Tempe makanan kegemaranku (gambar hiasan)
Pada suatu hari, seperti biasa Timah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Timah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum menjadi dan tidak boleh dijual lagi.
Jumilah kebingungan, hilang akal. Maka Timah menadah tangan memohon pada Tuhan agar tempenya itu menjadi kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan untuk menjadikan sesuatu itu. Setelah selesai berdoa, Timah menekan-nekan tempe-tempenya di dalam bungkusan kalau-kalau sudah menjadi. Ternyata tempenya masih lagi belum menjadi.
Matahari semakin meninggi, tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. Timah masih lagi tidak berputus harap pada Tuhan malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut.
Timah tidak putus-putus berdoa agar tempe-tempenya menjadi apabila sampai di pasar nanti. Sampai sahaja dipasar, Timah melihat tempe-tempe yang dijual oleh rakan-rakan penjual tempe yang lain hampir habis. Timah tanpa lengah-lengah lagi berkemas-kemas membuka gerai dan dengan perasaan berdebar-debar memeriksa tempe-tempenya samada sudah menjadi atau tidak. Ternyata seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih lagi belum menjadi.
Timah terduduk kesedihan dan memanjatkan doa pada Tuhan, “Ya Tuhanku, berilah jalan penyelesaian terbaik terhadap tempe-tempeku yang belum menjadi ini…”. Tiba-tiba terdengar seorang wanita memberi salam, “Assalamuailaikum, awak ada jual tempe yang belum menjadi tak?”. Terkejut besar Timah bercampur kehairanan apabila wanita tersebut ingin membeli tempe yang belum menjadi.
“Waalaikumussalam, ada, sekejap ya”, jawab Timah sambil mengeluarkan tempe-tempenya daripada bakul. Sambil itu, Timah berdoa di dalam hati, “Ya Tuhanku, jika Engkau telah menjadikan tempe-tempeku ini menjadi maka kembalikan tempe-tempeku seperti sediakala supaya aku boleh menjualnya kepada wanita tersebut”. Jumilah seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih belum menjadi.
Alangkah gembiranya hati seakan-akan seluruh alam turut merasai betapa syukurnya Timah dan lalu bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa puan mahu beli tempe yang belum menjadi ini?”. Wanita tersebut menjawab, “Saya mahu hantar tempe ini kepada anak saya yang berada di England (sape tu?), jadi apabila tempe-tempe ini sampai di sana, barulah cukup-cukup menjadi… Baru ada umphhhh!”
* * * * *
Sahabat-sabahatku sekalian. Belum tentu apa yang kita suka itu terbaik untuk kita dan belum tentu apa yang kita benci itu adalah terburuk untuk kita padahal sesungguhnya Allah swt itulah yang Maha Mengetahui. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah swt maka dijadikan baginya jalan keluar dan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Tiada yang mustahil bagi Allah swt.
Bandar Bukit Mahkota, Bangi
No comments:
Post a Comment