Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

07 July 2014

Orang Islam, Akhlaknya Tak Islam

Salam Ramadan 1435 Hijriyyah.

Jumaat lepas (4 Julai 2014), saya berkesempatan untuk menyaksikan pengislaman dua orang wanita berbangsa Filipina di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.


Dua orang saudara baru (tiga dan empat dari kiri) selepas majlis syahadah mereka.

Alhamdulillah, bertambah lagi saudara seaqidah kita. Dan, yang pastinya, tugas kita makin bertambah, untuk tidak membiarkan saudara baru kita terkapai-kapai selepas mereka beriman.

VIDEO MAJLIS SYAHADAH INI SEDANG DIMUAT TURUN.

Cabaran untuk orang yang dilahirkan dalam kalangan keluarga yang tidak beriman sungguh mencabar. Mereka membesar dalam suasana yang penuh dengan kekufuran. Sungguh sukar untuk mereka membuat pilihan untuk menukar aqidah mereka kepada mentauhidkan Allah.

Kesukaran ini ditambah dengan sikap orang Islam itu sendiri yang tidak mencerminkan keindahan agama Islam.

Sekiranya mereka memilih Islam sebagai jalan hidup, pastinya mereka sudah membuat homework terlebih dahulu terhadap Islam tanpa melihat kepada orang Islam yang tak macam Islam.

۞   ۞   ۞   ۞   ۞

Cantik betul
bahasa mereka.
Kliklah kalau
sanggup baca.
Sedih bila saya lihat akhlak remaja zaman sekarang ni. Bila bercakap, masing-masing macam tunjuk samseng, menzahirkan kesamsengan masing-masing dengan 'bangga'nya.

Bila bergaul, mereka tidak langsung memikirkan batas-batas pergaulan yang digariskan syarak. Mereka meletakkan kebenaran dan 'keredhaan' ibu bapa sebagai lesen untuk mereka bercouple, bergaul bebas lelaki perempuan, dan sebagainya.

Nak salah siapa ni? Nak salahkan remaja yang rosak itu? Atau kedua ibu bapanya? Keluarga? Guru? Masyarakat?

Entahlah. Sedih. Malu tengok akhlak mereka yang tak serupa orang Islam yang sepatutnya. Sebab itulah Islam diinjak-injak orang yang bukan Islam dek kerana rosaknya orang Islam itu sendiri.

Sebelum ni pun pernah juga saya coretkan dalam satu coretan bertajuk: "Akhlak Jari Hanti" berkenaan perkara ini. Kini, nampaknya macam makin teruk. Umpama barah, sedikit demi sedikit merosakkan ummah.

Dengan selamba badaknya, mereka ber'jari hanti' di hadapan kamera.
Best ke buat macam tu...?
Mari kita lihat dakwah Rasulullah Sallallahu `Alayhi Wasallam, kebanyakkan daripada sahabat yang memeluk Islam itu hanya kerana tertarik dengan peribadi Rasulullah itu sendiri sebelum sempat mengenali Islam sebelum keislaman mereka. Cantiknya akhlak Baginda itu membantu dalam dakwah Baginda.

Zaman kini, keindahan Islam itu tidak nampak pada peribadi orang Islam.

Nampaknya macam masyarakat kita ni makin lama makin teruk. Apa tindakan kita...? Biarkan sahaja ke...?

Tinta mencoret: Tersedak si babi  masa minum air sebab ramai sangat yang sebut namanya.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

3 comments:

  1. ya, amat menyedihkan keruntuhan moral anak2 sekarang..bagaimana kelak jika sy berkahwin dan menjadi seorang ibu nanti? tentunya cabaran nya lebih teruk. tambah2 hadis akhir zaman bahawa ramai wanita melahirkan tuannya.. sy sendiri perlu baiki diri untuk melahirkan zuriat yg soleh solehah..juga pendidikan di maahad serta pondok2 aswaja akan menjadi keutamaan sy demi akidah mereka..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. amat menyedihkan....yg paling sedih bila cikgu2 juga dh xada kuasa menegur akhlak anak2 disekolah....jika 10 thn lepas rotan memainkan peranan besar dalam mendidik di sk tapi skrg nk tegur pn xberani...risau diserang blk....emm...

    ReplyDelete
  3. setuju
    tak tahu lah
    sekarang memang kalau tengok akhlak tak ada beza dengan orang yg agama lain
    haihhh

    ReplyDelete