Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

04 June 2012

Iqbal Masuk Jawi

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaggggggghhhhhhhhh.................!!!!!!!!!!!!!!!!!"
"Ustaz, ustaz buat apa tu?"
"Tidur... (Hari tu) kata nak bagi (saya) hadiah?"        "Saya khatanlah, ustaz."
"Yeke? Bila?"                       "Selasa lepas."
"Kenapa tak cakap (bagitau)?"       "Kenapa?"       "Saje nak tengok kamu sunat?"
"TAK MALU."
"Eh, apa salahnya?"                      "Salah."
"Saya bukan nak tengok kamu tengah sunat. (Kalau) tengok orang kena sunat ('bendanya') tu (barulah) yang tak malu."

Itu perbualan saya bersama seorang anak murid, Iqbal melalui chat Facebook. Nampaknya kini, Iqbal sudahpun berkhatan, dan saya tidak lagi boleh menyakatnya di sekolah...

Ucapan tahniah buah Iqbal di Facebook.
Iqbal dari arah belakang. Sedang khusyuk menjaga dewan.
Gambar ini diambil ketika Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Sekolah.
Iqbal (tengah) sedang mengawasi perhimpunan.
Eh, Ustaz Rijal tengah buat apa tuh...?
Ada juga gambar dengan Iqbal.
Gambar ini diambil ketika Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.

*  *  * BERSUNAT *  *  *

Pastinya sebahagian daripada kita (lelaki je) pernah berhadapan dengan seorang lelaki tua bergelar Tok Mudim. Juga berhadapan dengan karenah orang kampung yang mengakat sebelum upacara berkhatan dijalankan.

Juga ada yang langkah seribu mengelakkan diri daripada di'potong'. Jika melarikan diri sekalipun, pastinya orang kampung beramai-ramai mengejar dan mencari sehinggalah dapat walaupun terpaksa masuk ke lubang cacing...!

Sehari sebelum bersunat, kenduri meraikan budak yang bersunat diadakan. Meriahnya bagai pengantin, ada yang berarak keliling kampung. Lepas tu, berendam dalam sungai atau kolah berjam-jam lamanya, bertujuan untuk kecutkan 'benda tu' dan bertindak sebagai bius atau mengebaskan 'benda tu'.

"Waa... Abah, Along tak nak sunat!!!
Sakitlaaaaaaaaaaaaah...!!! Waaaa...!!!"
Tapi sayangnya, saya tidak dapat merasakan situasi yang best ini.

Masih teringat tarikh saya bersunat dahulu, lebih 14 tahun lepas. Ketika itu, saya dan jiran saya bersunat di Klinik Kita Taman Melawati. Klinik tu pun dah tak ada dah. Appointment sudah dibuat sebelum itu dengan bayaran RM 90.

Bertahun-tahun juga abah dan mak pujuk. Bila segan dengan kawan-kawan yang ramai dah bersunat, terpaksalah juga beranikan diri yang sebenarnya masih takut.

Ketika itu, saya bersunat masih menggunakan kaedah lama, cuma dibiuskan bagi menggantikan kaedah berendam lama-lama dalam air.

Tapi ubat bius tu menyebabkan saya pitam ketika bangun daripada katil selepas selesai disunatkan.

Selesai tiga hari (kalau tak silap), balutan yang membalut bahagian luka ditanggalkan oleh doktor. Walaupun balutan dah dibuka, namun benang jahitan masih 'tercacak'. Memang ngerilah tengok.

Luka tersebut mengambil masa sebulan untuk sembuh, sebabnya, saya langgar hampir kesemua pantang.
Masa bosan berjalan, sepatutnya kena kurangkan pergerakan.
Masa lapar makan. Makanan yang gatal pun sapu juga.
Macam manalah tak jadi sebulan.

Beberapa hari sebelum bersunat, kenduri kecil-kecilan diadakan dirumah, sekali harung dengan dengan kenduri sunat jiran sebelah rumah.

Lepas buka sekolah, dah boleh berbangga dengan kawan-kawan.
"Weyh, AKU DAH SUNAT...!!!"

Pernah jugalah mengaku dah bersunat semata-mata tak mahu dimalukan kawan-kawan...

Kini, berkhatan semudah ABC. Dan kaedah terbaru (sebenarnya masa saya bersunat dahulu, kaedah ini sudah ada, cuma belum digunakan secara meluas), clamp, digunakan oleh ramai ibu bapa bagi meng'khatan'kan anak mereka. Cara ini dikatakan lebih selamat, kurang risiko, dan lebih cepat sembuh.

Cuma, ada yang mengatakan kaedah ini tidak menepati kehendak Islam. Wallahu a'lam. Boleh bertanya kepada doktor yang berhampiran anda untuk kupasan.

Dan, kosnya juga mencecah RM 500. Kalau ada 10 orang anak lelaki, mau kena ada RM 5,000 dalam wallet.

Benarlah, semakin canggih dunia, semakin hilang nikmat hidup...

Tinta mencoret: Budak sekarang dah tak takut nak sunat...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

Bacaan santai berkaitan entry ini:
  1. Alammmm
  2.  Hidup Mesti Belajar
  3.  Yan's
  4.  Man Hassan
  5.  Alongxp.Com
  6. Pak Cek Biola

2 comments: