Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

25 July 2009

Kematian Gazi Menghinakan


'Gazi', Bapa Sekular Turki menerima penghinaan Allah.
Mustafa Kemal Atatürk yang diberi gelaran "The Gazi" oleh sebahagian besar pendokong sekular di Turki adalah seorang yang dicelakakan oleh Allah swt akibat daripada gerakan sulitnya yang berakhir dengan terumbangnya Empayar Islam Uthmaniah. Dialah Gazi Mustafa Kamal Ataturk (ataupun Mustafa Kemal Atatürk).

Kamal Ataturk begitu terkenal dengan kezalimannya menghancurkan pemikiran umat Islam di Turki. Kesan pentadbirannya begitu mendalam sehingga dapat dilihat sehingga masa kini. Sekiranya Kamal Ataturk lahir pada zaman dibangkitkan rasul ataupun ketika turunnya ajaran Allah swt kepada utusan-Nya, pasti namanya akan bersemadi seperti bersemadinya nama Firaun, Namrud, dan Abu Lahab. Kemungkaran yang dilakukannya akibat menentang al-Quran dan Sunnah pada zaman moden membolehkan namanya diukir dalam helaian sejarah manusia moden seperti nama-nama penguasa zalim purba seperti Firaun.

Namanya disebut-sebut umat Islam sehingga ke hari ini. Bukan sebagai pemujaan terhadapnya tetapi sebagai penghinaan dan menjadi pengajaran sepanjang zaman, pengajaran buat setiap penguasa, pemerintah supaya berhati-hati dan tidak mendustakan hukum-hukum Allah dan tidak melakukan kezaliman dengan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah swt buat sementara waktu.

Kematian Kamal Ataturk begitu menyeksakan dan sungguh aneh! Kematiannya mirip matinya Raja Namrud dan Firaun la'natullah. Raja Namrud yang zalim itu mati kerana sakit otak akibat dimasuki seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali menjerit, dia menitahkan supaya diketukkan kepalanya supaya dapat dikurangkan kesakitannya. Setelah lebih kurang 40 hari (seperti apa yang saya belajar dahulu) bergelut dengan sakaratul maut, Raja Namrud mati dengan penuh kehinaan dan terseksa. Begitu juga dengan Firaun yang lemas ketika cuba mengejar Nabi Musa as dan pengikut-pengikut baginda menyeberangi Laut Merah.






Pembalasan yang diturunkan Allah swt masih boleh dianggap ringan berbanding yang ditimpakan terhadap Firaun dan Raja Namrud la'natullahi aleyhima. Walaubagaimanapun, kematian Kamal Ataturk tetap mengerikan dan begitu dahsyat. Seperti pemerintah zalim terdahulu, Allah swt pastinya tidak akan membiarkan mereka tanpa mendapat 'hadiah' ketika hayat masih dikandungnya.

Secara rasminya, kematian Kamal Ataturk disebabkan oleh sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja, malah pelbagai penyakit lain yang begitu aneh dihadapinya. Beliau pernah diserang penyakit kelamin, malaria, dan sakit buah pinggang.

Kamal Ataturk meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi mula diawasi oleh doktor peribadi yang mengekorinya ke mana sahaja bermula 19 Mei 1919. Walaupun keadaannya yang semakin tenat beberapa tahun sebelum kematiannya, Kamal masih lagi sukakan maksiat! Walaupun keinginan seksualnya semakin lemah kerana banyaknya menogok botol arak, tetapi Kamal tetap terpaut dengan perempuan sekeliling pinggangnya! Kamal juga menghabiskan penghujung usianya di kasino dan parti, berlagak bagaikan orang yang sihat, tetapi kelesuan dan keletihan selepas pulang. Akhirnya, Kamal diserang penyakit Pneumonia (radang paru-paru) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa.

Sebilangan pakar mengatakan sikap Kamal yang ketagihan arak itu sebagai tindakan membunuh diri sedangkan Kamal mengetahui ia amat berbahaya. Tahun 1937, berlakunya perubahan fizikal yang amat ketara kepadanya. Kamal mudah letih dan penat, wajahnya pucat, kuning, sering sakit kepala, demam, dan mudah marah. Kamal juga takut tinggal keseorangan dan naik angin sekiranya ditinggalkan berseorangan. Celal Bayar, orang kanan Kanal mengatakan Kamal mudah naik angin dan sering berasa bimbang pada ambang kematiannya. Kamal akhirnya menjadi nyanyuk dan arahannya sering berubah-ubah dalam beberapa minit!

Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun Kamal telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menterinya, Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya bagai dipenjara.

Kulit di tubuh badannya berkedut dengan cepat dan turut diserang gatal-gatal. Doktor sudah memberi bermacam-macam ubat krim untuk disapu pada kakinya yang sudah calar balar dan luka-luka kerana digaru oleh kukunya. Walaupun begitu Kamal masih angkuh. Pada akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita berhadapan sakaratul maut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu diusung di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain mengetahui keadaannya yang telah lemah.

Sebelum tiba saat kematiannya, Kamal telah ditimpakan dengan pelbagau bala dan bencana habis-habisan daripada Allah swt. Kamal terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal-gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul, dan bengkak-bengkak.
Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan khas dari Perancis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan batang zakarnya.

Rupa Kamal menjadi sangat hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur, dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. Kamal meminta supaya dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, ke istana untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan, beliau berasa bertambah panas.

Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross:


But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom.
Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan "ubat-ubat kampung” (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot.

Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya semakin kuat sehingga kedengaran ke kawasan sekeliling, beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar. Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakaratul mautnya dengan penuh azab di tengah-tengah laut...

Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, Kamal mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia tidak dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam tetapi sebaliknya, mayatnya diawetkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam.

Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat.

Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, mayatnya cuba disemadikan, dikebumikan tetapi Maha Suci Allah, bumi tidak mahu menerimanya. Akhirnya, mayat Kamal diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini.

Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan 'kepulangannya' kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. Ulama sezaman dengan Kamal mengatakan bahawa:


Jangan dikatakan bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak mahu menerima jasad Kamal Ataturk!
Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah, Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

Keinginan dan cita-cita Kamal Ataturk diizinkan Allah swt sehinggakan dia berjaya. Matlamatnya yang mahu menumbangkan Empayar Turki Uthmaniah dan menubuhkan sebuah Republik Sekular Turki 'dimakbulkan' Tuhan. Bukan kerana Allah swt redha dengan apa yang dilakukannya tetapi untuk menambahkan kesesatannya yang amat nyata itu. Oleh sebab itu jugalah, Allah swt menimpakan azab yang berat bermula berbelas tahun sebelum kematiannya.

Benarlah kata Nabi saw bahawa Allah swt akan menyegerakan pembalasan dosa orang-orang yang zalim sebelum kematiannya lagi. Kematian Kamal Ataturk dalam keadaan yang begitu terhina sekali. Beliau mati membawa nama yang begitu jijik. Bukan sahaja orang yang baik-baik tidak menyebut namanya dengan nama terhormat malah orang-orang jahat pun sudah melupakan dirinya.
Antara kesalahan yang pernah Gazi Mustafa Kamal Ataturk lakukan semasa hayatnya:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
3. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
4. Menggalakkan minum arak secara terbuka. (Dah memang tabiat dia yang ketagih arak).
5. Mengarahkan supaya al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
7. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
8. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangan mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. Senang kata, wajib mengamalkan sekularisme.
9. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
10. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
11. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
12. Menukar Masjid Hagia Sophia menjadi muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
13. Menutup masjid serta melarang umat Islam daripada bersembahyang berjemaah.
14. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin hidup melarat.
15. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
16. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
17. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan." Dia tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar tersebut.

والله أعـــلـــم بالصـــواب

4 comments:

  1. thanks for the info. semoga mendapat manfaaat. sila layari blog dibawah untuk membongkar perjuangan penipuan dunia dalam usaha mensekularkan dunia.

    http://bebaskanminda.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Nama Gazi juga yang melebarkan dan emnaikkan empayar turki Uthmaniyah.Sultan kedua Turki uthmaniyah iaitu Orhan Gazi.Beliau juga mengasaskan madrasah secara sistematik di Turki.

    Jadi, kena buat 'definisi' secara tepat Gazi itu dan bukan secara umum seperti ' Tahukah anda siapakah Gazi? Gazi ialah gelaran bagi tokoh yang dicelakakan Allah swt akibat daripada gerakan sulitnya yang berakhir dengan terumbangnya Empayar Islam Uthmaniah.'

    Ayat ini seolah-olah memberikan gambaran buruk terhadap nama gazi itu sendiri walaupun saudara cuba merujuk 'Gazi' ini kepada kamal Ataturk.

    Nama gazi adalah suatu panggilan yang mulia di kalangan masyarakat turki kerana ketokohan Orhan Gazi.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada Anonymous 9 Nov 2010 atas maklumat yang diberikan. Harap dapat menggunakan nama (samaran/betul) bertujuan sebagai rujukan. Sebolehnya disertakan e-mail untuk tujuan makluman.

    Penulisan saya sebelum ini mungkin terdapat beberapa khilaf dan saya akui kelemahan tersebut.

    Cumanya, perkataan Gazi yang saya maksudkan adalah lebih merujuk kepada gelaran yang diterima oleh Kamal Ataturk. Gazi tersebut membawa maksud pahlawan.

    Ramai tokoh khususnya dalam kerajaan Uthmaniyyah yang mendapat gelaran Gazi tersebut. Boleh reffer di Wikipedia. Cumanya dalam artikel ini, Gazi yang saya maksudkan adalah merujuk kepada Bapa Sekular Turki Moden, Kamal Ataturk. Gelaran "The Gazi" ke atas Mustafa Kamal Ataturk masih digunakan sehingga kini. [boleh rujuk di http://www.ataturksociety.org/letters/cebesoy.html http://www.aboutataturk.org/ http://www.allaboutturkey.com/ata_life.htm ]

    والله أعـــلـــم بـالصــواب

    ReplyDelete
  4. good post! thanks for sharing :)

    ReplyDelete