Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

25 May 2014

Hari Guru 2014

Ustaz, esok hari apa?          Esok? Esok kan hari Jumaat.
Ala, ustaz ni. Cakap la betul-betul.
Iye. Esok hari Jumaat. Kenapa?
Esok Hari Guru la, Ustaz.
Esok hari Jumaatlah. Haish.
Ustaz ni main-mainlah. Esok kena bawa beg tak? 

۞   ۞   ۞   HARI GURU   ۞   ۞   ۞

Nak update entry berkaitan dengan Hari Guru, rasanya macam dah terlambat je. Takpelah, nak juga update.

Alhamdulillah, SRA Bandar Seri Putra sudah mengadakan 'beberapa' siri Sambutan Hari Guru, bermula di sekolah, dan berakhir di Hotel Bangi-Putrajaya.

Cuma, tak berapa banyak gambar dapat saya muat naik di sini atas beberapa masalah yang saya tak dapat nak elakkan.

Barisan guru lelaki sedang buat free style.
Sebahagian hadiah yang saya terima. Terima kasih semua.
Bergambar dengan sebahagian anak-anak AJK PIBG yang akan membuat persembahan.
Cikgu Amir Danuri selaku Ketua Penolong Pengarah BPI JAIS membuat ucapan pembukaan.
Alhamdulillah, cabutan bertuah mengena.
Bergambar jap sebelum balik jap. Hehehe...

Tinta mencoret: Hari-hari Hari Guru.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments: