Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

09 April 2013

30 Minit Bersama Ustaz Don

Alhamdulillah. Khamis lepas (4 April 2013), saya terpilih untuk menghadiri ke rancangan 30 Minit Ustaz Don di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Macam biasa, saya mengajak Aiman dan Hakimin walaupun yang sebenarnya tempat yang dikhaskan untuk saya hanya dua sahaja.

Saya, Aiman, dan Hakimin bergambar dengan Ustaz Don selepas selesai ke udara.

Rancangan tersebut disiarkan secara langsung.

Mesti ada yang tak tengokkan? Sebab tengok Forum Perdana TV1, atau Semanis Kurma TV9, atau memang tak suka langsung rancangan berbentuk Islamik. Boleh tengok di Youtube.

TV al-Hijrah bersiaran dari Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Bersama tetamu lelaki yang lain.
Esoknya, rasa macam artis je...
"Patutlah suruh akak tengok Ustaz Don..."
"Eh, malam tadi ustaz masuk TV ye..."
"Ustaz kata tak suka masuk TV, tapi malam tadi ustaz masuk."
Dan banyak lagi kata-kata pujian yang mengembangkan hidung.

Tersipu-sipu bila ada tegur... Tetapi hidup kena diteruskan.

Namun, badan Aiman mulai panas sejak dalam studio. Kini sudah dua hari tidak hadir.

 Tinta mencoret: Ramainya yang jealous...

Jalan BM 6/8C, Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota SDE

3 comments:

  1. Terima kasih ustaz kerana sudi bawa hakimin bersama walaupun peruntukkan tmpt hny utk 2 org saja.. semua pengalaman itu akn kami hargai..

    ReplyDelete
  2. wah bestnya...akak pn jeles jugak tgk gambar2 tu.....hehehe...

    ReplyDelete
  3. wow.....seronoknya....mcm ne nak pegi sana erk..maksudnya dpt jadi tetamu.....

    ReplyDelete