Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 May 2015

Bermulalah CPT '15

Alhamdulillah, cuti pertengahan tahun (CPT) datang lagi. Bagi kami biasanya cuti sebegini akan dilambakkan dengan kertas-kertas peperiksaan yang perlu ditanda dan diselesaikan.

Cuti ni barulah saya dapat 'bernafas' sedikit selepas dua bulan dikusutkan dengan tugasan-tugasan, bermula KAMIL diikuti KLIBF '15, Kem Pengawas, Kursus Pembangunan Staf, PPT dan lain-lain sehinggalah Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang berlangsung pada hari terakhir sebelum cuti.

Habis ke sekolah, saya terus cabut ke utara semenanjung, ikut Abang Cilan Mazlan dan keluarga.

Saya akan cuba untuk kemaskini program dan aktiviti saya bila berkelapangan nanti.

Untuk para guru, gunakanlah cuti ini sebaiknya. Bukan senang nak dapat cuti.


21 May 2015

Mereka Yang Kurindui: Tahun 5 2014

Murid-murid Tahun 5 2014 di SRA Bandar Seri Putra (SRABSP) adalah batch murid yang begitu lama 'berhadapan' dan 'bertemu' dengan saya secara di dalam bilik darjah. Ini bermula daripada saya menggantikan Ustaz Ashraf pada tahun 2012 sehinggalah saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi guru Tauhid bagi lima daripada 10 buah kelas darjah 5, tahun lepas.

Pada tahun 2012, mereka berumur 9 tahun, dan ketika itu mereka berada di Tahun 3. Tahun lepas pula merupakan tahun terakhir mereka bersama saya sebelum mereka melangkah kaki menaiki Tahun 6 dan mengambil peperiksaan penting bagi sekolah agama kerajaan negeri Selangor; Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada tahun ini.

Mereka ini paling banyak menerima teguran daripada saya bermula daripada mereka dalam tahun 3 (2012) sehinggalah kini.

Mereka ini merupakan kumpulan murid pertama yang mendapat pendidikan bermula Tahun 1 di SRABSP. Untuk makluman, SRABSP mula menerima kemasukan murid-murid Tahun 1 pada 2010.

05 May 2015

Sepi Lepas GST

Bergambar bersama Afzal sehari sebelum KAMIL Menengah 2015 Peringkat Zon Selatan. Entah mengapa saya begitu suka dengan gambar ini.
Coretan terakhir sebelum ini adalah pada akhir Mac. Selepas daripada itu (sehingga coretan ini ditaip), tiada sebarang coretan walaupun saya janjikan sambungan kepada coretan bertajuk Sebelum GST: Siri 2.

Maaf sangat.