Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

08 September 2011

Speaking English, Please...


Hadif, antara murid yang mewarnakan sesi pembelajaran di dalam kelas 4 Ibnu Bathutah.
"Idgham terbahagi kepada berapa bahagian? Okey, Hadif. Jawab."
"Two."
"Apa?"
"Two."
"Oh, two. That's right. Sit down."
"Ooo, nak cakap omputeh ye. Okey, saya ajar dalam bahasa omputeh..."

Sebahagian guru mungkin kurang gemar, boleh jadi sampai tahap menyampah dan meluat bila ada anak-anak murid yang mula loyar buruk ketika kita mengajar mereka.

Sebab itu, seorang guru mesti melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu yang berkait rapat dengan isi pelajaran dan anak murid masing-masing. Bila berhadapan dengan murid kampung, pastinya mentaliti kita perlu bertukar kepada mentaliti budak kampung. Bila berhadapan dengan murid bandar, pastinya ia tidak sama dengan lifestyle budak kampung.

Tapi, saya selalunya akan melayan karenah mereka, kadang-kadang ada juga time malas nak layan.

"Okay, open your text book, turn to page 18."
"Look at verse 215 and 216, Surah al-Baqarah. Find out all of Hukum Nun Sakinah and Tanween from the verses."

Setelah dua tiga minit berpusing sekeliling kelas, memberi konsultasi secara personal kepada beberapa orang murid yang bertanya, akhirnya saya meminta mereka untuk menulisnya di papan putih.

"Okay, now, who want to write it on white board?"
"I, teacher..."                         "I, teacher!"
"Siapa ajar 'I, teacher'? Me, bukan I."

Aduh... Berbelit lidah bila speaking English...

Sedang 'syok' mengajar Tajwid dalam Bahasa Inggeris, kelihatan Ustazah Asmah sedang menunggu di luar kelas sambil tersenyum. Ish, segan pula rasanya...

Sesi pembelajaran dalam bahasa Inggeris itu memang bukan dalam rancangan. Namun, melihat agak suram suasana pembelajaran ketika itu, ditambah pula dengan jawapan Hadif dalam Inggeris membuatkan saya menggunakan pendekatan tersebut.

Bagi murid-murid yang kurang gemar disoal disebabkan tidak membaca atau menghafal, mereka pastinya melihat sesi soal tersebut agak tidak menyeronokkan. Segala-galanya tergambar menerusi riak wajah mereka.

Namun, tika saya mula bertutur dalam bahasa Inggeris, masing-masing tersenyum. Mungkin mereka tidak menyangka ada daripada kalangan ustaz mereka yang mampu mengajar mereka dalam bahasa Inggeris. Bila ada yang cuba menjawab dalam bahasa Melayu, saya akan berloyar buruk kepada mereka, meminta agar mereka bertutur dalam bahasa Inggeris, terutamanya jawapan yang berkaitan dengan pengertian hukum.

Bak kata pepatah; masuk kandang kambing, mengembek.

Tinta mencoret: Teringat tika Ustazah Huda speaking English ketika mengajar saya Pengajian Islam, lapan tahun lepas...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments: