Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

14 October 2015

Tol Naik: Nak Harapkan Pembangkang...?

Bermula tengah malam ini, kadar tol di beberapa buah plaza tol di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang (kecuali KESAS) akan dinaikkan dengan kenaikan sehingga 80 peratus kenaikan.

Kita...? Apa lagi, bayar je lah. Kita juga yang 'nak' kenaikan itu berlaku.

Mengapa saya kata "kita yang nak"? Sebab kita sendiri yang memilih wakil kita dalam tampuk pemerintahan kerajaan. Jadi, apa sahaja yang mereka putuskan seperti kenaikan tarif tol ini, tindakan tersebut seolah-olah mendapat 'restu' daripada rakyat yang mengundi mereka.

Jadi, kalau nak bising-bising pun tak guna juga. Kena la tunggu 2018 nanti untuk kita membuat pilihan yang bijak. Kalau tak reti nak bijak, tak tahulah...


Ya Allah kau angkatlah tol Malaysia naik ke Langit, asyik menyusahkan hambamu membayar tol naik.
Sebagai rakyat biasa, kita hanya boleh mengundi parti mana yang kita rasakan mampu untuk menjaga kebajikan rakyat. Sekarang ni, Barisan Nasional memerintah. Dan hasilnya, segala-galanya nak dinaikkan, nak dicukaikan.

Why not kita try pula cuba untuk beri peluang kepada parti lawan untuk mentadbir Malaysia.

"Siapa?"
"Pembangkanglah."

 ۞   ۞   ۞   PEMBANGKANG   ۞   ۞   ۞

Huish. Dulu aku cukup yakin yang parti yang menentang Barisan Nasional. Namun, selepas pemergian Tuan Guru Dato' Seri Bentara Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, aku lihat pemimpin politik di kalangan parti-parti yang bersatu di bawah Pakatan Rakyat seakan tidak meyakinkan.

Tunggu punya tunggu, pom... Muktamar PAS membuat kejutan dengan menyingkirkan beberapa orang pemimpin PAS yang selama ini selalu benar buat kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan Presiden dan Mursyidul Am.

Yang saya pelik, mereka yang tersingkir terus sahaja mengumumkan Gerakan Harapan Baru atau nama famousnya GHB.

Pastu, terus je umum Parti Amanah Negara, PAN. Saya pun tak tahu apa yang amanahnya.

Semua berlaku dengan pantas. Bermula dengan DAP putus hubungan dengan Presiden PAS, pelik, kemudian usul dalam Muktamar untuk putus hubungan dengan DAP, team Mat Sabu kalah, GHB ditubuhkan, Parti Pekerja dijenamakan menjadi PAN, dan kemudiannya Pakatan Harapan pula ditubuhkan tanpa penyertaan PAS.

Lepas tu, beberapa orang dalam PKR bantah tindakan Presiden PKR yang nampaknya macam tergesa-gesa menubuhkan Pakatan Harapan. Pada saya semuanya memang tergesa-gesa.

Muktamar berlaku pada awal Jun, dan kini pertengahan Oktober, hanya empat bulan sahaja segala-galanya berlaku. Penubuhan Pakatan Harapan yang terlalu cepat dan tergesa-gesa pada pandangan saya boleh menimbulkan perspektif yang negatif, ditambah pula dengan barisan kepimpinan PAN terdiri daripada pemimpin yang kalah pemilihan dalam muktamar PAS selain tanpa penyertaan PAS dalam gabungan pakatan tersebut.

PKR pula tak habis-habis bawa isu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tak salah nak perjuangkan Anwar, namun adakah PKR tiada tokoh lain yang boleh dijulang selain Anwar?

Huh...

Pada saya, rakyat Malaysia termasuklah kebanyakkan pemimpin politik, masih tidak matang dalam berpolitik. Bukan itu sahaja, mereka berpolitik bukan kerana ambil kisah dengan derita yang ditanggung rakyat, tetapi cuba mengambil kesempatan terhadap kuasa dan keadaan yang ada.

Dalam banyak-banyak pemimpin politik Pakatan Harapan, saya begitu suka dengan cara YAB Tuan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. Tindak-tanduk beliau dilihat lebih berhati-hati berbanding tokoh pemimpin PKR dan Pakatan Harapan yang lain. Bermula daripada Langkah Kajang sehinggalah konflik yang berlaku di kalangan parti-parti politik pembangkang kini.

Dan syabas buat beliau kerana begitu cakna dengan isu kenaikan tarif tol. Bagi mereka yang tak tahu tarif terbaru, saya lampirkan senarai tarif tol terkini di bawah.

Benar kata Tun Dr M, "Melayu mudah lupa." Jadi, kita nak pilih siapa? Barisan Najib-Rosional atau Pakatan Haramjadahpan?

Tinta mencoret: Gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. Sedih juga bila yg kita harapkan seperti sukar jadi kenyataan. Tak boleh bayangkan kerosakan yg akan ditimpakan kepada rakyat jika 3 tahun lagi puak itu masih berkuasa dan bermaharaja lela menghisap khazanah negara...

    ReplyDelete
  2. emmmmmm...sabar jelah.....memujuk hati yg lara.....

    ReplyDelete