Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

18 March 2012

Cikgu Mahadi

Cikgu Mahadi dan Cikgu Latif semasa Majlis Penutup Minggu Pemantapan Disiplin 2005
di SAM Bandar Baru Salak Tinggi.
Hari ini (Ahad, 18 Mac 2012), jam 8.15 pagi, saya mendapat satu berita yang begitu mengejutkan melalui Facebook. Berita apa tuh...?


Pada mulanya, saya sangka itu hanyalah gurauan walaupun saya tahu, kawan saya tidak bergurau perkara berkaitan dengan hidup mati, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang guru yang begitu disegani di kalangan pelajar suatu ketika dahulu.

Hati saya serba salah. Adakah perlu saya pergi menziarahi Cikgu Mahadi ataupun meneruskan rancangan saya yang mahu ke Bukit Jalil untuk menghadiri pameran Proton Power of 1? Namun, saya teringat sebuah hadith. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam:
خمس تجب للمسلم على أخيه : رد السلام، وتشميت العاطس، وإجابة الدعوة، وعيادة المريض، واتباع الجنائز
Lima perkara yang merupakan kewajipan seorang muslim terhadap saudara (semuslimnya): menjawab salam, mengucapkan يَرْحَمُكَ الله kepada saudaranya yang bersin, memenuhi jemputan, menziarahi saudaranya yang sakit dan mengiringi jenazah.

Jadi, saya mengambil keputusan drastik untuk ke Sabak Bernam, lokasi di mana Allahyarham Cikgu Mahadi meninggal dunia. Saya ke sana dengan Asif yang mana sepatutnya saya menghantarnya balik ke asrama pada sebelah petang.

Sebelum ke Sabak Bernam, saya singgah Puchong untuk mengambil Asif.

Wow, tingginya rumah Asif.

Saya pacu kereta ke Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, berhampiran Bagan Nakhoda Omar.

Sebelum kami tiba, laluan kami terhalang oleh sebuah majlis perkahwinan. Pelik, boleh pula buat acara atas atas jalan? So, laluan kami terhalang.

Laluan terhalang dek kerana upacara perkahwinan yang dilakukan di atas jalan raya.
Akhirnya, kami tiba di lokasi.

Kelihatan rumah dipenuhi oleh keluarga dan sahabat taulan.

Jenazah dibawa ke tanah perkuburan dengan sebuah van.
Entah macam mana, masa kami semua berada di tanah perkuburan, saya terserempak dengan seorang yang tidak disangka-sangka.

Bergambar dengan Prof Aziz Bari. Tapi muka Prof nampak lainlah...

Dan kemudian, saya menghantar Asif ke asrama. Walaupun terlewat, namun Asif tiba dengan selamat.

Asif segan nak bergambar. Tak macam Kamal hari tuh...
*  *  *  *  *

Pemergian Allahyarham Cikgu Mahadi memang tidak disangka-sangka oleh semua orang. Tetapi, Allah lebih menyayangi beliau lebih dari kita semua.

Jasa beliau kepada saya memang banyak, bermula sebelum saya mendaftarkan diri ke SAM Sungai Merab Luar yang mana ketika itu beliau adalah GPK Hal Ehwal Pelajar di situ. Pemergian beliau sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.

Gambar diambil pada 22 September 2005. Masa ni nak snap gambar beliau sebab nak buat montaj
sempena Malam Seribu Gemerlapan.
Cikgu Mahadi sedang berucap ketika perhimpunan. Beliau memang suka berucap.
Cikgu bergambar dengan guru-guru SAM Bandar Baru Salak Tinggi.
Cikgu Mahadi, Ustaz Abu, dan Cikgu Latif (Pengetua) ketika perhimpunan terakhir 2005.
(28 Oktober 2005)
Pelajar bersalaman dengan guru-guru sebelum berpisah (28 Oktober 2005)
Allahyarham Cikgu Mahadi yang sporting.
 
 Dalam Kenangan
Allahyarham Mahadi bin Bassin
1962 - 2012
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
SAM Bandar Baru Salak Tinggi

Tinta mencoret: Semoga sepanjang kehidupan Allahyarham selama ini dirahmati dan diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Bandar Seri Putra, Bangi SDE

3 comments:

  1. teringat pesan arwah sebelum melangkah ke USIM.. 'cikgu :kamu dh ade bf? sy :xde lg la ckgu~smbil tersengeh~ cikgu :nti dh msuk U cri la sorg..sbb nti dh keje susah nk jmpe dh.. sy : nti sy cri ckgu~smbil tersenyum =) ~' KINI..SY MSH XJMPE LG JODOH CKGU..DN CKGU TELAH PERGI..XSEMPAT JEMPUT CKGU KENDURI SY NTI~KLO ADE='(

    ReplyDelete
  2. Cikgu yang baik akan tetap dikenang sehingga akhirnya....

    Den masih ingat cikgu yang garang masa darjah 3...disebabkan dia den leh hafal sifir dgn pantas....

    ReplyDelete
  3. pena abid..insyaallah,andai pena abid da jumpe jodoh n nk wt kenduri,jmput la sy...insyaallah,sy wkilkn arwah abah sye.. :)

    ReplyDelete