Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

28 February 2015

Danish Haziq

"Hai ustaz."

Tiba-tiba satu mesej masuk ke dalam inbox Facebook Messenger saya. Tertera namanya Danish Haziq.

"Ni saya, Danish Haziq, baru nak ada Facebook."

Danish Haziq? Betul ke...?

Siapa Danish Haziq?

Macam mana nak cerita ye...


Gambar saya bersama Danish Haziq (dalam dakapan) selepas selesai Ujian Prestasi 2 tahun 2012.
Ketika saya menjadi guru kelas 4 Ibnu Bathutah 2012, saya telah menggunakan kuasa veto saya untuk melantik Danish Haziq sebagai ketua kelas. Hahaha... Sejak bila guru kelas ada kuasa veto?

Alhamdulillah, sepanjang Danish menjadi ketua kelas, setiap tugasan yang saya berikan kepadanya sebagai ketua kelas dilaksanakan dengan baik.

Oleh sebab itu, jasa Danish dalam membantu saya menguruskan kelas sentiasa saya ingat sehingga kini.

Dalam banyak-banyak ketua kelas yang pernah berkhidmat, Danish antara yang sentiasa tersemat dalam ingatan. Jadi, pastinya saya merinduinya, rindu akan kebaikan yang ada padanya.

Perangai dia? Tak naklah cerita kat sini. Biarlah menjadi kenangan dalam ingatan saya sahaja. Hehehe...

Dan pastinya saya terharu bila Danish Haziq menghantar mesej pertama kepada saya.

Hm... Jadi, saya cari gambar-gambar Danish Haziq yang terdapat dalam simpanan saya.

Bergambar semasa iftar di sekolah, tahun lepas.
Ketika Sambutan Maulidur Rasul 2013.
Selepas selesai Jamuan Aidilfitri Kelas 4 Ibnu Bathutah.
Ketika Kem Kepimpinan Pelajar Islam 2012.
Danish Haziq sedang jawab Peperiksaan Akhir Tahun 2012.
Macam mana Solah boleh ada kat situ...?

Tekun jawab PPT 2012.




Saya lupa aktiviti ni...


Danish Haziq antara top 10 dalam keputusan Ujian Prestasi 2 2012.

Apa la yang Ammar bisikkan kat Danish Haziq tu...?



Gambar curi... (2013)


Gambar yang saya ambil untuk laporan kerosakan sekolah. (2013)

Ni apa kena...?

Ha... Danish Haziq malu bila saya nak ambil gambar dia...

Bergambar dengan kelas 4 Ibnu Bathutah 2012 sebelum rombakan.
Muhammad Danish Haziq bin Mohd. Ramli
Ketua Kelas 4 Ibnu Bathutah 2012
Terima kasih kerana masih mengingati saya.
Walaupun saya sudah tidak mengajarmu.
Walaupun saya sudah berpindah jauh daripadamu.

Semoga Allah memberikan kejayaan yang bernilai buatmu.
Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan nikmat Syurga.

Pss... Esok harga minyak naik 25 sen.

Tinta berdakwat: Rindu dengan perangai Danish Haziq... Hm...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. seorang guru
    pastinya mempunyai ribuan anak murid
    tapi danish haziq ni mesti ada keistimewaannya
    sebab ustaz ingat pada dia
    untunglah insan bernama danish haziq dan bagusnya dia ingat pada guru dia walau jauh dari dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak sangkat dia mesej saya.

      Tetiba time tu rasa sebak...

      Delete