Kali terakhir saya terserempak dengannya adalah pada hari Isnin lepas di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Saya yang ketika itu datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan terserempak dengannya yang sama-sama menerima rawatan daripada doktor.
Saya tidak menegurnya, apatah lagi mahu berborak dengannya. Kepala sudah pusing, tidak terlintas untuk menyapanya.
Namun, sejak dari itu, saya langsung tidak nampak kelibatnya di sekolah. Disebabkan banyak tugasan yang perlu disiapkan, saya terlupa untuk mencarinya untuk bertanyakan berkenaan keadaannya.
Sehinggalah semalam, saya terbaca mesej dari seorang anak murid saya, Adriana yang memberitahu tentang perihalnya. Terus saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian.