Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

17 July 2014

Ramadan 1435H: Perihal Akmal Aim

"Mula-mula kita kena bincang dulu nak buat macam mana."
"Ok, ok."             "Bila nak bincang?"
"Ikut ustazlah."              "Esok pagi?"
"Ustaz, saya (baru sahaja) accident. Dalam masa terdekat ni tak boleh."
"Yeke? Bila (accident)?"
"Baru tadi."     "Kat mana? Teruk ke?"
"Sikit je, kat tepi surau."
"Accident macam mana? (Macam mana boleh kemalangan?)"
"Naik motor langgar bonggol. Kawan bawa laju."
"Habis tu, esok MC (cuti)lah ke?" "Aah. (tersenyum)"
"Suka kalau MC ye."

Salam Ramadan 1435.

Awal pagi semalam (16 Julai 2014), saya mendapat pengkhabaran daripada seorang bekas murid saya, Akmal Aim yang kemalangan selepas pulang daripada menunaikan solat tarawih di surau Seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota.

Dengan tenangnya beliau memberitahu saya akan kemalangan yang dihadapinya.

Bila ditanya, teruk ataupun tidak, juga dengan tenang menjawab tidak.

Saya tak boleh dengar berita kecelakaan seperti ni, jadi saya membuat keputusan untuk menziarahinya sebelum ke sekolah.

Itu dia, bila melihat keadaannya, nampak agak teruk kecederaan yang dihadapinya. Nasib baik hanya kaki kanan dan ibu jari tangan kanan sahaja yang cedera, bahagian lain tidak terjejas.

Tak mengapalah. Jadikan musibah yang menimpa ini sebagai satu bentuk tarbiyah daripada Allah. Bukan murah harga tarbiyah sebegini. Hanya insan terpilih sahaja yang diberikan tarbiyah special.

Dan yang paling best, musibah ini menghapuskan dosa-dosa kita.

Lagi best bila doktor bagi cuti 3 hari. Hehehe...

Semoga kecederaan tersebut lekas sembuh. Orang lain dah nak raya ni.
Kaki Akmal yang sudah dibalut.
Tak sanggup nak tunjuk gambar lukanya...
Tinta mencoret: Cara Allah uji tahap iman kita, salah satunya adalah melalui musibah.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Via GT-P5100

1 comment: