Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

07 March 2014

Hafizul Hadi

Rayuan Hafizul ke MRSM diterima dan Hafizul ditempatkan di MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang. Keputusan rayuan yang diterima saat akhir itu tersebar ke pengetahuan saya malam Selasa lepas.

Saya menyelongkar mencari semula nombor telefon Hafizul yang pernah diberikan kepada saya pada tahun lepas. Saya terlupa simpan nombor tersebut di telefon saya selepas Hafizul beri. Silap saya.

Alhamdulillah, nasib baik saya berjaya menjumpai nombor tersebut. Jam 10.18 malam, saya terus telefon, dengan harapan dapat berbual dengannya buat kali terakhir sebelum Hafizul bertolak ke Kepala Batas pada keesokkan harinya.

Hafizul, mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan Jayyid Jiddan dalam PSRA tahun lepas merupakan ketua kelas 4 Ibnu Rusyd yang saya lantik.

Pagi selasa, baru saya dapat bertemu dengan Hafizul bersama ayahnya di sebuah restoran berhampiran rumahnya di Bandar Seri Putra. Riak wajahnya tergambar kegembiraan.
Antara gambar kenangan bersama Hafizul dan murid-murid 4 Ibnu Rusyd 2011.
Dari kiri: Razlan, Farhan, Khairul Naim (bersamping merah), saya, Hafizul (berkaca mata), dan Akmal Reza.
Ha, tak sia-sia saya melantiknya menjadi ketua kelas. Tak sia-sia jugalah saya melantiknya menjadi pengawas.

Bergambar bersama murid-murid 4 Ibnu Rusyd 2011.
Hafizul duduk bersebelahan saya.
Saya dan Hafizul bergambar di atas Bukit Bendera.
Hafizul ni memang jenis yang happy je memanjang...
Bergambar pada hari kedua terakhir persekolahan 2013.
Dalam kekalutan Hafizul dan ayahnya bersiap-sedia menyediakan peralatan yang perlu dibawa ke MRSM, Hafizul berusaha meluangkan masanya untuk berjumpa saya. Entah mengapa ketika saya hati saya terasa sebak ketika Hafizul mahu berjumpa dengan saya pada sebelah pagi sebelum berlepas ke Kepala Batas.

Semoga berjaya mendapat kejayaan dalam pelajaran.
Semoga ilmu yang dipelajari penuh dengan barakah.

Tinta mencoret: Kejayaan murid merupakan hadiah terbesar buat para guru.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. TAHNIAH, moga hafizul terus cemerlang dunia dan akhirat....

    ReplyDelete
  2. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete