Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 November 2011

Tak Boleh Masuk Sini...


Salam 1433 Hijrah.

Cuti sekolah sememangnya syok bagi murid-murid sekolah, pekerja yang fleksibel dengan masa kerja mereka seperti Encik Faisal di PMB, pemandu bas sekolah, guru-guru kementerian, dan juga guru-guru KAFA seperti saya.

Bagi guru KAFA, cuti mereka hanya ketika cuti sekolah sahaja. Selain itu, hanya cuti kecemasan sahaja, itu pun hanya tujuh hari sahaja yang dibenarkan. Tak kisah dengan tujuh hari tu sebab cuti sekolah kalau dihimpunkan jumlahnya lebih kurang dua bulan panjang.

Jadi, entah macam mana, Ahad lepas (27 November 2011) sehari suntuk saya keluar berjalan-jalan dengan seorang sahabat, Ustaz Qamarul. Pada asalnya, hanya mahu minum pagi sahaja yang mana kemudiannya menyebabkan kami singgah di tiga tempat yang berlainan pada ketika itu.

Pertamanya, ke rumah saudara Ustaz Qamarul yang mana berlaku kematian. Seterusnya ke Dewan Bandar Baru Salak Tinggi, ada majlis perkahwinan abang kepada seorang sahabat sekolah yang namanya sama dengan nama saya, Syahmi. Yang ketiga, kami singgah ke Bangi Utama untuk mencari beberapa barang keperluan.

Setelah menghantar Ustaz Qamarul pulang ke rumahnya di Sungai Buah, saya terus ke Berjaya Times Square.

Selepas persimpangan di Bulatan Kampung Pandan menghala ke Bukit Bintang, saya ditahan oleh polis trafik.

"Selamat pagi, encik."                   "Selamat pagi..." (blur)
"Encik, encik tahu tak yang encik dah buat salah?"
"Er... Salah apa ya?"
"Encik tahu tak yang encik tak boleh masuk sini dari atas."(dari Jalan Yew/Sungai Besi)                                                             "Eh, tak boleh ke?"
"Tak boleh, encik..."

Aduh... Habislah melayang lagi duit...

"Minta lesen memandu..."

Redha je lah kalau kena saman. Nak buat macam mana.

"Encik kerja sebagai apa?"                         "Guru."
"Ooo, guru. Dekat mana?"                         "Bangi."

Selepas berhempas-pulas mengeluarkan lesen yang melekat dari dompet, saya serahkan lesen memandu kepada polis.

"Ooo, 88 (lahir tahun 1988). Kiranya baru lagilah jadi guru nih?"
"Baru jugalah. Dalam setahun."

Entah macam mana, lepas tu polis tu lepaskan saya.

Eh, macam tu je? Perpinga-pinga...

Sebelum saya pergi, polis berkenaan menyarankan agar menggunakan Jalan Selatan sekiranya ingin ke Berjaya Times Square.

Ini kali ketiga saya ditahan polis. Kali pertama masa roadblock di Kajang, atas kesalahan lampu sebelah tidak menyala. Kali kedua pula di Bandar Baru Ampang atas kesalahan tidak melekatkan roadtax, kata polis yang tahan tu. Dan ini adalah kali yang ketiga, atas kesalahan memasuki lorong dari arah yang tidak dibenarkan. Alhamdulillah, saya tidak disaman atas ketiga-tiga kesalahan ini.

Satu-satunya saman saya adalah disebabkan melintasi speedtrap di Sabak Bernam dengan kelajuan 130 km/j.

Jangan kata saya beri rasuah. Rasuah salah di sisi undang-undang, juga salah di sisi agama.

Saya pernah ditahan seorang polis yang kemudiannya cuba-cuba minta rasuah, tapi takkan nak campurkan setitik nila dalam susu sebelanga?

Terima kasihlah buat polis trafik tersebut yang tidak jadi saman. Alhamdulillah, selamat RM 300...
Jalan yang saya ambil sebelum ditahan polis (pangkah merah)
Polis tersebut menasihatkan agar menggunakan Jalan Selatan sekiranya mahu menghala ke arah Bukit Bintang dari arah Sungai Besi.
Perkara tersebut saya kemaskini dalam status Facebook.
Klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat.
* * * * *

Alhamdulillah. Banyak perkara yang Allah mudahkan kepada saya. Wallahu a'lam, tidak saya ketahui sebabnya.

Ketika saya susah suatu masa dahulu, Allah pernah memberi jalan keluar. Harganya, keyakinan dan kesabaran.

Jika tiada keyakinan kepada Allah, agak sukar untuk ditemui jalan keluarnya.
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan ada baginya jalan keluar (dari segala kesukaran). Serta dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa bertawakkal dan berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
AQ 64:2-3

Cukuplah kita yakin dengan Allah, Dialah yang akan menjadi penyelamat kita.

Tinta mencoret: Antara polis, PBT, dan perangkap laju, polis lebih banyak tolak ansur...

SRA Bandar Seri Putra, Bangi SDE

2 comments: