Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 April 2012

BERSIH 3.0 Part 2: Gambar Sekitar Demonstrasi

Maaf, malam ni sakit kepala. Ingatkan mahulah menaip sebuah karangan. Apakan daya, hanya mampu melihat skrin komputer tanpa mampu menjana idea.

Sementara isu BERSIH 3.0 masih panas, mari kita sama-sama layan gambar-gambar yang saya kutip merata-rata dalam alam maya.

Hanya sedikit sambungan daripada entry terdahulu.


BERSIH 3.0

Sabtu, 28 April 2012, saya ke Masjid Taboh Naning, Alor Gajah untuk menghadiri jemputan majlis pernikahan saudara saya yang diadakan secara kecil-kecilan.

Selepas, selesai menjamu selera dan beramah mesra dengan keluarga pengantin, saya ke rumah Abang Fikri, bergurau senda.

Dalam 2.30 petang, barulah saya bergerak menuju ke Bandar Seri Putra.
Sambil memandu, saya mengatur jadual seterusnya, sama ada mahu ke pameran buku di PWTC ataupun ke Czip Lee di Kajang untuk mencari bahan bagi menghias kelas.

Keputusan diambil, saya terus ke Bandar Seri Putra dan membatalkan hasrat ke PWTC.

Setibanya di Bandar Seri Putra, saya berehat-rehat sambil merancang untuk ke Czip Lee selepas Asar.

Sambil-sambil mengemas kereta, kelibat sebuah kereta milik kawan serumah saya tiba. Setelah kereta diparkir di pintu rumah jiran, kawan saya keluar dalam keadaan yang begitu memilukan, dengan keadaan kepala yang berdarah, baju bercap tapak kasut, dan sedikit terhuyung-hayang.

24 April 2012

Entry Ke-393

Hujan mencurah-curah turun. Kelihatan kereta ibu bapa dan van sekolah sudah memenuhi dataran sekolah.

Saya masih menjadi kaunter aduan murid-murid darjah 4 tahun lepas
walaupun mereka kini sudah menjadi murid darjah 5.

23 April 2012

Mampukah Untuk Menjadi Setia?

Perkahwinan yang bahagia adalah perkahwinan yang diredhai.
Mak kurang sihat malam ni. Terduduk diam sejak saya mula sampai ke rumah. Bila diajak untuk ke klinik, mak menolak. Katanya, tidak tahu apa yang hendak dikatakan kepada doktok akan sakit yang dialaminya. Lagipun, esok mak memang akan ke klinik, pemeriksaan kesihatan berkala.

22 April 2012

Cikgu Mahadi Part 2

Semalam, 21 April 2012 (Jumaat), genaplah usia beliau 50 tahun. Namun, Allah lebih menyayangi beliau dengan menjemputnya kembali pada 18 Mac 2012, lebih kurang sebulan lepas.

Siapakah beliau? Beliau adalah Allahyarham Cikgu Mahadi bin Bassin, Guru Penolong Kanan HEP, SAM Bandar Baru Salak Tinggi.

21 April 2012

Fakhrul Razzie, 13 Tahun

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-13 buat Muhammad Fakhrul Razzie bin Ghazali pada semalam (Jumaat, 20 April 2012) yang kini sedang berhempas pulas menghafaz Surah al-Waqiah di Madrasah Tahfiz Syazwan di Ampang.

Alhamdulillah, saya baru balik dari menyambut birthday Fakhrul bersama keluarganya yang ramah di Desa Pahlawan, dekat Ampang.

Sememangnya Fakhrul seorang pelajar yang baik akhlaknya. Tidak hairanlah jika beliau disenangi oleh rakan dan guru-gurunya.

Pesan saya, kuatkanlah azam untuk menguasai al-Quran, betulkan qasad dan niat belajar kerana Allah Ta'ala

 Perjalanan hidup masih panjang. Tumpukan masa yang ada ini untuk menghafaz al-Quran. Bukan susah untuk menghafaznya, juga bukan susah untuknya hilang dari dada dan ingatan.

Prevé?


Proton Prevé
Memang kecoh semalam bila tersebar sebuah gambar Proton Prevé kemalangan. Nak buat macam, malang tidak berbau. Tak kiralah sama ada kemalangan tersebut disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri ataupun kesilapan alatan jentera tersebut.

17 April 2012

KPI 2012

Alhamdulillah, Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KPI) 2012 berjaya dan selamat diadakan pada 6 hingga 8 April 2012 lepas. KPI merupakan program pertama yang saya arahkan, juga menjadi kayu pengukur kepada saya dalam mengarahkan program pada masa akan datang.

Walaupun program saya bertembung dengan sebuah lagi program yang mana ia menyebabkan saya terasa bagai disabotaj (walaupun sebenarnya tidak), namun ketika melihat kepada reaksi guru-guru yang banyak memberikan kerjasama terhadap program yang saya atur, saya gagahkan untuk meneruskannya.

15 April 2012

Ingatkan Boleh Rest Selepas KPI...

Ingatkan selepas Kem Kepimpinan Pelajar Islam 2012 yang diadakan minggu lepas, saya boleh melabuhkan kepala di atas bantal, rupa-rupanya banyak lagi aktiviti yang menyusul.

Maaflah sekiranya tiada entry terbaru. Insya-Allah, sekiranya ada kelapangan, saya akan mengupdate CTB ni.

Sekarang ni sedang berada di SAM Bandar Baru Salak Tinggi, ada konsert sempena Majlis Kecemerlangan Murid (MAKEM) atas undangan Ustazah Ummi.
Bergambar bersama barisan MPP SAM Bandar Baru Salak Tinggi dan kumpulan nasyid Devotees.