Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

21 December 2013

Bersedia Untuk Tugasan 2014

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya bercuti selepas lebih kurang 5 minggu saya bercuti. Cuti-cuti pun, saya tetap ke sekolah untuk melepaskan rasa rindu yang teramat sangat terhadap bangunan sekolah yang tersergam indah. Huhuhu…

Bergambar sebagai kenangan dengan sebahagian daripada murid Tahun 6 2013.

Mengikut draf akhir yang saya lihat, saya diamanahkan untuk menjadi guru kelas 5 Ibnu Bathutah, dan menjadi antara guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengasah bakat murid bagi mata pelajaran Khat.

“Habis 'jahanamlah' tulisan diorang.”

Itu antara reaksi awal yang saya berikan bila saya mendapat tahu perkara tersebut. Saya memandang positif berkenaan tanggungjawab yang diberikan.

Cuma saya masih terkilan, terpaksa melepaskan satu mata pelajaran yang amat-amat saya gemari, Tajwid. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Pihak pentadbiran pastinya sudah membuat keputusan yang terbaik untuk semua pihak selepas mereka meneliti dan berbincang daripada pelbagai sudut.

Bak kata sebahagian pemimpin kita:
“Syukur, Malaysia masih aman…”
Tak de kena mengena ye…

Saya masih lagi menunggu hitam-putih berkenaan satu lagi tugasan yang bakal saya pikul untuk tahun hadapan. Cumanya, saya masih lagi teragak-agak, adakah tugasan tersebut bakal saya pikul ataupun tidak.

Pihak atasan sudah menyerahkan tugas tersebut secara lisan kepada saya untuk dilaksanakan. Namun bila saya bertanya sendiri kepada Guru Besar selaku ketua, beliau seolah-olah tidak mengetahui tugasan tersebut diserahkan kepada saya. Untuk tidak membuang masa melaksanakan tugas yang tidak diketahui hujung-pangkalnya, eloklah saya menangguhkan terlebih dahulu sebarang usaha tersebut sehinggalah saya diberi ‘mandat’ secara rasmi untuk melaksanakannya.

Mengikut perancangan asal, saya bercadang memohon untuk berpindah sekolah gara-gara kenaikkan harga bahan api di pasaran. Mana tidaknya, perjalanan yang asalnya menelan belanja RM 10 pergi balik terpaksa ditambah menjadi lebih kurang RM 12. Itu belum lagi tol. Tol pun bakal naik bulan hadapan. Biasanya saya akan melalui Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya Cheras-Kajang kerana kadar tol yang dikenakan hanya RM 4.10 untuk perjalanan pergi dan balik berbanding Lebuhraya PLUS yang menelan belanja RM 7.60.

Terpaksa juga bersyukur. Fikir positif jugalah...

Kebiasaannya saya tidak memasuki tol, cuma sampai sekolah lambatlah sikit.

Berfikir mencari mekanisma terbaik untuk menguruskan setiap tugasan dan permasalahan yang berlaku untuk tahun hadapan. Gambar tiada kena mengena dengan entry ini.
2014 mungkin tahun yang amat penting. Selain daripada kos sara hidup yang agak menekan, matlamat pihak pentadbir baharu yang mahu melihat sekolah mengorak selangkah ke hadapan juga menjadi taruhan. Insya-Allah, saya akan cuba pastikan bahawa saya mampu untuk melaksanakan setiap tugasan yang diberikan.

Saya bukan insan yang sempurna. Namun tidak salah untuk menjadi insan yang berusaha memperbaiki kelemahan.

Antara tugas yang diberi untuk dilaksanakan adalah Setiausaha Unit Lawatan Murid, Ahli Jawatankuasa (AJK) Unit Bahan Bantu Sumber Pengajaran (BBSP), AJK Panitia bagi mata pelajaran al-Quran, Hafazan, Khat, dan Jawi.

Think positive, be positive.
Ikhlaskan hati, tajamkan minda, kuatkan usaha.

Tinta mencoret: Bersedia. Tak sabar nak masuk sekolah.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

8 comments:

  1. bagus ustaz.. lagi beberapa tahun boleh naik pangkat jadi cikgu besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Guru Besarlah sangat. Yang ni pun dah pening kepala nak buat, apatah lagi kalau jadi Guru Besar...

      Delete
  2. Baguslah syahmi...akak ni sejak cuti xjengah lagi sk...entah wujud ke idak lg sk tu...wakaka.....

    huwaa.....sk dh nk buka..blm prepare apa2 pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, kalau sekolah tu tak wujud, boleh la bercuti panjang lagi... Hohoho...

      Takpe, time buka sekolah nanti, boleh la prepare... huhuhu...

      Delete
  3. Selamat megajar semula ustaz....eeerrrr...tak maw masuk PU ke...??

    ReplyDelete