Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

09 June 2011

Kata Orang Tua-tua...


"Mak, dah kenyang."
"Kan banyak lagi nasi dalam pinggan tu."
"Tapi, mak, dah kenyanglah..."
"Tak baik bazirkan nasi tu. Tuhan marah."
"Mi tak larat lagilah, mak. Takkan nak sumbat juga?"
"Kesian nasi tu, nangis-nangis dia sebab Mi tak habiskan."
"Nasi nangis? Mestilah dia suka sebab tak de siapa nak makan dia."
"Sudah, sudah. Pergi letak pinggan dalam sink."

Dua beradik sedang menjamu selera.
Walaupun saya dibesarkan di Kuala Lumpur, bandaraya paling advance di Malaysia suatu ketika dahulu, namun saya dididik dengan penuh adab dan tatasusila serta diiringi dengan budaya 'orang tua-tua' terdahulu.

Terlalu banyak adab dan budaya Melayu dahulu kala yang diterapkan kepada saya tika kecil dahulu. Sebelum tidur, disuruh supaya kaki dibasuh, qadha' hajat, salam dengan mak abah, sebelum melabuhkan badan di tempat tidur. Sebelum tidur pula, disajikan dengan pelbagai kisah-kisah tauladan seperti "Sang Kancil dengan Buaya", "Arnab dan Kura-kura," dan sebagainya.

Mak juga melarang saya membawa sebarang barang yang bukan saya miliki.

Kata "orang tua-tua" juga selalu diserapkan dalam kehidupan kami adik-beradik ketika kecil dahulu seperti; "Jangan duduk atas bantal, nanti bontot bisul", "Jangan angkat kaki masa meniarap, nanti mak mati cepat", "Makanan akan menangis kalau tak dihabiskan", "Makan jangan berjalan, nanti kahwin ramai", dan sebagainya.

Hidup sahaja di bandar, tetapi kehidupan masih berteraskan didikan kampung.

Tetapi sayangnya, didikan sebegini semakin lama semakin pudar dek kemajuan dan sistem maklumat yang semakin berkembang dan ke hadapan.

Mungkin budaya ini semakin lenyap disebabkan ia tidak lagi (mungkin) kompeten dengan kehidupan bandar yang begitu maju serta jaringan maklumat yang luas serta pantas. Kanak-kanak dewasa ini juga mampu berfikir di luar kotak pemikiran ibu bapa mereka kerana sumber maklumat mampu sampai kepada mereka tanpa melalui tapisan lembaga penapisan maklumat, siapa lagi kalau bukan ibu bapa mereka.

Televisyen antara medium penyampaian elemen positif dan negatif kepada anak-anak.
Ibu bapa kini (bukan semua) kurang memerhatikan anak-anak mereka, apatah lagi memberikan didikan yang seimbang apabila anak-anak berada di luar sekolah, khususnya ketika berada di rumah. Kita tidak boleh menyalahkan mereka 100 peratus dalam perkara ini oleh kerana mungkin ia disebabkan desakan hidup masa kini yang begitu menekan disebabkan kadar inflasi yang semakin meningkat saban tahun. Namun begitu, ibu bapa juga tidak boleh melepaskan anak-anak mereka serta memberikan kebebasan tanpa had. Ini mungkin akan menyebabkan mereka akan menerima unsur-unsur yang tidak sesuai untuk mereka terima.

"Mana sesuai lagi didikan konservatif macam tuh. Budak lagi cerdik daripada kita."
"Belum try, belum tahu."
"Kau belum ada anak, apa kautahu...?"

Inilah akibat bila anak lebih 'cerdik' daripada ibu bapa.
Ibu bapa berperanan
membentuk sahsiah anak.
Setiap sesuatu perkara memiliki pro dan kontranya yang tersendiri. Ia mungkin sesuai pada sesuatu bahagian dan pada bahagian lain, ia tidak boleh digunapakai. Kaedah 'orang tua-tua' seperti di atas juga mungkin tidak lagi digunakan secara keseluruhannya dalam kehidupan yang serba canggih ini. Tetapi tidakkah kita berfikir, kaedah yang sama juga boleh digunakan, cumanya diubah sebab dan natijahnya sahaja. Kalau 'orang tua-tua' dahulu kata nasi akan menangis jika tidak dihabiskan, maka ubah sahaja kepada kenyataan yang lebih realistik seperti mengaitkan dengan keadaan saudara kita di Afrika yang berhari-hari 'berpuasa' agar timbul sifat belas kasihan kepada si anak. Atau mungkin juga misalan itu ditujukan kepada masyarakat yang lebih hampir dengan si anak yang boleh dijadikan contoh agar si anak boleh feel penderitaan tersebut.

Bila si bapa dan si ibu melepaskan anak liar melata...
Perunding motivasi Human Touch Counsultant yang juga seorang penceramah bebas, Datuk Zawawi Yusoh mengingatkan ibu bapa agar tidak 'menternak' anak sehingga mengabaikan pendidikan kerohanian yang mana akhirnya boleh menjerumuskan anak-anak muda ke kancah maksiat dan penzinaan.


Rumah yang sebelum ini dianggap tempat paling bahaya dan tidak selamat bagi melakukan perbuatan maksiat kerana dibimbangi diketahui ibu bapa, sudah menjadi lokasi pilihan utama mereka. Ini membuktikan gejala maksiat negara kita berada di tahap membimbangkan kerana rumah disifatkan sebagai ‘benteng’ terakhir bagi penanda aras keruntuhan akhlak remaja berjaya dirobohkan.
Datuk Zawawi Yusoh
Perunding Motivasi

Tinta mencoret: Kata orang tua-tua...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. heheh.. mcm2 kan kata2 org tua ni..
    walaupun agak x logik.. tp ada hikmah tersiratnya..

    ReplyDelete