Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

14 March 2015

Kena Tendang Dan Ditendang Lagi

Alhamdulillah, murid-murid SRA Bandar Bukit Puchong (SRABBP) sudah selesai menjawab Ujian Prestasi 1 (UP1) untuk tahun ini. Hasilnya pelbagai, hanya Allah sahaja yang tahu.

Saya...? Sepanjang minggu ini, hati berceramuk. Tak tahulah mana silapnya.

Sebab itu saya terpaksa meninggalkan dunia blog selama seminggu, tidak mengarut di sini dan tidak berblog walking. Diam mencari ketenangan diri.

Biasalah. Seorang yang keluar berjuang di jalan Allah (baca: mengajar ilmu agama) pastinya akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian.

Lebih-lebih lagi, jika mereka yang berjuang itu dilakukan dengan ikhlas kerana Allah Ta`ala.

Saya ikhlas? Saya sendiri tidak ketahuinya kerana ikhlas itu adalah rahsia Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu sama ada saya ikhlas ataupun kerana duit, kerana gaji.

Bila mereka 'menyerang' saya bertubi-tubi, saya mula berfikir, adakah mereka ingin membantu saya sebagaimana mereka 'janjikan' dahulu atau mereka sengaja mencari kesalahan dan kekurangan yang ada pada saya?

Atau, terdapat 'tangan-tangan' yang sememangnya tidak senang dengan apa yang saya peroleh selepas mereka 'menendang' saya 'keluar'.

Kalau difikirkan secara positif, semuanya itu dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya.

Tapi, bila 'cakap-cakap' dari pelbagai orang, khabar daripada pelbagai sumber sampai ke telinga saya, membuatkan saya tidak lagi mampu untuk bersangka baik.

Seolah-olah dirancang untuk 'menendang' saya lebih jauh.

Punya ramai orang yang sama seperti saya, semakan boleh dibuat secara rambang, namun mereka tetap menjadikan saya sebagai sasaran. Kalau diikutkan jahatnya hati dan mulut, mahu saya mencanang segala-galanya, namun rasa hormat itu masih berbaki lagi...

Selepas apa yang berlaku, saya termenung sambil memandu pulang menyusuri Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), termenung memikirkan apa yang sudah berlaku.

Tatkala itu, Allah recall semula ingatan saya terhadap pesanan al-Fadhil Ustaz Ramly Abdul Rahim al-Muqri' tatkala memberikan kata-kata penguat kepada saya tatkala saya mengadu masalah kepadanya.

Beliau menyuruh saya mengamalkan surah asy-Syarh atau al-Insyirah.

Beliau juga berpesan, buat apa yang kita fikir terbaik walaupun perkara tersebut tidak disukai orang.

Benar, bila saya buat sesuatu untuk dakwah yang tidak disukai, diberikan pelbagai 'tekanan' terhadap tugasan, ingatan Allah dalam surah asy-Syarh menjadikan hati rasa lebih tenang. Terima kasih ustaz atas pesanan dahulu. Ustaz mendidik saya agar bermatlamatkan Tuhan bukan pangkat dan jawatan.

Kini bila kita melaksanakan dakwah, baru kita faham mehnah yang kita kena hadapi. Nak tak nak, kena hadapi juga. Dari situ, Allah akan nilai setiap kesusahan yang kita lalui.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta`ala:
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: DADAMU (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?  Dan Kami telah meringankan daripadamu: BEBANMU (menyiarkan Islam); Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Tinta mencoret: Biarkan orang nak bersangka jahat dengan kita.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

8 comments:

  1. Keikhlasan itu yg penting, semoga apa jua kebaikan yg kita lakukan di dunia ini akan diterimaNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul. Keikhlasan itu perkara utama dalam setiap kebaikan yang kita lakukan.

      Delete
  2. Itulah namanya putaran hidup...ada suka, duka, bahagia n derita....hanya Allah yg plg dekatdgn kita utk meminta. Moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, datang membuat lawatan balas:-)

    In sha Allah ganjaran Allah itu lebih hebat buat tuan yang berbudi.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, datang membuat lawatan balas:-)

    In sha Allah ganjaran Allah itu lebih hebat buat tuan yang berbudi.

    ReplyDelete