Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

24 December 2012

Wan Aiman Farhan

Bergambar dengan Wan Aqif Aiman di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Siapa Wan Aiman Farhan?

Wan Aiman Farhan adalah nama dua orang murid saya; Wan Aqif Aiman dan Aiman Farhan yang digabungkan menjadi satu: Wan Aiman Farhan.

Suke-suke hati je kau campur nama orang lain.
Lantak aku le. Blog aku, aku punya suka...

Cuti sekolah kali ini rasanya saya banyak kali berjumpa dengan mereka berdua selain Nasrul, Rahman, dan Luqman yang meluangkan masa ke Kuantan dan Sabak Bernam pada awal cuti sekolah.

Entah macam mana pula mereka berdua boleh 'tersangkut' dengan saya.

Asalnya, saya mengajak Aiman Farhan untuk membantu saya mengecop al-Quran yang diwakafkan orang ramai kepada sekolah. Entah macam mana, boleh pula berpusing keliling Lembah Kelang dengan mereka berdua.

29 November 2012. Pada tarikh inilah saya meminta jasa baik Farhan untuk membantu saya.
Farhan agaknya kebosanan membantu saya, dia ajak Wan datang sekali.
Yee Mee Sizzling kegemaranku.
Dinner di Medan Selera Presint 9, Putrajaya.
Kali kedua pun sama, saya mengajak mereka menyelesaikan tugas mengecop al-Quran wakaf yang masih berbaki. Lepas habis cop, terus ke pantai, mandi-manda.

Time tu, kamera saya tak bawa. Kalau tak, memang saya ambil gambar mereka 'berperang' dengan budak kecil kat pantai.

Kali ketiga pula, saya mengajak mereka ke beberapa tempat, bermula di Batu Caves, diikuti MIECC, dan kemudiannya ke Putrajaya.

Di sebuah kedai buku di pinggir KL, yang menjual buku keluaran PTS
dengan diskaun sehingga 15 peratus.
Lokasi: Dolomite Industrial Park
Baca je? Belilah...
Sedapnya makan. Eh, gambar siapa kat luar tu?
Lokasi: Lebuhraya Damansara-Puchong.
Memandu dengan penuh berhemah.
Salah sebuah jambatan di Putrajaya.
Singgah di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin untuk solat Zohor.
Eh, ada berapa jemaah solat tu...?
Baru sampai The Mines. Mereka menjadi promoter The Mines kot...
Big Bad Wolf Booksale.
Signboard ke jualan buku terbesar 2012.
"Orang datang sini beli buku. Kau datang nak bergambar?"
Kesian Farhan. Dia asyik ambil gambar sampai tak masuk muka sendiri.
Kiranya, tiga kali saya membawa mereka ke hulu dan ke hilir.

Hari Pertama, 29 November 2012, menemankan saya ke Kota Damansara untuk menghantar salinan gambar program ke Majalah Anis.

Hari Kedua, 7 Disember 2012, ke Bagan Lalang setelah selesai mengecop al-Quran.

Hari ketiga, ke dua lokasi penjualan buku pada sebelah siang manakala pada waktu malam ke Putrajaya.

"Sebenarnya, mereka ni tingkatan berapa?"
"Baru darjah 5."
"Berani kau bawa budak bawah umur merayau-rayau?"

Saya memang tak berani nak bawa budak sekolah keluar berjalan-jalan, terutamanya budak sekolah rendah. Tapi, saya pun tak tahu, macam mana saya boleh terbawa lari mereka ni.

Walaupun mereka keluar berjalan-jalan dengan saya, saya mewajibkan mereka meminta izin daripada ibu atau ayah mereka. Kalau ibu atau ayah tak bagi, memang saya tak mahu bawa mereka berjalan.

Tahun hadapan (macamlah lama lagi 2013), mereka berdua akan memasuki darjah 6 sekaligus akan berhadapan dengan UPSR dan PSRA. Tak bolehlah berjalan selagi tak habis peperiksaan ye.

Tinta mencoret: Mereka ni dah macam kawan je...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

8 comments:

  1. wah bestnya dpt anak2 murid yg rajin mcm tu...boleh wat menantu nie...cikgunya juga baik...siap blanja bagai..brtuah mrk brdua.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mereka memang rajin, sentiasa meringankan tulang tika gurunya memerlukan bantuan.

      Tapi, bab buat menantu tu, hm... kene rujuk mak ayah mereka... ^_^

      Delete
  2. Wah wah wah ! Bestnya dapat keliling kota ya xD Hanya disebabkan mengecop dapat pergi sana sini xD Untunglah anak murid tu , siap dapat makan lagi xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengecop tu aktiviti asal. Tapi entah macam mana pula boleh terpusing banyak tempat. Hehehe...

      Delete
  3. Assalamualaikum M Syahmi

    Aiman dan Farhan murid yg terpilih untuk dijadikan kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa `alaikumussalam.

      Anak murid sebenarnya boleh dibuat kawan. Tapi luar daripada pembelajaran formal.

      Delete
  4. gambar no. 2 dari atas tu serius nampak cam muka budar darjah 6.. haha.. sweet2 comel je..

    ReplyDelete