Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 December 2016

Saya Dah Maafkan Kamu. Eh?

"Semua saya dah maaf dan halalkan. InsyaAllah ada masa jumpa lagi."

Ini ayat tak nak mengaku salah.

Biasakan menggunakan ayat "memohon maaf" , daripada kita menggunakan ayat "memberi maaf" ketika berpisah.

Sebab kita tak tahu berapa banyak dosa kita terhadap orang lain.

Dosa orang lain tu tak perlu pun kita bagitau kita sudah maafkan. Memadai dengan niat dan hasrat dalam hati.

Ayat yang paling ampuh untuk kita elak dari tercetusnya pergaduhan, atau sekurang-kurangnya menggurangkan kemarahan dan ketegangan adalah ayat "memohon maaf".

Aku pernah try. Alhamdulillah. Lebih kurang 90 peratus berhasil. Langgar kereta orang pun boleh settle elok, tak perlu bayar ganti rugi.

Ok. Part langgar tu korang jangan buat betul-betul.

Akhukum fillah,
Muhammad Syahmi

Tinta berdakwat: Perkataan Maaf antara yang paling berat untuk dituturkan.

Coretan di Facebook
Hulu Kelang WPKL

No comments:

Post a Comment