Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

19 April 2011

Nasi Lemak


Nasi lemak adalah makanan tradisi rakyat Malaysia.
Nasi lemak merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Selain Malaysia, nasi lemak juga boleh didapati di Brunei, Singapura, Selatan Thai, dan Kepulauan Riau. Nasi lemak juga diketahui sebagai salah satu makanan tradisi dan warisan di Malaysia. Kebiasaannya, nasi lemak dijadikan makanan untuk bersarapan. Walaupun begitu, nasi lemak boleh didapati pada bila-bila masa, tidak hanya pada waktu pagi.

Walaupun nasi lemak diangkat martabatnya sebagai makanan tradisi masyarakat Malaysia setaraf dengan roti canai dan teh tarik, namun 'ketradisian'nya kini cuba dipertikai.

Tak de la terbaru sangat, Kementerian Kesihatan mengeluarkan larangan penjualan makanan yang dikategorikan sebagai makanan yang tidak sihat, dan salah satunya adalah nasi lemak.

Saya masih boleh terima sekiranya yang dilarang itu air bikarbonat atau bahasa mudahnya air gas ataupun makanan ringan seperti jajan-jajan. Sebab larangan penjualan nasi lemak juga boleh dipertikaikan.

Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat dua sebab mengapa nasi lemak dilarang daripada dijual di kantin-kantin sekolah seluruh Malaysia.

Pertamanya, nasi lemak merupakan makanan yang berkalori tinggi dan ia dikatakan akan meningkatkan masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah.

Obesiti? Pada saya, tidak. Walaupun kadar kalorinya yang tinggi dan memungkinkan murid bertambah gemuk sekiranya nasi lemak dimakan setiap hari, namun kita perlu juga melihat kepada aspek-aspek yang lain. Keadaan murid sekolah rendah yang ligat tidak menjadikan ia sebagai salah satu masalah. Kebanyakkan murid-murid akan 'bersukan' selepas mereka menjamu selera di kantin. Mereka bukan seperti kita yang akan duduk berehat sebentar selepas makan. Sesudah mereka habis makan di kantin, mereka akan bersama-sama kawan mereka berlari sekeliling sekolah dan bermain dengan lincah tanpa dapat dikawal oleh guru-guru. Oleh yang demikian, keadaan mereka menjadi seimbang dengan 'riadah' selepas makan. Jadi, apa yang mereka makan di kantin menjadi seimbang dengan apa yang mereka main seperti "polis sentri" dan sebagainya yang mana keaktifan mereka itu seperti sukan yang menyihatkan. Lainlah kalau mereka jenis kanak-kanak yang pasif.

Keduanya, 50 peratus daripada 311 kes keracunan makanan yang dilaporkan pada 2010 berlaku di kantin sekolah, yang mana 10 peratus daripada menu yang dikenalpasti menjadi punca keracunan makanan di kantin sekolah adalah nasi lemak. Dikatakan bahawa kebanyakan kes tersebut berpunca daripada pencemaran yang berlaku ketika penyediaan, penyimpanan, pengangkutan, dan juga ketika makanan tersebut dihidang.

Ni lagi satu kenyataan yang agak biol. Ni salah murid atau salah pengusaha kantin? Makanan apa pun, kalau tahap kebersihan ketika penyediaannya tidak dijaga dan diambil berat, tentunya ia mudah tercemar. Sebutlah apa jenis makanan berat, bihun goreng, bihun sup, nasi goreng, hatta western food sekalipun sekiranya disediakan dalam keadaan yang tidak dijaga tahap kebersihannya boleh tercemar. Sepatutnya pihak Kementerian Kesihatan mengambil tindakan yang lebih keras terhadap pengusaha kantin yang tidak memastikan tahap kebersihan dalam penyediaan makanan dan premis berada dalam keadaan yang memuaskan.

Dua sebab yang diberikan yang pada saya boleh disangkal dengan mudah.

Kalau nasi lemak tidak dibenarkan untuk dijual di kantin sekolah, mungkin selepas ini bihun goreng juga senasib dengannya, bukankah bihun goreng juga berkalori tinggi? (Yeke?)

Adakah Jawatankuasa Bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan yang memantau masalah ini melihat dengan skop yang lebih luas?  Saya yakin, jawatankuasa bersama hanya melihat daripada sudut kesihatan semata-mata tanpa melihat dalam konteks yang lebih luas.

Jadi, saya bersetuju dengan bantahan NUTP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuklah PIBG yang membantah larangan tersebut.

Pemakanan murid-murid sekolah bukan diukur dengan apa yang mereka makan di sekolah semata-mata. Bagaimana pula dengan makanan yang 'disuapkan' oleh ibu bapa mereka seperti makanan fastfood, dan makanan yang mereka sediakan di rumah? Adakah itu semua tidak diambil kira dan tidak memberi kesan terhadap keobesitian anak-anak mereka?

Tinta mencoret: Tiap-tiap hari makan nasi lemak di kantin tapi badan masih maintain slim.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Untuk bacaan lanjut:
Cybercikgu.net

1 comment:

  1. agreed. aku rasa, banyak2 kes keracunan, kalau siasat punca, kebanyakan memang dari nasi lemak kantin duh.

    dulu skolah kita pun ade budak sakit perut makan nasi lemak kan. keh3x

    ReplyDelete