Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

14 December 2012

Nahas Melintas

Lepas balik dari Solat Jumaat, saya terus pulang ke rumah. Tak tahu nak ke mana. Sambil layan game, saya terlelap depan komputer.

Saya tersedar bila terdengar kecoh-kecoh. Rupanya berlaku kemalangan maut di jalan utama berhampiran rumah, Jalan Lingkaran Tengah II atau nama glamournya MRR2.

Seorang maut dilanggar apabila cuba melintas jalan lapan lorong (sebab berada di susur keluar). Kemalangan berlaku sekitar jam 3 petang. Menurut saksi, mangsa yang tidak dikenali identitinya memberanikan diri menyeberangi MRR2 walaupun terdapat penghadang di tengah jalan raya tersebut.

Wah, macam pembaca berita pula.

Mak cerita, kawasan kemalangan tersebut memang kawasan maut sejak sebelum jalan tersebut dinaik taraf menjadi MRR2 kini. Pernah juga masuk Mastika, sebab jumpa hantu... Eee... Seramnya...!

Abang polis mengawal lalu lintas.

۞   ۞   ۞   JEJANTAS   ۞   ۞   ۞

Saya terkilan bila mendapat tahu daripada mereka yang disekeliling lokasi, mangsa cuba melintas jalan raya yang sesak.

Maaf, kepada yang masih sayangkan nyawa, jangan bahayakan diri anda dengan aksi seperti ini. Pepatah Melayu ada mengungkapkan:
Malang tidak berbau.

Lagi dianggap tindakan mencari nahas bila kejadian berlaku di antara dua kawasan lintasan pejalan kaki, satu di bawah persimpangan lampu isyarat ke arah Giant Hulu Kelang dan Taman Melawati dan lagi satu jejantas berhadapan dengan CIMB Bank Taman Melawati.

Dan jarak antara lokasi kemalangan tersebut dengan kedua-dua tempat lintasan ini tak sampai 500 meter.

Sedangkan kalau rajin sikit je, insya-Allah, mampu mengubah segala-galanya.

Orang yang langgar mangsa kemudian melarikan diri juga bersalah, cuma salahnya hanyalah lari daripada berhenti memberikan bantuan kepada mangsa, bukan kerana langgar. Bukan salahnya kerana kejadian berlaku di lorong kanan, lorong memotong. Takkan nak pandu selaju kura-kura?

Kerajaan sudah menyediakan tempat lintasan pejalan kaki yang selamat, kenapa terlalu 'ego' untuk menggunakannya, malah memberanikan diri melintas di kawasan maut?

Allah bagi nikmat akal untuk berfikir. Jangan disia-siakan nikmat tersebut.

۞   ۞   ۞   TOLONG TENGOK   ۞   ۞   ۞

Bila dah berlaku kemalangan, pastinya akan menyusahkan banyak pihak.

Menyusahkan pihak polis kerana bertambah lagi kes yang perlu diselesaikannya.

Menyusahkan pengguna jalan raya kerana jalan yang asalnya lancar menjadi sesak.

Bercerita mengenai jalan sesak di kawasan kemalangan, selain kejadian kemalangan menjadi faktor kesesakan, sikap pemandu yang suka benar memperlahankan kenderaan ketika melintasi lokasi kejadian untuk melihat kemalangan juga 'membantu' menambahkan lagi kesesakkan yang sudah sedia sesak.

Aisyh... Marah abang polis dekat pemandu macam ni tadi.

Jalan sesak menjadi lengang selepas kawasan kemalangan.
Gambar ini diambil dari atas jejantas pejalan kaki yang tak sampai 500 meter dari lokasi kejadian.
Kepada pemandu-pemandu yang memandu melintasi kawasan kemalangan, please, JANGAN perlahankan kenderaan anda untuk melihat kemalangan. Tindakan anda mungkin menyusahkan pengguna jalan raya yang berada di belakang anda yang sudah tak tahan nak terkucil...

Okay guys. Nak sambung chatting dengan Aiman Farhan. Hehehe...

Tinta mencoret: Think twice before making any decision.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

3 comments: