Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

23 July 2012

Pasca UP2 2012

Salam Ramadan 1433H.

Baharu sahaja lepas mengadakan Ujian Prestasi Kedua yang bermula pada 16 Julai lepas. Melihat kepada prestasi murid yang rata-ratanya merundum pada Peperiksaan Pertengahan Tahun jika dibandingkan dengan Ujian Prestasi Pertama, saya mengambil keputusan untuk lebih menekankan kepada aspek pemahaman dan trick yang terdapat pada soalan. Alhamdulillah, mereka memahami setiap perangkap yang terdapat pada soalan yang diajukan.

Mungkin, saya terlalu menumpukan kepada kerja-kerja sampingan sehingga kurang memberikan perhatian dalam proses PnP yang seharusnya diutamakan. Namun, kerja-kerja lain itu juga membantu menambahkan kefahaman mereka dalam agama, cumanya ia diluar daripada apa yang terdapat dalam silibus pembelajaran mereka.

Antara projek yang saya rencanakan semasa Ramadan ini.

Minggu ujian atau peperiksaan adalah minggu yang amat membosankan bagi saya. Jika kebiasaannya, saya menjadi seorang yang banyak bercakap ketika di dalam kelas, tetapi kali ini saya terpaksa mendiamkan diri, duduk terpaku di meja guru memerhatikan murid-murid menjawab soalan.

۞   ۞   ۞   ۞   ۞

Bermula bulan Julai, pihak pentadbiran sekolah membuat keputusan untuk membuka lagi sebuah kelas bagi menampung kepadatan kelas Tahun 4 yang mempunyai lebih 250 orang murid. Dan dua kelas terakhir dijadikan sebagai kelas intensif terhadap murid-murid yang masih ketinggalan dalam mengenal huruf Hijaiyyah dan Jawi.

Maknanya, saya hanya mengajar 5 buah kelas sahajalah.

Ditambah pula dengan kemasukkan beberapa orang guru praktikal, kelas saya berkurangan menjadi 4 buah kelas sahaja. Alhamdulillah, lebih memudahkan saya untuk menanda kertas ujian. Hehehe...

Tak tau apa nak taip lagi. Layan je lah gambar-gambar nih...
Time bergambar, semua nak join. Time belajar...?

Ni Isyraf, baru dipindahkan dari kelas 4 Ibnu Rusyd.

Cameraman ni, lain kali kira la... Baru la dapat posing baek punya depan kamera.

Keadaan ketika ujian. Muhammad (depan sekali) boleh pula tersenyum...

Saje je susun kelas menghadap ke pintu, bukan menghadap ke papan putih.
Guru kreatif la katakan... Hehehe...

Ada yang jealous saya bergambar dengan Isyraf...

Bukan kamera DSLR pun mampu shot gambar macam nih. Hehehe...

Danish tersenyum. Eh, Wan Iskandar mengintai dari belakang...?

Ni kenapa angkat tangan...?

Gurunya bergambar, murid pun nak jugak...

Ketua kelas yang rajin.

Murid-murid 4 Ibnu Rusyd memang rajin. Tengoklah gurunya. Hehehe...

Kalau kelas bising masa ujian, Fatini akan mengamuk. Dengan gurunya sekali kena marah...

Bergambar sebelum kelas berpecah.
Eh, ada yang terbabas ke depan...?
 Tinta mencoret: Kelas yang paling happening...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur, WP

6 comments:

  1. Salam Ramdhan Ustaz

    projek yg membena anak bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan kembali...

      Mudah2an sahsiah dan akhlak mereka terbina dengan baik.
      Doakan agar semuanya berjalan lancar...

      Delete
  2. Baik bebbenor Ustaz dgn anak murid....errr....sempena puasa ni....sekolah agama petang balik kul berapa ustaz...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik gurunya yang baik dengan anak murid, sambil bergaul, boleh jugak selit sikit ilmu or pengajaran. 'Berkawan' dengan orang berilmu kan dituntut Islam... huhuhu ter'tazkirah' pulak kat sini...

      Bulan puasa ni, murid sekolah agama balik jam 5.00 petang...

      Delete
  3. Replies
    1. Best sangat, sampai kadang2 serabut otak dengan perangai diorang...

      Seserabut mana pun, ia tetap satu nikmat.

      Delete