Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

20 September 2014

Terkilan, Cukup Terkilan...

30 Minit Ustaz Don.
Dari kiri: Aiman, saya, Ustaz Don, dan Hakimin.
"Bila nak keluar TV ni?"
"Keluar TV?"
"Ye la. Kan masa tu aku kena interview, so orang tu kata akan keluar TV. Tapi aku tak tau bila dia keluar."
(Saya pun menyampuk) "Dah keluar pun." (sambil bagi satu pautan kepada coretan saya terdahulu)
"Itu ustaz (yang masuk TV), bukan saya."
"Masuk TV je pun, bukannya masuk Syurga. Kalau tak masuk TV, (kita) susah hati, tapi dah confirm ke kita ni masuk Syurga?"
"Hehe..."

Begitulah antara beberapa butiran perbualan yang tidak berbunyi antara saya, Amirul Hakeem, dan beberapa orang bekas murid saya dalam satu statusnya Facebook.

Boleh tak saya nak senaraikan beberapa banyak kali saya pernah masuk media cetak dan media elektronik? Boleh ke tak boleh ke, saya tetap nak senaraikan juga.

Disember 1994, muka saya termasuk dalam TV ketika hari pertama persekolahan di SK Taman Permata. Masuk Buletin Utama TV3. Kebetulan kawan baik saya ketika itu, Fadhil anak seorang staf TV3, tu yang mungkin TV3 buat liputan di sekolah saya.

2000, saya tak ingat bulan berapa, sekolah buat 'agreement' dengan NTV7, jadi sekolah menjadi 'mangsa' sesi pengambaran untuk berita di NTV7. Masa tu, NTV7 belum lagi jadi anak syarikat Media Prima. Ada la terselit sikit kepala saya dalam berita.

2004, perasmian sekolah saya, SBPI Temerloh oleh DYMM Sultan Pahang, namun malangnya saya 'terpaksa' berpindah sekolah dua minggu (kalau tak silap) sebelum itu. Saya tengok je kawan-kawan saya bersalaman dengan Sultan Pahang kat TV.

2004, jadi salah seorang pelakon untuk iklan pembukaan stesen KTM Komuter MidValley.

16 Januari 2005, saya dan kawan saya, Ali Baharom ditemu ramah oleh wartawan TV1 di belakang bengkel KHB sekolah untuk liputan berita kes buli yang digembar-gemburkan oleh media TV3. Kes ini mula disiarkan di akhbar-akhbar arus perdana pada 16 Januari 2005. Berita berkaitan kes ini boleh dibaca di bahagian arkib akhbar di Perpustakaan Negara Malaysia. Time ni saya jadi famous sebab ramai yang tengok TV. Hahaha...

Disember 2005, saya dan sahabat saya, Fakhrul Razi berposing di Pameran Semut kalau tak silap saya di Muzium Negara untuk akhbar Harian Metro. Tapi malangnya, tak masuk-masuk juga gambar tu. Penat je posing.

2006, dapat jadi salah seorang penonton dalam episod pertama rancangan Akademi al-Quran Musim Pertama. Selain daripada keluar di TV9, saya juga keluar di dalam Majalah I dan sikit lagi nak masuk gambar dalam Utusan Malaysia sebab gambarnya dicrop sehingga kawan saya yang duduk di sebelah saya je yang nampak. Huhuhu.

2006 juga, saya dapat menjadi salah seorang daripada jemaah Masjid al-Azhar yang masuk dalam rakaman untuk takbir raya. Kalau tak silap saya, dirakamkan untuk TV3.

2011, turut serta dalam game yang dianjurkan oleh Hot.Fm di Semua House, Masjid India. Kebetulan menang dan diberi peluang untuk menyampaikan ucapan secara live di Hot.Fm.

29 Disember 2012, saya tak masuk TV, tapi wartawan TV masuk blog CTB ni. Hehehe...
Kesian abang kamera ni takde siapa nak ambil gambar dia.
Meh saya ambil gambar abang, boleh...?
Majalah Asuh keluaran Januari 2013.
Januari 2013, masuk dalam Majalah Asuh. Pernah dicoretkan dalam coretan terdahulu. Boleh halakan cursor (tetikuslah) ke atas gambar di sebelah.

4 April 2013, masuk secara live dalam rancangan 30 Minit Ustaz Don.

Mei 2015, dalam Persidangan Kongress NGO Islam di UKM. Sikit lagi nak masuk RTM1. Wartawan tu sibuk buat liputan sebelah saya. Tetiba dia berdiri di sebelah. Punya besar Dewan Tun Abdul Razak (Dectar) tu, sebelah saya juga dia 'menyendeng'... Maaf, gambarnya ada dalam Facebook peribadi saya, malas nak masuk di sini.

Ada lagi rasanya, tapi tak berapa nak ingatlah.

۞   ۞   ۞   TERKILAN   ۞   ۞   ۞


Orang macam kita, yang bukan menjadi artis ataupun public figure, tentunya menjadi satu kebanggaan kalau kita dapat masuk ke dalam TV ataupun yang sewaktu dengannya. Sebabnya, orang biasa macam kita ni bukan selalu dapat masuk TV. Lainlah kalau kita ni menjadi orang yang dikenali, jadi artis, jadi ahli politik, dan sebagainya.

Tak kisahlah nak bangga ke tak ke. Asalkan kita tidak membuatkan orang lain sakit hati dengan sikap belagak kita itu. Yelah, belagak sebab dapat masuk TV. Ustaz Don tu, tiap-tiap minggu masuk TV, takde pula dia belagak time saya jumpa dia tahun lepas. Siap boleh bergurau lagi, "Eh, jiran tetangga rupanya." Sebab bekas sekolah saya tu duduk tak sampai 500 meter dari rumahnya.

Ketika saya membaca status Amirul Hakeem tu, terdetik dalam hati saya yang kita akan rasa cukup terkilan kalau kita temuramah wartawan, atau jurukamera ambil gambar kita, tup-tup, kita tak masuk TV pun. Tetapi bagaimana kalau kita beramal, namun kita tidak dapat masuk ke dalam Syurga Allah nanti...?

Try la fikir jap. Try la renung jap. Kita beramal, tapi amalan kita langsung tiada nilai di sisi Allah. Pergh...! Bagaimana jika selepas dihitung di Padang Mahsyar kelak, Allah reject semua amalan kita dan kemudian Dia mencampakkan kita ke dalam Neraka yang kita tak mau masuk itu? Waliya`uzubillahi min zalik! Kita nak masuk Syurga, tapi apa yang kita dapat adalah sebaliknya.

Atas sebab apa Allah reject amalan kita? Banyaklah faktornya. Mungkin kita riak dalam beramal. Mungkin juga tiada sifat ikhlas dalam amalan. Mungkin pahala amalan tersebut terhakis sebab suka sangat ngumpat orang. Banyak kemungkinan dan kebarangkaliannya.

Sebab tu saya ajak kita fikir kejap, renung kejap, adakah setiap amalan yang kita lakukan ini diterima Allah?

Takutlah Allah murka sebab kita beramal. Sudahlah Allah tak dapat pahala, dimurkai Allah pula tu...

Pesanan terbaik saya buat Amirul Hakeem, jangan kecewa sangat tak masuk TV, saya dah banyak kali jurukamera ambil gambar saya, tapi tak masuk-masuk. Cuba kali lain kali ye. Hehehe...

Saya bergambar bersama Amirul Hakeem (kanan)
selepas Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah Sepang.
Tinta mencoret: Semua orang nak masuk Syurga, tapi..........

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

10 comments:

  1. Hmm , betul kata Ustaz :) Semua nak masuk Syurga , tapi buat perkara yg tidak baik . Suka gila dengan penulisan Ustaz :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita bersama-sama perbaiki amalan seharian kita, mudah-mudahan kita dapat memasuki Syurga Allah kelak dengan keredhaan-Nya.

      Amin.

      Delete
  2. wow glemer tu syahmi....
    InsyaAllah....cuba melabur saham akhirat semampu yg boleh.....Hanya Allah yg maha mengetahui...yg penting kita sentiasa bersangka baik pd org2 disekeliling......husnuzon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita sama-sama melabur dalam saham Akhirat yang pasti tak akan rugi.

      Delete
  3. Muka saya juga pernah masuk TV, kadang-kadang memang sedar, kadang-kadang tak sedar pun hingga orang lain beritau: "Wooiii..muka hang masuk TV lagi semalam!".

    Muka masuk TV habis masuk hilanglah sejarahnya. Tapi bila beberapa kali berita masuk akhbar memang saya potong dan simpan untuk kenangan anak cucu nanti... Maklumlah jarang-jarang masuk, hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Kalau TV, habis je siar muka kita tu, habis terus.

      Kalau keluar akhbar, boleh disimpan.

      Tapi, risau juga kalau kertas surat khabar tu jadi bungkus nasi lemak atau alas atau sebagainya... mungkin juga gambar kita itu akan ditambah misai dan jambang menggunakan marker oleh manusia yang suka menconteng gambar... ^_^'

      Delete
  4. Wow...bestnya ustaz....byk sejarah dgn media......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi, tapi detailnya saya tak ingat.

      Dulu saya eksaited gak dapat masuk, tapi sekarang rasa macam takde apa-apa je...

      Delete
  5. Replies
    1. Apa bezanya dengan Abang Reza gak. Follower beribu-riban... hehehe...

      Delete