Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

07 November 2011

Pakar Komputer?


Salam Aidiladha 1432H.

Sesi persekolahan hanya tinggal dua minggu sahaja, minggu ini dan minggu hadapan. Sepanjang dua minggu ini, pastinya dua tangan ini tidak cukup untuk menyelesaikan pelbagai jenis kerja, antaranya: buku kemajuan murid yang perlu dihantar pada Rabu (9 November) ini; senarai peratusan murid, juga pada hari yang sama; jamuan kelas yang ditetapkan oleh Guru Besar pada hari Khamis (10 November); kem kelolaan Cikgu Khairuddin di Bukit Changgang bermula Jumaat (11 November); dan Hari Kecemerlangan, dicadang akan diadakan pada 17 November.

Berbicara berkaitan kerja, ada dua program yang saya tunggu sepanjang dua minggu ini; Hari Kecemerlangan Sekolah dan sebuah kem kelolaan Cikgu Khairuddin.

Tidak pastilah apa nama program tersebut...

Sebab apa saya menantikan kedua-dua program ini? Sebab saya diamanahkan untuk menyediakan sebuah video berbentuk slide show berkaitan.

Nak kata saya pakar komputer, saya bukan seorang yang pandai sangat, hanya memandai-mandai sahaja. Cuma, ilmu yang sedikit kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini, selain diri saya dicampakkan ke sebuah organisasi yang 'dahagakan' kelebihan tersebut, maka saya dilihat sebagai seorang yang hebat dalam menggunakan aplikasi komputer.

Sejujurnya, malu untuk saya mengiyakan kenyataan orang sekeliling sekiranya mereka mengatakan saya mahir menggunakan komputer. Kemampuan saya tidak lain dan tidak bukan hanya pada menyediakan dokumen, menyediakan paparan slide dan video, menyediakan kertas kerja, menyusun atur gambar rajah, dan penggunaan asas lain.
Khusyuk membuat kerja ketika Kem Anak Soleh, Julai 2011.
Kelebihan yang sedikit ini dilihat begitu besar sehinggakan saya akhirnya menjadi one stop centre dalam kebanyakkan perkara.

Malu, segan...

* * * * *

Mula-mula saya diperkenalkan dengan komputer adalah pada tahun 1995 yang mana ketika itu, mak membelikan sebuah komputer desktop untuk kegunaan kami sekeluarga. Yang saya tahu ketika itu hanyalah bermain game dan salah satunya yang masih saya ingat ialah game "Ultimate Body Blows", sebuah game lawan-lawan. Watak yang saya suka gunakan untuk menentang lawan adalah Tekno, sebuah robot.
Dari saat itulah, sedikit demi sedikit saya memulakan proses pembelajaran dengan cara menggodek-godek komputer untuk mendapatkan maklumat yang berguna. Sepanjang saya bersekolah, lebih lima kali komputer rosak akibat digodek.

2004, abah membeli sebuah komputer desktop yang baharu menggantikan komputer lama yang sudah tidak lagi sesuai untuk digunakan. Komputer terbaru lebih bagus, lebih laju, dan lebih luas kapasiti cakera kerasnya, lebih kurang 1 gigabait. Ketika itu, 1 gigabait sudah dikira besar.

Ketika saya menuntut di KUIS, keinginan untuk mengetahui selok-belok komputer meningkat. Bermula di situlah, saya belajar untuk memuat turun video, khususnya dari laman YouTube, belajar menggunakan Friendster, e-mel, berbloging, mengformat komputer, mengubahsuai perkakasan komputer, dan sebagainya.

Namun, selepas saya keluar dari KUIS, kebanyakkan daripada apa yang saya belajar berkaitan komputer secara tidak formal hilang disebabkan tidak lagi digunakan secara konsisten.

* * * * *

Keterlibatan saya terhadap kerja-kerja berkaitan komputer bermula ketika saya berada di tingkatan lima. Banyak perkara yang berkaitan komputer diserahkan kepada saya. Perkara pertama yang saya jayakan adalah Minggu Pemantapan Disiplin selaku setiausaha program dan pertunjukkan penutup. Ketika itu, saya diamanahkan untuk menyediakan kertas kerja program dan slide gambar sepanjang minggu program pada majlis penutup.

Selepas kejayaan saya menghasilkan slide gambar sepanjang program pada majlis penutup, saya sekali lagi diamanahkan oleh jawatankuasa pelajar asrama untuk menghasilkan sebuah tayangan slide yang hampir serupa pada Malam Seribu Kenangan yang dianjurkan oleh jawatankuasa asrama. Walaupun penghasilannya mendapat kritikan banyak pihak, terutamanya daripada guru, namun secara keseluruhannya, ia berjaya ditayangkan dengan baik.

Selepas saya melangkah ke KUIS, segala-galanya bermula daripada kosong. Rakan sekelas tidak mengetahui setiap apa yang pernah saya laksanakan ketika di alam persekolahan, sehinggalah saya menghasilkan sebuah pembentangan multimedia menggunakan MS Power Point yang agak kemas sedikit berbanding rakan sekelas yang lain. Kelebihan ini membuatkan ada yang sanggup mengambil kesempatan dan peluang untuk menjadikan saya sebagai rakan sekumpulan untuk mendapatkan markah perbentangan yang tinggi. Saya tidak menyangka sehinggakan saya dimaklumkan oleh rakan saya yang lain. Biarlah, itu urusannya dengan Allah...

Tatkala terjun ke alam pekerjaan, sekali lagi saya hadir dengan keadaan yang low profile, tidak mahu menonjolkan kelebihan yang ada pada saya. Di SRA Bandar Seri Putra, kelebihan yang sedikit ini dikesan sendiri oleh GPK 1 tatkala melihat draf terakhir soalan Tajwid bagi Ujian Prestasi Pertama. Hasil kerja saya berlainan dengan hasil kerja guru-guru lain. Bermula daripada itu, banyak aktiviti yang berkaitan dengan hasil kerja perkomputeran diserahkan kepada saya.
Dua draf sticker kenderaan yang sudah diluluskan oleh GPK 1, menanti hasilnya.
Antara hasilnya adalah design sticker kenderaan yang saya hasilkan pada awal tahun dan video penutup Kem Anak Soleh.


Alhamdulillah, ada hikmahnya. Mungkin Allah merencanakan situasi sebegini kepada saya bertujuan untuk saya berbudi dan berbakti. Kepuasan 'kan terasa apabila kita sendiri melihat hasilnya. Kritikan itu biasa, sebagai memperbaiki mutu dalam penghasilan seterusnya.

Tinta mencoret: Ilmu dan kelebihan itu milik mutlak Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

Taman Impian Putra, Bandar Seri Putra, Bangi SDE

5 comments:

  1. Assalamualaikum M Syahmi

    moga terus berjaya

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Ilmu & kelebihan yg ada boleh dikembangkan.. Lpas nie boleh la buka syarikat designer sendiri..

    ReplyDelete
  3. ha ha main game komputer kat rumah kau , masa sekolah rendah , paling best !

    ReplyDelete
  4. Wa 'alaikumussalam, amin, terima kasih doakan saya...

    Fakhrul, nak design tak reti, kena panggil designer yang benar-benar pakar...

    Adil, kalau dikenang-kenang zaman sekolah dulu, sumer game rase best je main...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk blog yang menarik

    ReplyDelete