Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

19 June 2015

Ramadan 1434H: Qari Nabil Junior

Seperti tahun-tahun sudah, setiap kali 1 Ramadan, sekolah-sekolah rendah agama kerajaan Negeri Selangor terutamanya di Sepang akan bercuti sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan.
Untuk makluman, 1 Ramadan bukanlah cuti umum di Selangor. Rakyat Selangor khususnya yang bekerja di negeri ini akan bercuti pada 17 Ramadan sempena peristiwa Nuzul al-Quran.

Kebiasaannya setiap kali Ramadan, warga kota akan bergegas pulang ke rumah selepas waktu pejabat, menjadikan jalan-jalan utama di ibu kota menjadi luar biasa sesaknya.

Eh, coretan kali ini bukanlah nak fokus dekat kesesakan jalan raya sepanjang Ramadan ye...


Jadi, cuti sehari sempena Awal Ramadan saya gunakan untuk menonton satu rancangan, Qari Jr. Waktu siarannya pada sebelah petang menjadikan saya tidak berkesempatan untuk menonton.

"Best sangat ke rancangan Qari Jr tu...?"

Eh, mestilah best...! Dapat dengar orang baca al-Quran. Kalau dah malas nak baca, takkan dengar pun tak nak...?

Tapi, tahun ni, selain daripada best dengar bebudak ni baca Quran, Qari Jr bertambah best bila ada seorang bernama Nabil Husayni menjadi peserta.

"Nabil Husayni? Siapa tu...?"

Perihal Nabil Husayni pernah saya nukilkan dalam beberapa coretan sebelum ini.

Satu perkara yang saya amat-amat suka yang ada pada Nabil, tapi kadang-kadang rasa jealous juga: kelebihan Nabil dalam membaca al-Quran.

Nabil Husayni sentiasa mewakili SK Bandar Seri Putra dalam acara tilawah al-Quran dan yang terbaru mendapat Naib Johan MTQ Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Perlis, bulan lepas.

Nabil juga mewakili SRA Bandar Seri Putra, bekas sekolah tempat saya mengajar sebelum ini, dan menjadi Johan dua tahun berturut-turut KAMIL Peringkat Negeri Selangor.

Kali terakhir saya bertemu dengan Nabil adalah ketika KAMIL Peringkat Negeri Selangor di SRA Sungai Udang, Klang, awal Mei lalu. Tatkala itulah, Nabil memberitahu menyertai program Qari Jr dan meminta saya mendoakannya.

Jadi, dapat tengok Nabil mengaji dalam TV pun jadilah.
Beberapa gambar yang sempat saya ambil ketika menonton Qari Jr, Khamis lepas. Tak tahu lagi adakah saya berkesempatan untuk mendengar Nabil bertaranum lagi ataupun tidak...

Tinta mencoret: Quran itu Mukjizat, walau siapapun yang membacanya.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Via Asus Zenfone 4

3 comments:

  1. Selamat menyambut bulan Ramadhan Syahmi.

    Semoga semua amalan kita di terima Allah :)

    AMEEN

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. tngok qari jr yang tahun ni punya.. best jugak banding tahun lepas..

    ReplyDelete