Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

08 January 2017

"Bujang pun takde masa ke?"

Dulu, orang selalu cakap:

"Kau tu bujang lagi, apa yang kau buat?"

"Akak ada anak, nak uruskan anak. Kau tu bujang. Tolonglah buat."

"Bujang pun takde masa ke?"

"Kau bukannya ade keluarga pun." (Eh, mak bapak aku tu bukan keluarga aku ke?)

Masa amat penting untuk aku. Setiap hari akan ada sahaja urusan yang aku buat dan aku peruntukkan satu hari dalam seminggu untuk berehat.

Itu pun kadang-kadang termiss hari untuk rehat.

Aku risau, jika ada masa yang terluang, masa itu akan dipersoalkan nanti, mengapa tidak digunakan untuk kebaikan?

Aku cuba untuk curi-curi masa tidur kat mana-mana yang boleh, agar dapat aku beri sepenuh perhatian dalam tugasan seterusnya.

Kereta jadi hotel pun pernah.

Fuh, kepenatan itu adalah satu nikmat untuk aku! Akan kuhargai setiap masa yang terluang untuk dimanfaatkan.

Tak perlulah aku post setiap apa yang aku buat dalam laman sosial untuk tatapan semua. Hanya sebahagian sahaja yang dimuatnaik, itulah yang menjadi kutukan ramai Facebookers.

Nikmat kebahagian itu boleh menjadi kebencian orang lain, biarlah aku menikmatinya seorang diri.

Penat atas kerja-kerja tidak bergaji ini menjadi satu nikmat pada aku. Aku lebih rela sibuk dengan kerja-kerja begini daripada bebudak sekarang yang acah-acah busy tapi keluar dating dengan anak dara orang.

Hari ni, entah macam mana boleh lak aku lelap dalam kedai printing. Nasib baik ade yang mengejutkan. Kalau tidak, memang kedai itu ana yang punyalah...

Akhukum fillah,
Muhammad Syahmi

Tinta berdakwat: Bajet busy je sebenarnya.

Catatan di Facebook
Ukay Bistaria, Hulu Kelang WPKL

No comments:

Post a Comment