Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 November 2013

Lupa Tarikh 23 November?

"Syahmi, kau dah lupakan tarikh penting?"
"Tarikh penting? Bila?"
"23 November."
"Ada apa dengan tarikh tu...?"

Mana boleh lupa dengan tarikh 23 November tu, cuma saya je yang malas nak layan sangat dengan tarikh tersebut.

Nak kata penting, takde lah penting sangat, hanya tarikh kelahiran saya sahaja.

Kebiasaannya saya akan mengemaskini blog CTB ni setiap kali tiba tarikh 23 November, tetapi tiba-tiba tahun ni saya rasa malas nak kemaskini. Bukan malas, cuma kurang bersemangat. Sebab tu entry ini dibuat bukan pada tarikh 23 November, dah lepas seminggu baru buat.

Shareezuan antara yang terawal memberikan ucapan.
 
 
 
 
Ramai orang menyambut hari jadi bertujuan untuk mengira peningkatan umur tersebut, namun tidak ramai yang menjadikan ukuran tersebut sebagai satu petunjuk yang kita semakin hampir kepada kematian.

Baru semalam saya menaip entry berkaitan kematian.

Jangan disangkakan umur kita yang masih muda mempunyai banyak masa sebelum tiba masa kematian. Mati boleh datang pada bila-bila masa, mungkin sesaat lagi...


Mungkin boleh dicadangkan ucapan "Selamat hari jadi" ditukar menjadi "Selamat menempuhi mati." Baru cool...!

Baru semalam saya buat entry berkaitan kematian.
Ya Allah, jadikanlah setiap saat usiaku yang masih berbaki ini penuh dengan keberkatan daripada-Mu, juga berikanlah kekuatan kepada diriku untuk terus beribadat kepada-Mu dan berbakti kepada agama-Mu.

Terima kasih saya ucapkan buat semua yang tidak henti-henti mendoakan saya, juga terima kasih atas setiap hadiah yang diberikan.

Tinta mencoret: Selamat menempuhi mati...!

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

Entry berkaitan hari jadi saya tahun-tahun sudah:
  1. 2012
  2. 2011
  3. 2010
  4. 2008

4 comments: