Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

16 January 2013

Bersedia Tanpa Bersedia

Pihak naziran nak datang sekolah...!!!
Minggu ini memang busy. Maklumlah, awal tahun.

Bertambah busy bilamana bahagian naziran Pejabat Agama Islam Daerah Sepang 'mengisytiharkan' untuk datang memantau proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Walaupun semua orang kalut bersiap-siaga berhadapan dengan pihak naziran, saya bergerak seperti biasa, semacam tiada apa yang berlaku.

Bila sampai masa untu dicerap, semua dokumen pemarkahan hilang entah ke mana.

Dan hasilnya, tentulah pada jumlah markah yang terkumpul, terlalu kurang.

Biarlah. Kadang-kadang, kesilapan yang kita lakukan itu menjadi iktibar kepada kehidupan kita pada masa mendatang.

Terus terang, walaupun pencerapan itu sebenarnya adalah untuk memperbaiki proses pengajaran dalam bilik darjah, namum saya kurang gemar dicerap. Saya tidak mampu menjadi 'diri' saya untuk mengajar. Saya terasa bagai terpaksa 'berlakon' di hadapan murid-murid semata-mata untuk dicerap. Huh, macam tak ikhlas je mengajar.

Ikut je lah kalau itu yang dimahukan oleh pihak naziran. Mereka laksanakan dasar tersebut bukannya suka-suka, pastinya ada kebaikan dalam setiap apa yang mereka lakukan.

Selepas ini, saya akan dicerap sekali lagi untuk mata pelajaran yang sama: Tilawah al-Quran. Dan saya akan cuba untuk menyusun kembali kaedah P&P saya agar selari dengan objektif pembelajaran.

Hari ini adalah hari yang paling menggembirakan. Walaupun mendapat markah rendah dalam pencerapan, namun ada beberapa perkara lain yang mampu mengubat hati yang kecewa ini. Huh...

Dapat apa? Dapat kepercayaan daripada pihak PIBG untuk menghasilkan montaj Mesyuarat Agung PIBG Kali Keempat yang dijadualkan pada awal Februari ini.

Dan montaj ini lain sikit, sebab menggabungkan beberapa slot yang ada dalam perjalanan mesyuarat.

Hehehe... Tunggu je la ek. Bila dah habis mesyuarat nanti, saya akan kongsikan montaj tersebut.

Kalau terlupa, tolong ingatkan.

Tahun ini berbeza sedikit daripada tahun lepas yang hanya menayangkan hanya gambar-gambar aktiviti tahunan sekolah. Yang ini montaj mesyuarat PIBG tahun lepas:

Tinta mencoret: Benarlah janji Allah, selepas kita berduka, dia akan berikan kegembiraan.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

4 comments:

  1. penat gak kan jadi guru nie.. semoga tabah.. ikhlaskan hati.. besar pahala tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan Allah melihat setiap usaha ini sebagai satu ibadah.

      Delete
  2. semoga segalanya berjalan lancar...akak awal2 dh kena pantau oleh PKG..Alhamdulillah, segalanya brjln lancar.....

    p/s: lega rasanya dh xpyh nk genyeh2 mata taip no2 + huruf2 utk pengesahan komen...TQSM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Lepas ni sekolah jadi tuan rumah untuk satu program musabaqah peringkat negeri pulak. Ngeri menanti...

      Nombor-nombor tu dah buang, rasanya tak ada yang jadi 'robot'kot. Hehehe...

      Delete