Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 December 2016

Moana Konspirasi Dajjal (?)

Eh, kalau konspirasi Dajjal sekalipun, baguslah. Mereka ingatkan kita yang kita ni dah akhir zaman. Nak harapkan korang sedar hasil daripada ceramah agama, memang taklah. Khatib Jumaat tu berbuih mulut 'baca' teks khutbah Jumaat, korang sedap je tidur kat belakang, nak datang ceramah agama, jauh panggang dari api.

Kalau betul filem Moana itu konspirasi Dajjal sekalipun, Dajjal itu tetap akan keluar. Sebilangan besar daripada kita tetap akan ikut dia. Tiada siapa yang dapat menghalang Dajjal daripada memperdaya kita kecuali amalan kita sendiri.

Kalau betul filem Moana itu konspirasi Dajjal, biarlah. Mereka yang hasilkannya bukan Muslim pun. Tak ada pun dia kata yang mereka membayangkan cuba menceroboh Makkah dan Madinah sebagaimana yang didakwa. Itu hanya bayangan dan tanggapan yang terlampau sangat takut dengan KONSPIRASI. Makkah dan Madinah itu tetap dalam pemeliharaan Allah selagi mana belum tiba masanya. Lihatlah apa yang terjadi pada tentera Abrahah? Adakah Pemilik Kaabah itu akan berdiam diri sekiranya diserang?

Kalau betul filem Moana itu konspirasi Dajjal, adakah anda bangun solat Subuh? Adakah anda masih main bola pakai seluar pendek? Berapa kotak rokok anda beli sehari? Adakah caci maki masih menjadi zikir? Adakah anda berjemaah di masjid? Kalau segala keburukan dan kefasikan ni masih berlegar dalam diri dan masyarakat kita, usahlah tengok pada konspirasi itu. Sebenarnya 'Dajjal' sudahpun berada bersama kita.

Kalau ulama, ustaz-ustazah, tok guru kita berbuih nasihat pasal tipu daya iblis dan Dajjal, kita buat tak endah je, eloklah orang kafir yang sedarkan kita. Itu pun korang bukannya ambil kesah pun, bukannya berubah pun. Sibuk sangat dengan KONSPIRASI. Subuhnya masih bawah selimut, rancangan hiburan lagha masih dilayan, kerja masih tak berintegriti.

"Hei, kau ni Dajjal ye...? Diorang kata..."
Yang sebenarnya 'Dajjal' itu adalah kita, korang, dan bukannya Moana!

Tinta mencoret: Kalau Dajjal sekalipun, ada masalah ke...?

Catatan Facebook
Muhammad Syahmi
Insan yang sangat Jahil dan Faqir di sisi-Nya
Hulu Kelang, WPKL

No comments:

Post a Comment