luar kawalan.

Indonesia pada asalnya menolak sebarang bantuan luar terutamanya daripada Singapura untuk memadamkan kebakaran tersebut, kononnya yakin mampu mengatasinya sendiri.

Namun ternyata Indonesia tidak mampu mengawal kebakaran tersebut bahkan menjadi bertambah buruk. Tidak kira apa sebab sekalipun penolakan bantuan tersebut, seharusnya pihak pemerintah Indonesia memikirkan kesan yang terpaksa dialami, bukan sahaja kepada jiran mereka; Malaysia dan Singapura, tetapi juga terhadap rakyat mereka sendiri.

Sebagai rakyat Malaysia yang berimanlah sangat, kita seharusnya melihat bencara jerebu ini dari sudut yang positif. Jadikan ia sebagai satu 'teguran' Allah terhadap kelalaian kita. Perbaiki sikap kita terhadap alam sekitar yang mana kita sebenarnya terlalu banyak mencemarkannya dengan cara yang terlalu kecil tetapi kerap dilakukannya.

Jagalah alam sekitar. Hiasilah dunia. Hasilnya, kejayaan dalam pertandingan keceriaan kelas 2013. Hehehe. Gambar dari kiri: Hakim, Zikri Hazem (tersorok, buat peace), Hamezan, Abie Aifa, saya, Aqil Ilham (ketua kelas, bawah saya), Syahmi (berkaca mata), Aidil Hakim (belakang Syahmi), Zaihan Hanafi, dan Fadhil. Gambar lama tahun 2013 yang tiada kena-mengena dengan coretan kali ini.

Cemarkan alam sekitar dengan cara yang terlalu kecil tetapi kerap? Contohnya seperti buang sampah dari kereta ke luar; buang sampah merata-rata; tidak mahu berkongsi kereta; membiarkan lampu, kipas secara membazir; membiarkan paip air menitiskan air tanpa menutupnya dengan ketat; dan sebagainyalah. Selebihnya boleh tanya Haji Google atau fikir sendiri pun boleh.


Kita tuding jari arah Indonesia, yang kita ni sudahkah kita menjaga alam sekitar dengan cara semaksimanya? Tepuk dada sakit, tanya iman.

http://www.sacred-texts.com/isl/quran/03005.htm
Telah nampak dengan jelas fasad (kerosakan) di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Tinta mencoret: Rakus sangat, pastu huloq sampul. Dah parah, tuding jari.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. Yang paling malang kerana jerebu di Malaysia ini turut disumbangkan oleh taukeh-taukeh Malaysia kerana ada syarikat Malaysia yg beroperasi di Indonesia turut membakar hutan di Indonesia.. Yang kedua ketika kita rimas dengan jerebu, masih ramai orang Islam yg mulut dan hidung mereka menyumbangkan jerebu rokok walaupun fatwa haram merokok dah 20 tahun keluar...

    ReplyDelete