Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

17 December 2016

Agong Menunjuk-nunjuk Solat Di Masjid (?)

13 tahun Rasulullah berdakwah membina nilai Aqidah dalam diri para sahabat di Makkah. Bila sudah mantap, baru Baginda beralih kepada pembentukan masyarakat, bermula daripada akhlak, budaya, sehinggalah kepada ekonomi dalam fasa kedua; 10 tahun di Madinah.

Kejayaan Rasulullah menanamkan keyakinan yang cukup tinggi kepada Allah membuatkan setiap wahyu yang diturunkan seterusnya mudah diserap dalam masyarakat. Kuncinya adalah KEIMANAN.

Namun, apabila manusia mula menukar kiblatnya daripada berkiblatkan Allah Yang Esa, maka masalah akan mula timbul, bermula daripada kerosakan akhlak sehinggalah kepada masalah ekonomi yang melanda.

Tiada masalah jika KBDYMM YDPA bersolat jemaah dengan jubah dan ketayap baginda selagi mana itu satu kebaikan. Dan Baginda YDPA, pada hemat saya, sudah menunjukkan satu contoh ikutan yang baik buat Rakyat jelata akan kepentingan menjaga hubungan dengan Allah sebelum berhadapan dengan masalah dan ujian atas muka bumi ini.

Dan perlu diingatkan, Baginda Sultan Muhammad V tidak berswafoto ketika berjemaah di Masjid tetapi gambar itu diambil rakyat sekeliling. Dan mungkin Baginda sendiri tidak mengetahui gambarnya diambil!
Perbuatan baginda yang suka berjemaah di masjid ini sudah diketahui umum sejak sebelum baginda menjadi YDPA lagi.

Dan saya yakin, jika susuk tubuh Baginda Sultan Muhammad V itu bukan seorang Agong, Sultan, Menteri Besar, ataupun apa sahaja figura umum, nescaya lensa-lensa rahsia itu tidak dihalakan kepada Baginda, dan mungkin tidak keberatan saya katakan tiada siapa yang ingin mengambil gambar baginda bersolat dan menyebarkannya.

Aku pergi solat Jumaat pun tiada siapa peduli. Ambil gambar? Jangan haraplah.

Kepada insan yang bernama "Faiz" yang mempertikaikan perbuatan YDPA berjemaah di masjid (sehingga gambar baginda menular), saya ingin bertanya satu soalan mudah: Adakah anda menunaikan solat berjemaah awal waktu di masjid sehinggakan anda boleh mempersoalkan Baginda YDPA?

Dan adakah anda mempunyai solusi menyeluruh terhadap kegawatan ekonomi yang melanda kita dengan mengenepikan Allah dalam urusan tersebut?

Oh... Ada akal, guna.

Sifat Sultan Muhammad V yang bersederhanaamatlah disenangi rakyat jelata.
Wahai anak muda! Jangan terlalu lantang bersuara. Sesungguhnya ilmu kita hanya secebis berbanding mereka yang ada darah tinggi akibat banyak makan garam. Berbicaralah dengan berhemah agar masyarakat menyanjung tinggi dan menghormati.
Wahai anak muda! Tutur katamu itu berbisa. Halakanlah pada yang seharusnya. Usah diikut nafsu berbicara. Kelak badan menanggung, malu dirasa.

Tinta mencoret: Cemburu dengan keabidan Sultan Muhammad.

Catatan Facebook
Hulu Kelang WPKL

No comments:

Post a Comment