Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 January 2011

Stuck At Taman Melati

Alhamdulillah, akhirnya saya sampai juga ke rumah di Bandar Seri Putra setelah terkandas beberapa jam di hadapan Old Town Taman Melati. Sendiri yang cuai. Siapa suruh tinggalkan kereta dalam keadaan lampu tidak dimatikan lebih daripada 3 jam?

Memang salah sendiri. Jangan pula salahkan orang lain. Mengakulah kesilapan diri sendiri.

Terima kasihlah buat mereka yang sudi membantu 'menjana' semula bateri dan memeras keringat menolak Saga yang berat especially buat sahabat lama, Afnan.

Kedudukan kereta yang diparkir di lot kedua berhadapan dengan Old Town sememangnya agak berbahaya untuk ditolak kerana terlalu hampir dengan simpang masuk daripada MRR2. Kereta bertali arus memasuki kawasan tersebut. Agak sukar untuk menolak keluar daripada kawasan parkir. Pada asalnya saya bercadang untuk menggunakan jumper untuk mengecas bateri kereta yang kong daripada kereta Afnan, tetapi nasib tidak menyebelahi kerana kebetulan kesemua keretanya dipinjamkan kepada emak dan adiknya.

26 January 2011

Selfish Ke?


Pleaz.. Aku kne hntr khamis ni jgk..=(
Teks SMS diterima
23:22, 25 Januari 2011

Bukan selalu tidak dapat memenuhi permintaan seorang kawan yang memerlukan pertolongan. Cuma dalam keadaan ini, saya sememangnya tidak mampu untuk membantu kerana kesuntukkan masa.

Kawan yang sejati adalah kawan yang saling membantu, terutama sekiranya terdapat kawan yang sememangnya memerlukan bantuan. (Rindu masa ni...)

17 January 2011

Pendekatan Baharu Di Tempat Baru

Ketua kelas 4 Ibnu Rusyd, Farhan (Kiri) dan kawan baiknya, Razlan semasa sesi hafazan Surah al-Fajr. Antara murid yang sporting di dalam 4 Ibnu Rusyd.
Masuk minggu ketiga saya berkhidmat di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP). Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit, saya cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang agak baharu. Memang ada hikmahnya saya ditempatkan di sini.

Murid-murid di sini kurang rapat dengan guru-guru, tidak seperti di SRA Desa Putra. Entahlah, mungkin mereka agak kekok sedikit bila berinteraksi dengan guru. Dalam satu kelas itu, hanya beberapa kerat sahaja murid yang "mesra alam". Yang lain hanya melayang dengan dunia masing-masing.

13 January 2011

Bila Lahanat Pertikai Azan


Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.

09 January 2011

Hati Masih Tertinggal Di Sana


SRA Desa Putra dalam kenangan (Jun-November 2010).

Ustaz Syahmi bersama
anak didik, Zaim.
Sungguh, hati saya masih lagi tinggal di tempat lama. Bukan kata hati, bahkan minda dan tindakan juga seolah-olah saya masih berkhidmat di situ. Walhal, saya sudah lagi tidak bertapak di Desa Putra setelah mendapat surat daripada JAIS yang menempatkan saya ke Bandar Seri Putra.

Antara Desa Putra dengan Bandar Seri Putra, hanya perkataan Putra sahaja yang serupa. Sosio-ekonomi, lanskap, susun atur, mentaliti, kapasiti, lifestyle, pertuturan, perhubungan, attitude, penampilan, dan segala macam perkara, semua berbeza antara kedua-duanya.

Rombongan ke Kelantan. Dari kiri: Ustaz Bustanul (hadapan),
Ustaz Qamarul (belakang), Ustaz Fadhli, dan Ustaz Syahmi.

05 January 2011

Islamification di Britain

Bila Islam lebih dihargai mereka yang bukan Islam dan Islam 'mendatang' berbanding mereka yang Islam sejak lahir.

Sebuah portal berita Britain, Daily Mail melaporkan bahawa jumlah terkini rakyat Britain yang memeluk Agama Islam telah melepasi angka 100,000 orang di seluruh negara tersebut. Purata rakyat Britain yang memilih Agama Islam adalah, golongan muda wanita Inggeris berkulit putih, yang berusia 27 tahun. Mereka dikatakan sudah bosan dan benci dengan masaalah moral dan ketidak sopanan warga British.

Kajian yang dijalankan oleh sebuah badan kepelbagaian agama di Britain menyifatkan ia sebagai mengalami satu proses "pengislaman negara Britain" (Islamification).

04 January 2011

SRABSP Pembuka Tirai

Tahun 2011 membuka tirai dengan khabar gembira buat saya.
Lewat Disember lepas, saya menerima surat yang menyatakan saya diterima sebagai warga JAIS dan kemudiannya saya ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP), Bangi berkuatkuasa bermula semalam (Isnin, 3 Januari 2011).

Saya bernasib baik kerana ditempatkan di SRABSP. Alhamdulillah, percaturan Allah itu melangkaui segala-gala-Nya. SRABSP adalah antara empat sekolah yang saya jangka bakal ditempatkan selain SRA Desa Putra dan dua lagi sekolah baru di Puchong Selatan.

Sekali pandang, environment di sini lebih 'segar' berbanding di tempat lama dan lebih 'mencabar' buat saya kerana kebanyakkan daripada murid-murid yang ada bermentalitikan budak bandar berbanding sebelum ini yang kebanyakkannya datang daripada kawasan kampung.

Saya diamanahkan untuk menjaga kelas 4 Ibnu Rusyd, kelas ketiga daripada lima kelas yang berkapasiti 40 orang setakat yang saya terima semalam. Rata-rata murid tinggal sekitar Putra Mahkota yang terdiri daripada Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota.

Apa-apa pun, saya sukakan tugas ini, walau ke mana saya di hantar (asalkan dalam Selangor lah...). Salam perkenalan buat warga SRABSP. Salam perkenalan buat murid-murid 4 Ibnu Rusyd.

Tinta mencoret: Masih rindukan tempat lama yang riuh...

Taman Permata, Hulu Kelang WPKL