Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

01 August 2014

Salam Aidilfitri 1435H

Hari ni sudah 4 Syawal. Dah terlambat ke belum agak-agaknya? Lambat atau belum, saya tetap juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua blogger dan pembaca setia blog CTB saya yang tak berapa nak best sangat ni. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat sebarang coretan saya yang pernah mengguris hati bagai dihiris pisau pemotong daging. Sesungguhnya saya tidaklah berniat untuk melukakan hati sesiapa atas setiap penulisan saya melalui blog ni.

Juga, saya doakan agar amalan kita sepanjang Ramadan yang lalu diterima Allah dan diberikan ganjaran berupa Syurga. Sungguh, terasa malu untuk meminta Syurga Allah yang maha best itu kerana amalan yang dikerjakan belum tentu menepati spesifikasi amalan yang telah ditetapkan Allah. Namun begitu, adakah kita sanggup untuk masuk ke dalam Neraka dengan dosa kita yang bertimbun? Semoga dengan rahmat dan keberkatan-Nya, setiap dosa noda kita diampunkan Allah, dan dimasukkan ke dalam Syurga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Amin.

Juga, marilah kita sama-sama meneruskan amalan soleh yang kita kerjakan sepanjang Ramadan (selain Tarawih) sebagaimana yang sudah dipraktikkan. Itulah penguat kehidupan kita sebenarnya. Ramadan bukan satu-satunya bulan untuk kita pulun ibadat sebaliknya ia menjadi madrasah tarbiyyah buat kita, sebagai latihan agar kita mampu melaksanakan ibadat setelah kita bergraduasi daripada madrasah Ramadan.

تقبل الله منا ومنكم
"Semoga Allah menerima amalan kita semua."

Dan kita bergraduasi pada Aidilfitri, kita berjaya dalam mendidik diri kita agar mengetepikan setiap kehendak nafsu yang tidak selari dengan apa yang digariskan Allah kepada kita. Selepas Ramadan juga, diharapkan kita terus memusatkan setiap perkara dalam kehidupan kita kepada Allah sebagaimana kita laksanakan sepanjang Ramadan.

Jom, tengok gambar yang saya dan beberapa orang lain ambil sekitar Ramadan. Kalau nak tau perkara tambahan berkaitan gambar, sila halakan tetikus ke atas gambar berkaitan. Terima kasih.

Hadiah pertama diberikan salah seorang murid 5 Ibnu Bathutah, Nur Syahirah binti Muhammad Nazzis. Terima kasih.
Ni pula hadiah kedua pemberian Najmuddin dan Asyraf. Terima kasih.
Hamper ni diberikan oleh jiran belakang rumah, Auntie Melissa. Tiap kali Raya Puasa dan Tahun Baru Cina, beliau tidak pernah putus memberikan kami hamper. Semoga Allah memberikannya hidayah.
6 Ramadan 1435H | Jumaat | 4 Julai 2014
Penat puasa ye Wafir...?
6 Ramadan 1435H | Jumaat | 4 Julai 2014
Dua orang saudara baru (tiga dan kanan dari kiri) bergambar selepas majlis syahadah mereka di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
6 Ramadan 1435H | Jumaat | 4 Julai 2014
Hari kerja kelima dalam Ramadan. Jemu nak bersesak dalam kesesakan lalu lintas, jadi ajak Ustaz Qamarull berbuka di Presint 9 Putrajaya.
Ni kaki Akmal. Berbalut...
19 Ramadan 1435H | Khamis | 17 Julai 2014
Iftar bersama sahabat guru dari SRA Desa Putra di  Tasik Idaman Bangi. Terima kasih kerana menjemput.
21 Ramadan 1435H | Sabtu | 19 Julai 2014
Iftar bersama batch 2001-2005 SAMSMeL dan SAMBBST di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.
20 Ramadan 1435H | Jumaat | 18 Julai 2014
Bergambar sebelum iftar ketika Program 6+1 Tarawih Berbumbungkan langit di sekolah.
20 Ramadan 1435H | Jumaat | 18 Julai 2014
Tengah iftar di sekolah.
20 Ramadan 1435H | Jumaat | 18 Julai 2014
Selepas mengemaskan dataran sekolah yang digunakan untuk solat Tarawih berjemaah.
25 Ramadan 1435H | Jumaat | 23 Julai 2014
Iftar dengan Akmal, Nazeeq, dan Hariz Syahmi di Pizza Hut Bandar Baru Nilai.
25 Ramadan 1435H | Jumaat | 23 Julai 2014
Bertarawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
25 Ramadan 1435H | Jumaat | 23 Julai 2014
Santai sambil mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mufti Ismail Menk. Ceramahnya di masjid tapi speakernya dipasang di Dataran Putrajaya. Bagus...!
25 Ramadan 1435H | Jumaat | 23 Julai 2014
Jalan-jalan di Downtown Jalan Reko, Kajang.
23 Ramadan 1435H | Jumaat | 21 Julai 2014
Aqil Ilham (tengah) dan Nabil Asyraf berjaya melepasi ujian tergempar 5 Ibnu Sina. Gambar ni lakonan semata-mata.
26 Ramadan 1435H | Jumaat | 24 Julai 2014
Kereta Redbull, diorang ni hulur satu botol Redbull untuk saya berbuka puasa. Time ni saya sangkut dalam kesesakan lalu lintas dan mengambil masa 2 jam 10 minit untuk sampai rumah dari sekolah. Gambar diambil di Jalan Tun Razak, berhampiran Menara Tabung Haji. Sila halakan tetikus pada gambar di atas untuk caption tambahan.

27 Ramadan 1435H | Jumaat | 25 Julai 2014
Nabil Husayni mendapat hadiah yang dijanjikan kerana berjaya menjawab kuiz yang saya adakan sepanjang Ramadan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Tahniah. Hadiah disampaikan oleh 'PA' saya, Dato' Ahmad Shafiq bin Abdul Mutalib. Siapa yang saja-saja nak try jawab, soalannya ada di link ini. Untuk pengetahuan semua, Nabil ni anak kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Rozie Rejab.
Tinta mencoret: Raya, raya juga. Saudara kita di Gaza jangan dilupakan.

Coretan berkaitan sepanjang Ramadan lepas.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

3 comments: