Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

02 December 2013

Nak Bagi Audi?

Tidak sampai sebulan sahaja lagi, tahun 2013 akan melabuhkan tirainya. Cuti saya cuma berbaki lebih kurang tiga minggu sahaja lagi. Mood berjalan pula tiba-tiba sahaja hilang, sedangkan selama ni, saya suka berjalan-jalan. Ini semua gara-gara menerima sepucuk surat 'cinta', habis semua kegembiraan untuk berjalan-jalan diragutnya.

"Surat 'cinta'? Saman polislah. Laju punya pasal."
Kau dah salah, kau marah orang pula...
Jadi, selepas balik daripada bercamping, saya banyak menghabiskan masa di rumah, menjadi pelayar internet sepenuh masa.

"Hoi, kau tak pergi masjid ke...?"
"Hari ni seharian hujan, dari pagi membawa ke malam."

Masa saya berchatting dengan Solah, tiba-tiba Solah memberikan satu mesej yang agak 'mengejutkan' saya.

"Ustaz, tengok apa (yang) saya akan post tanda saya sayang ustaz."

Saya, Solah, dan Naufal.
Kadang-kadang, saya risau tindakan saya di sekolah itu akan menimbulkan gap atau jarak antara saya dan murid-murid. Tindakan tersebut bukan menunjukkan sifat tidak suka atau kebencian terhadap mereka tetapi lebih kepada memberi didikan.

Solah antara murid yang saya sangka 'mungkin' terasa hati dengan tindakan saya. Namun, mesej yang saya terima memadamkan setiap sangkaan saya terhadapnya.

Saya menantikan status yang ingin dipostnya.

Dan hasilnya...

Wah, Solah nak hadiahkan saya kereta Audi! Hahaha... Memang kereta idaman saya adalah kereta keluaran Audi. Pandai Solah ambil hati saya ye...

Tak mengapalah, Solah. Saya tak pernah cakap pun Solah tak sayang saya selaku gurunya. Dah, jangan sedih-sedih lagi. Saya sayang semua murid saya.

Cukup terharu dengan status yang dinukilkannya.

Tapi jenuh saya nak memback-up Solah bila ada yang memberikan komen yang berlainan merujuk kepada perkataan "Sayang" yang digunakannya itu. Adoyai. Bukan sayang ehem-ehem. Tu la masalah orang zaman sekarang ni. Kalau sebut sayang je, terus fikir 'sayang yang haram'. Kan ramai manusia yang 'halal' untuk disayangi.

Haish. Cuma dalam banyak-banyak komen tersebut, kawan baik Solah, Naufal tahu siapakah yang dimaksudkannya. Mungkin kerana kereta Audi tu kot...

Sayang Solah. Sayang semua murid saya. Sayang kerana Allah.

Tinta mencoret: Bertemu berpisah kerana Allah.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. marah seorang guru bukan kerana benci tapi tanda ayang n perihatin....moga ank2 didik memahami semua itu..Alhamdulillah, bila anak2 didik akak yg dah besar bersua kembali kt Fb mrk mengucapkan terima kasih n penghargaan pd "mak tiri" nya nie...he3x....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju, marah seorang guru itu tanda sayang dan perihatin. Mungkin sekarang mereka masih belum memahami tetapi insyaAllah, hasilnya pada masa mendatang.

      Kalau akak jadi 'mak tiri', saya nak cuba jadi 'ayah tiri'lah... Hehehe...

      http://tintaberdakwat.blogspot.com/2013/12/ustaz.syahmi.garanglah.html

      Delete