Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 October 2009

Tiga Garisan Menyimpang

Banyak cerita yang mengaitkan pertubuhan yang bernama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia atau nama glamournya PEKIDA. Ada apa dengan PEKIDA? Apa lagi kalau bukan kes gengsterisme yang berleluasa di kalangan orang PEKIDA.

APA ITU PEKIDA?

Jika ditanya kepada saya, apa itu PEKIDA, apa yang bermain di dalam kotak pemikiran saya hanyalah satu: sebuah pertubuhan berjenamakan Islam yang hanya pada nama sahaja. Mengapa saya terfikir sebegitu? Sebab itulah yang berlaku pada luarannya.

Bukan sekadar hanya deras angin yang bercerita, tetapi saujana pemandangan juga mengkhabarkan yang sedemikian rupa. Malam tadi sahaja, (Jumaat, 30 Oktober) bebudak yang terkenal dengan 3 line ni dah buat kecoh dengan pihak pengurusan pasar di Uptown Bazaar Sri Gombak. Kebetulan pula saya bersiar-siar di sana pada masa yang sama dengan kejadian.

Dimaklumkan kepada saya oleh beberapa peniaga yang berniaga di situ, orang-orang 3 line ni memang suka cucuk orang supaya 'memberontak' dengan pihak management tentang isu-isu yang pada saya boleh diselesaikan dengan perbincangan secara profesional di meja rundingan.

Tidak cukup dengan kekecohan yang dibuat, mereka panggil pula 'ayahanda' mereka yang pada saya tiada kena-mengena dengan masalah yang hanya berkait dengan bazar dan pengurusannya. Mengapa perlu dilibatkan orang luar? Apa hebatnya 'ayahanda' sehinggakan dipanggil? Selesai masalah atau menambah-bebankan masalah sedia ada?

Saya bukan orang PEKIDA, tidak menyokong, dan juga tidak menentang.

25 October 2009

Cantas Mencantas: Pro-Kontranya


Media baru-baru ini melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) mencadangkan agar satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan untuk 'mencantas' beberapa jenis pemimpin yang dilihat sebagai pro-UMNO dan menganggu-gugat perjalanan politik Pakatan Rakyat (PR) yang disertai PKR-DAP-PAS.


Berderu-deru pemimpin kita memberikan respon. Zahid Hamidi kata Allah telah 'mengabulkan' doa mereka dengan mengembalikan apa yang dipinta berupa pepecahan kepada mereka. TPM juga memberikan respon awal dengan tidak mahu mencampuri urusan politik parti lain tetapi membuat kesimpulan bahawa pembangkang benar-benar berada di tahap pepecahan yang kritikal.

Bagi pihak pembangkang, masing-masing memberikan respon yang agar defensif. Ada yang berdiam diri, berjumpa dengan TGNA untuk mendapatkan penjelasan, dan ada juga terkehadapan dengan membuat keputusan menolak terus pendapat yang di berikan oleh Mursyidul Am PAS itu.

Itulah, siapa suruh undi mereka?
Pilihanraya akan datang jangan lupa undi dacing kalau mahu perpaduan 1Malaysia...

Terbaring Di Lorong Gajah


Berita tentang sakit Pak Anjang hampir-hampir tidak saya ketahui. Maklumlah, orang tua tinggal di Hulu Kelang, manakala saya pula nuuuuuuuun jauh di selatan Selangor, Bangi. Tangan pula malas menelefon mak atau abah. Selalunya sekali dalam seminggu. Kadang-kala sahaja bermain mesej dengan mak. Maklumlah, anak lelaki tunggal...

Tetapi selalu bermesej pun, kadang-kala terlepas juga berita-berita tentang family, sama ada yang molek atau sebaliknya.

Misalnya, berita tentang Pak Anjang yang jatuh sakit. Ini kali kedua Pak Anjang sakit. Kali pertama pertengahan tahun lalu. Memang saya langsung tidak tahu tentang itu sehinggalah semua buka mulut ketika musim Raya lalu. Jarang jenguk Pak Anjang. Kalau pergi pun dengan orang tua. Nak pergi sendirian, tiada transport. Hanya mengharapkan kereta abah yang usang itu.

Pak Anjang yang tinggal di Lorong Gajah, Kampung Merbau Sempak jelas kelihatan keperitan menahan sakitnya. Melalui raut wajah, pertuturan, pemakanan, sehinggakan fizikal badannya yang susut mendadak.

Itu ketika saya datang menziarahinya ketika bulan Syawal lepas.

15 October 2009

Undi PAS Masuk Neraka

قال الله تعالى في كتابه العزيز
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّـٰهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلـٰوةَ وَآتَوُا الزَّكَـٰوةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَـٰـقِبَةُ الأُمُورِ
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
AQ 22:41

Siapa kata sokong PAS masuk syurga? Siapa kata? Nik Aziz? Haji Hadi (Presiden PAS)? Anwar Ibrahim? Lim Kit Siang? Siapa?

Gila betul PAS sampai sanggup mengambil alih tugas Tuhan yang memberikan syurga atau neraka kepada sesiapapun mengikut budi bicara-Nya tanpa mengira amalan, ketakwaan, darjat, kemewahan, dan sebagainya. Hebat betul PAS sampai dikurniakan 'watikah' daripada-Nya menggantikan urusan pemilihan syurga-neraka kepada hamba-hamba-Nya.

Undilah Kerajaan Barisan Nasional yang menjamin masa depan rakyat.

Benarkah PAS telah mengambil alih urusan Tuhan mengenai hal ehwal syurga-neraka?

14 October 2009

Jangan Kedekut Si Burung

Jangan tamakkan sesuatu. Berkongsilah...
Jangan hina dan gelakkan orang lain, pastikan kita dihina dan digelak kemudiannya...

Hayatilah...


Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

13 October 2009

Rencana Iblis

Suatu masa lampau, iblis, syaitan, dan jin telah duduk satu meja. Mereka bersemuka untuk mencari jalan menyesatkan manusia. Maka berkatalah salah seorang daripada mereka "Kita tidak dapat melarang kaum Muslim ke masjid, kita tidak dapat melarang mereka membaca al-Quran dan mencari kebenaran, bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka, Allah dan pembawa risalah-Nya, Muhammad. Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh." Yang lain kemudiannya mengangguk tanda setuju.

05 October 2009

Saudaranya Dua Tangan

"Bukan situ, bang. Masuk di sini." Rasanya abang ni tak perasan yang sebelah tu untuk penumpang keluar dari platform, hanya getus di hati.

"Mahu ke mana, bang?" Ringan pula mulut menyapa. Abang tersebut memberi respon mahu ke KL Sentral. Gaya bahasanya persis seorang warganegara Indonesia. Cumanya, cara penyampaiannya seakan-akan orang Melayu Malaysia. Mungkin sudah bertahun lamanya bergaul dengan masyarakat di sini.

"Mahu ke LCCT, pulang ke Padang," tambahnya kemudian. "Padang? Abang orang Padang?" tanya semula seakan-akan tidak percaya kata-katanya tadi.

Merantau jauh sehingga ke seberang demi sesuap nasi, tetapi bila mendengar khabar sedih dari kampung halaman, mahu tidak mahu terpaksalah bergadai demi melihat keluarga selamat dari bencana yang menimpa.

Sambil berteduh dalam suasana pembinaan pembesaran Stesen Komuter Sentul, saya mengambil peluang bertanyakan banyak hal daripada abang Padang tersebut.

04 October 2009

To My Beloved Durrah Balqis

Kepada Balqis yang disayangi,

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-8. Makin tualah anak buah sorang ni.
Jangan nakal-nakal, dengar cakap ayah ibu.

Happy Birthday Durrah Balqis.

03 October 2009

Koleksi Gambar Raya 1430

Koleksi gambar yang sempat disnap ketika Hari Raya dan jalan raya sepanjang awal Syawal baru-baru ini.


Bergambar di hadapan rumah Azwa.

Di hadapan rumah Nadiah Hani.

Gambar ini pula diambil ketika menziarahi rumah Cikgu Norliza di Taman Ixora, Sepang.


Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi