Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 November 2010

Penggunaan Matahari Bakal Dicaj


Berita
WANITA DAKWA DAFTAR NAMANYA SEBAGAI PEMILIK MATAHARI

MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

28 November 2010

ASB Isn't Shariah-compliant...?


And then why, I sambung sikit, why ASB is not... earlierlah. Sekarang status dia haruskan? Okay. Boleh tukar ya. Halal, halal, harus, harus, harus, harus (confuse). Macam main chess pula.

Terkedu saya bila Abang Faisal cakap pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB) bukan tergolong di dalam dana pelaburan patuh syariah. Yang membingungkan, daripada sumber mana yang boleh menghukum ASB itu menjadi harus daripada haram pada permulaannya?

Any companies yang masuk dalam list (senarai yang disediakan) is not shariah-compliant. And then, is not tolerable. Full stop. Okay. Cuma yang dalam ASB, Majlis Fatwa, dia ada hujah-hujah. Tak pe. That's all. Cuma why them in www.sc.gov.my under (shariah) compliant, dia tak masukkan ASB, dia still kata ASB is not (shariah) compliant. Why? They (ASB) still ada (saham)Maybank, which is conventional bank. Dia ada MAS. MAS is not shariah-compliant, because they sell liquors on board. So here, kalau dia (Suruhanjaya Sekuriti) kata shariah (compliant), they are (shariah-compliant). Dari segi halal-harus (seperti yang dikatakan) itu debatable, they have hujah-hujah. The options is to investors. The options is yourslah.

23 November 2010

Datang Lagi Si 23


November 23... Am I forget about it? Hrm... Are you remember it? Hohoho...
Status di Facebook [klik]

23 November datang lagi... Seronok rasanya. Kalaulah setiap hari seronoknya seperti 23 November, kan best...

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-22. Itu tandanya tak lama lagi saya akan pergi meninggalkan dunia yang fana' ini. Kalau diikutkan hati, memang saya mahu hidup lama agar saya dapat mengaut segala kenikmatan duniawi. Tetapi adakah jika umur kita dipanjangkan, ia menjamin kehidupan yang lebih diredhai Allah? Lebih elok hidup singkat tetapi dirahmati Allah daripada hidup beribu-ribu tahun tetapi ia menjadi istidraj kepada kita...

Pilihlah sendiri sama ada mahu hidup singkat ataupun hidup yang lama.


18 November 2010

SRADP Dalam Kenangan


5 Umar 2010 dalam kenangan.
Belakang dari kiri: Akid, Haikal, Farhan, Ustaz Syahmi (berbaju coklat) Ashraf Marzuki, Norddin, Azhari.
Hadapan dari kiri: Najah, Ashraf Aiman, Hazim, Iskandar, Fatini, Izzati, Ammar

5 Umar 2010 dalam kenangan. Dari kiri: Ikhmal, Ashraf Marzuki, Ustaz Syahmi, Iskandar (belakang), Hazim (hadapan), Norddin, Zaim (tertunduk).

15 November 2010

Seminar Di BBST

"Semua orang tidak terkecuali untuk menghadiri seminar integriti esok, termasuk Syahmi," pesan Ustazah Nafiah.

Adus... Terngiang-ngiang nak balik rumah, tiba-tiba pula kena hadir seminar yang dilansungkan di Bandar Baru Salak Tinggi.

Integriti, biasa benar mendengar perkataan ini. Namun tak pernah pula mengambil tahu apa yang dimaksudkan dengan integriti. Kalau diikutkan memang malas nak hadir ke seminar tersebut, tetapi disebabkan tajuknya berada luar daripada pengetahuan saya sebagai seorang yang baru sahaja dalam dunia pekerjaan selain daripada mendapat sijil penyertaan (hehehe), timbulnya semangat untuk menghadiri juga seminar tersebut.

Secara umumnya, integriti ini boleh ditakrifkan sebagai menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi selain daripada meningkatkan mutu penyampaian atau kualiti produktiviti yang dihasilkan. Menjalankan tugas dengan penuh amanah? Agak biasa kita disuapkan dengan tazkirah dan peringatan sebegini, tetapi adakah kita benar-benar melaksanakan setiap amanah tersebut dengan penuh beramanah? Tanyalah pada diri masing-masing.


11 November 2010

UPSR, PSRA 2010

http://www.mahyuddinwasoh.com/wp-content/uploads/2010/10/upsr.jpgKeputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan hari ini (Khamis, 11 November 2010) manakalah Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pula esok (Jumaat, 12 November 2010). Bagaimanalah perasaan mereka yang mendapat 5A dan Mumtaz? Saya tidak digolongkan Allah dalam golongan mereka yang mendapat keputusan yang secemerlang itu ketika menghadapinya. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Yang kurang bernasib baik, atau sipi-sipi mendapat kecemerlangan, bersabarlah. Disebalik kekurangan itu terdapatnya satu kelebihan yang lebih berharga berbanding kecemerlangan dalam peperiksaan bersifat duniawi.

Allah Maha Adil dalam perhitungannya. Dia sengaja kurangkan sebahagian daripada apa yang mungkin kita rasakan ia satu anugerah tetapi Dia tambah sebahagian daripada apa yang mungkin kita rasa ia bukanlah satu keperluan sedangkan ia satu rahmat di sisi-Nya.

Mereka yang paling berjaya bukanlah mereka yang berjaya mendapat keputusan yang tertinggi, tetapi mereka yang berjaya menjadikan apa yang mereka peroleh pada saat ini sebagai batu lonjatan untuk terus cemerlang pada masa yang mendatang seiring redha Ilahi, insya-Allah.

Tahniah sekali lagi buat mereka yang memperoleh keputusan cemerlang dan gandakan usaha buat mereka yang kurang bernasib baik. Wallahu waliyyut-taufiq wan-najah.

SRA Desa Putra, Bangi SDE

02 November 2010

Pinky Boys: Salah Siapa?


Tengah hari semalam, rancangan Wanita Hari Ini ada menampilkan beberapa orang pereka fesyen lelaki. Tidak pastilah apa yang dibualkan dalam bual bicara tersebut. Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perbualan tersebut kerana sedang menggosok seluar yang berkedut. Ustaz ******** dan Ustaz ***** (dibintangkan nama mereka kerana mahu manjaga aib) yang baru sahaja selesai menjalankan tugasan masing-masing nampaknya sibuk menceritakan tentang satu gaya yang terdapat dalam kesemua (rasanyalah, sebab saya tak perhatikan, hanya berdasarkan mereka berdua) pereka-pereka fesyen tersebut: LEMBUT.

Semua orang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam mengetahui bahawa tindakan menyerupai sifat jantina lawannya adalah berdosa dan barangsiapa yang cuba menyerupai, maka mereka akan menjadi bahan bakar api neraka, na'uzubillahi min zalik! Bahkan, Nabi Muhammad saw sendiri tidak mahu mengakui orang-orang sebegini sebagai umat baginda!

Betapa berat sekali hukuman yang bakal diterima oleh orang-orang 'lembut' ini.

Tetapi, adakah kita boleh meletakkan seratus peratus kesalahan menjadi 'lembut' ke atas bahu mereka? Jawapan saya: Tidak.

Mereka tetap bersalah kerana 'melembutkan' diri, tetapi kita sebagai orang yang peka seharusnya tidak menuding ke arah mereka dan mentertawakan 'kelembutan' mereka berterusan.