Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

09 January 2017

Berbeza Pendapat

Apesal ek kalau berbeza pendapat je, orang kata kita menentang?

Kalau beza dengan Kerajaan, orang cop kita Pembangkang. Kalau sokong pulak orang panggil macai.

Kalau berbeza je, orang atasan akan cuba menyingkirkan kita. Kalau orang atasan pula yang berbeza, dia akan cuba dijatuhkan.

Berbeza itu rahmat. Bukan bermakna perbezaan itu mencetuskan kebencian. Bukan bermakna perbezaan itu untuk menjatuhkan.

Lihatlah perbezaan itu dari sisi yang positif. Kita akan nampak betapa luasnya rahmat itu.

Bayangkan kalau ulama silam tidak meraikan khilaf dan perbezaan, tentunya Imam asy-Syafie tidak mahu berbeza dalam menetapkan hukum, kerana bimbang akan berlaku biadap terhadap guru-gurunya.

Aku memang suka 'melawan'. tetapi aku 'melawan' bukan untuk menjatuhkan, bukan untuk naik, dan bukan juga kerana membenci.

Aku 'melawan' sebab aku punya idea dan cara tersendiri. Selagi semua 'bertahan' dengan hujah, selagi tu aku 'melawan' dengan 'hujah'.

Tapi kalau ada yang main sentimen, aku lebih gemar angkat kaki, mencari tempat lain yang mahu menerima idea 'bodoh' aku. Tak suka nak berkonfrontasi, buang masa.

Mungkin ia lebih berharga di tempat lain. Siapa tahu...?

Hahaha chill la... Pendapat kau belum tentu betul. Dan pendapat aku pun belum tentu elok. Fikir dengan akal yang waras, insyaAllah akan ada penyelesaiannya. Kalau dah guna sentimen, emosi, memang ke sudah tak akan ke mana...

Sebab itu perlu bersangka baik, berlapang dada.

Akhukum fillah,
Muhammad Syahmi
Tinta mencoret: Menentang dengan idea, tidak dengan kekerasan

Catatan di Facebook
Hulu Kelang WPKL

No comments:

Post a Comment