Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

02 February 2013

Sesi Belajar 'Diganggu'

Rindu sama ini budak, namanya Danish Haziq.
Minggu ini, aktiviti PnP tidak dapat dijalankan seperti kebiasaan. Maklumlah, sekolah ini asyik di'ganggu' dek beberapa aktiviti yang dirancang.

Itulah 'kesan' yang seharusnya dihadam. Tapi, bagi saya, best woo dapat sekolah yang ada banyak program dan aktiviti.

Pihak yang paling banyak menganjurkan aktiviti di sekolah kami adalah datangnya daripada pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang jaraknya hanya lebih kurang 750 meter (dari pintu utama KUIS ke pintu pagar sekolah). Dan sekolah kamilah sekolah yang paling dekat dengan KUIS.

Hari Isnin (28 Januari 2013) merupakan hari cuti bagi Thaipusam yang jatuh pada hari Ahad. Petang Selasa diadakan taklimat dan raptai bagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Rabu, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Khamis dan Jumaat pula Persatuan Mahasiswa Diploma Sumber Manusia (kalau tak silap saya) mengadakan program motivasi yang melibatkan semua murid tahun 5. Tahun 6 pula bercuti pada hari Jumaat kerana menghadiri Kem Ibadah yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra.

Ha... Layan je la gambarnya ye.

Menconteng set speaker baru sumbangan PIBG. Hehehe...
Menconteng dengan kebenaran GPK1 dan GPK HEM tau. Bukan suka-suki conteng.
GPK Hal Ehwal Murid, Ustaz Azhari Sulaiman sedang memberikan taklimat kepada mahasiswa Diploma Sumber Manusia KUIS yang akan menguruskan program untuk murid Tahun 5.
Bergambar sebelum berarak sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.
Baju biru dari kiri: saya, Ustaz Zulraime, dan Ustaz Azhari Sulaiman.
Nak berarak dah. Saya dah passing DSLR saya kepada guru praktikal. Tak mau ambil gambar, nanti muka saya tak masuk dalam gambar.
Hehehe... Nak menyelit jap. Sat lagi nak masuk kereta... Hehehe...
Selepas berarak.
Dari kiri: Alif Adhwa, Naufal Syabil (saya panggil dia Nabil sebab NAUfal+SyaBIL), saya, Imaduddin, Fatwa (tak nampak muka). Yang belakang tu Adam Rossaidi.
Bergambar dengan Danish Haziq, ketua kelas 4 Ibnu Bathutah tahun lepas.
Rindulah dengan Danish.
Danish marah saya buat tanduk belakang kepala dia.
Bergambar dengan Hafizul Hadi, ketua kelas 4 Ibnu Rusyd 2011.
Sekarang dia jadi pengawas atas pilihan saya.
Set sistem P.A. sumbangan PIBG.
Terima kasih PIBG.
Menyebuk jap masa mahasiswa KUIS bergambar kenangan. Hehehe...
Teman Hakimin study pagi tadi.

Bergambar dengan Solah. Dia kata ustazah minta datang, nak pasang langsir.
Tapi ustazahnya tak datang-datang. Ada hal kot. So, dia lepak dengan kami.
Saya ajak dia datang study sekali next weekend, tapi saya lupa, minggu depan saya kursus.
Aktiviti sebelum balik, main game dulu.
Biasalah, budak-budak. Mana boleh halang sangat minat main tuh...

Baiki air-cond jap. Dah hampir setahun berbahang dalam kereta.
Disebabkan ada logo JAIS, ada orang dapat teka saya bekerja sebagai guru.
Tidak mahu di'mulia'kan oleh orang lain.
Sebelum terlupa, pihak sekolah sudah menerima salinan video sempena Karnival Amal daripada pihak fotografi. Bolehlah di tonton di Youtube.

Dan, lagi satu, terima kasih kepada Kak NZA atas pemberian hadiah. Saya amat menghargainya.

Tinta mencoret: Status FB hari ini: Hidup perlukan pengorbanan. Jangan dilihat apa yang kita bakal dapat, tetapi lihatlah apa yang kita seharusnya beri.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

6 comments:

  1. Syukur alhamdulillah, dh boleh masuk dh blog syahmi...dh mati kot virus tu....hehehe....

    Gitulah keadaan kita, trlalu byk aktiviti yg trkdg menganggu PnP...Apapun kita tetap mampu melaksananya dgn baik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dia dah cabut lari kot...

      Sebagai guru, kita laksanakan apa yang terbaik. Semoga kelak, mereka akan menjadi yang terbaik yang akan mencorakkan negara kita menjadi lebih baik.

      Delete
  2. Wow ustad,....ekon den problem tu....kek mano kat BSP elok nak repair...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya repair kat Seksyen 7, Danau Kota. Bengkel tu memang specialist air-cond. Siap boleh isi dalam buku servis Perodua sebab diorang memang ada deal dengan Perodua.

      Delete
  3. Salam Syahmi..
    Tiba2 ummi jadi rindu suasana mengajar dulu, bila tengok gambar2 kat blog Syahmi ni.

    ReplyDelete
  4. Wassalam. Saya risau kalaulah suatu hari nanti saya ditakdirkan terpaksa meninggalkan mereka ini.

    ReplyDelete