Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 July 2014

Ramadan 1435H: Gaza Dibedil

Salam Ramadan 1435H.

Makan moreh di sekolah, tahun lepas.
Gambar tiada kena mengena dengan coretan kali ini.
Hari ni sudah masuk hari ke-15 umat Islam di Malaysia berada dalam bulan yang penuh dengan barakah dan rahmat, bulan Ramadan. Pejam celik, pejam celik, sudah separuh Ramadan kita tempuh. Alhamdulillah, sudah separuh bulan juga kita memenuhkan diari kehidupan kita dengan amal ibadat seperti puasa, tarawih, dan bertadarus.

Juga, dalam bulan ini juga, umat Islam diuji dengan pelbagai ujian. Awal Ramadan lepas, kita digemparkan dengan serangan dan pengeboman secara besar-besaran oleh rejim Zionis la'natullahi alayhim ke atas umat Islam di Gaza.

Sehingga coretan ini dicoret, seramai 121 penduduk Gaza sudah syahid manakala lebih seribu orang cedera selepas lima hari serangan dilancarkan.

Mari kita sama-sama doakan agar umat Islam di Gaza diberikan kekuatan oleh Allah Subhanahu Wa Ta`ala ketika berhadapan dengan kekejaman rejim Zionis la'natullahi alayhim.


Mereka sudah mengangkat senjata.  Kita pula, monopod yang 'terangkat'. Haish...

Last sekali, mari kita layan satu lagu yang dihasilkan oleh Briged al-Qassam berbahasa Hebrew sebagai perang saraf terhadap Zionis, untuk menambahkan kegerunan mereka terhadap pejuang yang senantiasa impikan syahid.

اللََّهم انصرِ المسلمينَ والمجاهدينَ في غزةِ

Tinta mencoret: Ya Allah, selamatkanlah saudaraku dan para pejuang-Mu di Gaza.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

3 comments:

  1. IsyaALLAH.....berdoa dan boikot brgan israel....bg depa tekanan....

    ReplyDelete
  2. Ketika Gaza dibedil, ramai juga rakyat Malaysia yg sedang 'membedil' perut mereka dengan pelbagai makanan berbuka puasa, termasuk di hotel-hotel mewah dengan makanan-makanan super mewah....

    ReplyDelete