Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 July 2009

Next Election?

http://3.bp.blogspot.com/_XEGv-B9k1C8/SEwBw9mxyBI/AAAAAAAAAJ4/jXTpn0UG48E/s320/adunpp.jpg

Dari Allah kita datang dan kepada-Nyalah kita kembali.

ADUN Permatang Pasir, YB Dato' Hj Mohd Hamdan bin Abd Rahman telah kembali ke rahmatullah. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara pada 6.30 pagi tadi. Jenazah beliau akan disemadikan di kampung halamannya di Permatang Pasir petang ini selepas solat Asar.

Al-Fatihah.

http://2.bp.blogspot.com/_1Zsw0vmZwpc/SfjwRzRAhaI/AAAAAAAAArw/7Jt5DBo2S-M/s320/alfatihah.jpg

Implikasi daripada kematian Allahyarham YB ini ialah akan adanya lagi satu pilihanraya kecil di Pulau Pinang. Adakah ini menjadi satu lagi 'liang lahad' kepada Barisan Nasional akibat daripada tindakannya yang menaikkan kadar tambang bas? Wallahu a'lam.

Berita
JENAZAH MOHD HAMDAN DIKEBUMIKAN SELEPAS ASAR

KUALA LUMPUR: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, akan dikebumikan di kampungnya di Permatang Pasir, Pulau Pinang selepas solat Asar petang ini.

Jenazahnya sudah dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 9.30 tadi dan dijangka tiba di rumahnya di Permatang Pasir, 2 petang ini.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir.

Turut menziarahi Allahyarham di IJN pagi tadi ialah Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang selama 14 tahun itu menjadi Adun Permatang Pasir selama tiga penggal mulai 1999 dan kini satu-satunya Adun Pas di Pulau Pinang.

DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, Bernama malaporkan, adik lelaki Allahyarham, Mohd Shukran berkata, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Siti Khariah Ismail dan enam orang anak.

Katanya, beliau mendapat berita mengenai kematian abang sulung daripada 14 adik beradik itu pada kira-kira jam 7.15 pagi ini.

"Abang saya itu mengadu penat dan sakit dada dan dibawa oleh anaknya ke IJN untuk pemeriksaan dan rawatan. Beberapa tahun lalu, beliau pernah menjalani pembedahan jantung," katanya.

Menurutnya, isteri Allahyarham tidak menemani suaminya itu di IJN kerana tidak sihat.

Mohd Hamdan, yang berasal dari Kedah, baru sahaja menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk kira-kira tiga minggu lalu sempena hari lahir Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Allahyarham, menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wan Mohamad Saman, Sungai Korok Alor Setar dan lulus Senior Cambridge pada 1963.

Mohd Hamdan kemudiannya mengikuti pendidikan agama Islam di bawah naungan Majlis Agama Islam Kedah sehingga ke peringkat IV Thanawi pada 1965.

Allahyarham juga pernah mengikuti program intensif pentadbiran awam di Intan pada 1970 dan mendapat latihan pentadbiran umum di Kolej Pentadbiran dan Latihan Kastam di Melaka pada 1978.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru bahasa di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah selama dua tahun mulai 1964 dan bekas pegawai tadbir negeri Kedah antara tahun 1966 dan 1977.

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai tadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dari tahun 1977 hingga 1983.

Allahyarham juga aktif dalam pergerakan belia dan pernah menjadi Anggota Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia pada 1973 dan mewakili Pas Pulau Pinang sebagai Anggota Pemadam pada 1989 hingga 1999.

Sumber:
Berita Harian Online

Berita
KEMATIAN MOHD HAMDAN KEHILANGAN BESAR PADA PAS

PULAU PINANG, 31 Julai-Timbalan Pesuruhjaya I Pas Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman di sini sebagai satu kehilangan yang amat besar kepada parti itu.

Katanya Allahyarham bukan sahaja seorang pemimpin yang aktif memperjuangkan isu berkaitan pekerja, malahan mempunyai peribadi yang baik dan merendah diri.

Ketika dihubungi Bernama, Mujahid berkata, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang telah lama bergiat dalam parti dan sangat fokus dalam tugasnya.

Mohd Hamdan, 63, wakil rakyat tunggal Pas di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 7.15 pagi ini selepas beberapa hari menjalani pemeriksaan dan rawatan di situ.

Jenazahnya dijangka tiba di Permatang Pasir pada 2 petang ini untuk dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir.

Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan beliau sebagai seorang ADUN yang selalu memperjuangkan prinsip yang tegas.

Katanya beliau mengenali Mohd Hamdan sebagai seorang yang sentiasa bercakap daripada segi prinsip dan berbahas tanpa menyakiti hati mana-mana pihak.

"Saya sedih kerana kehilangan seorang kawan lama. Allahyarham pernah bertanding dua kali menentang saya di DUN Penaga (dan kalah) pada pilihan raya umum 1990 dan 1995 sebelum beralih ke Permatang Pasir," katanya.

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, kematian Mohd Hamdan merupakan satu kehilangan bagi gabungan pembangkang di Pulau Pinang.

Zahrain, yang berada di Kuala Lumpur, bergegas ke IJN sebaik mendapat berita mengenai kematian itu pagi ini tetapi tidak sempat kerana jenazah telah dibawa pulang pada 10 pagi.

Di KUALA LUMPUR, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata Allahyarham turut membantu dalam perjuangan PKR.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi mempertahankan kerusi Permatang Pasir yang merupakan kubu kuat Pas.

"Lagi pun Mohd Hamdan ini adalah bekas Pesuruhjaya Pas negeri. Dia berada dalam parti lebih lama daripada saya, malahan ketika saya berada di dalam PAS dia sudah menjadi Pesuruhjaya PAS negeri itu.

"Jadi Allahyarham banyak korbankan perjuangan, masa dan harta demi perjuangan Islam," katanya.

Sumber:
Bernama

26 July 2009

Atas Dosa Apa Kamu Dibunuh?

بأي ذنب قتلت؟ bermaksud "Dengan kesalahan apa kamu dibunuh?" Jambangan bunga dan potret Marwa diletakkan di bangunan Dewan Bandaraya Bresden kerana memperingati peristiwa pembunuhan seorang wanita yang berhijab

You don't have to be Muslim to oppose anti-Muslim behavior, and you don't have to be Jewish to oppose anti-Semitism. We must stand together against such inhumanity.
Stephan Kramer, Setiausaha Agung Majlis Yahudi Pusat Jerman

Seminggu sebelum kematian Bertha Hertogh atau nama Islamnya dahulu, Natrah, umat Islam dikejutkan dengan kes pembunuhan Marwa al-Sherbini. Marwa yang sedang mengandung dibunuh di mahkamah di hadapan hakim selepas memberi keterangan dalam perbicaraan kes beliau dicerca kerana berhijab.

SIAPA MARWA EL-SHERBINI?

Marwa el-Sherbini merupakan seorang ahli farmasi yang berasal dari Mesir dan ibu kepada seorang anak kecil. Beliau dilahirkan pada 7 Oktober 1977 di Iskandariah, Mesir. Bapa beliau merupakan seorang ahli kimia. Beliau berpindah mengikut suaminya ke Bremen, Jerman pada tahun 2005. Pada 2008, beliau sekeluarga berpindah ke Dresden di mana suami beliau, Elwi Ali Okaz, seorang pensyarah di Universiti Minufiya membuat penyelidikan PHD di Max Planck Institute for Molecular Cell Biology and Genetics. Dalam masa yang sama, beliau bekerja di Hospital Universiti Dresden. Marwa juga salah seorang daripada pengasas kepada sebuah organisasi sukarela yang bermatlamat mewujudkan pusat pendidikan dan budaya Islam di Desden.

ISLAMOPHOBIA

Pada Ogos 2008. Alex W., seorang penganggur warganegara Jerman menghina Marwa di sebuah padang permainan kanak-kanak di Dresden gara-gara berebut buaian untuk anak saudaranya daripada anak Marwa. Marwa kemudiannya dituduh sebagai pelampau agama (kerana berhijab atau bertudung), pengganas, dan perempuan jalang (slut). Orang ramai yang berada di sekitar cuba untuk meleraikan tetapi Alex terus dengan cercaannya sehingga polis tiba.

Alex disaman atas tuduhan menghina dan menfitnah Marwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Dresden lalu disaman 780 Euro (sekitar RM 5500). Ketika rayuan Alex didengar di mahkamah, Alex mengatakan bahawa wanita seperti Marwa bukanlah manusia yang normal yang tidak boleh dihina. Penghinaan inilah yang menyebabkan pendakwaraya menfailkan kes ini supaya ia didengar oleh di Regional Court (maaf, saya tak tahulah apa istilahnya dalam Bahasa Melayu) kerana tindakan Alex yang secara terang-terangan menzahirkan sifat bencinya terhadap orang yang tidak sebangsa dengannya, atau lebih tepat lagi benci terhadap ISLAM.

Ketika perbicaraan di Regional Court, Dresden pada 1 Julai, hanya 8 orang sahaja yang ada di dalam kamar mahmakah: panel hakim yang terdiri daripada seorang professional dan dua hakim tambahan, seorang peguam pendakwa, Alex sebagai defenden dan peguam pembelanya, Marwa sebagai saksi pendakwaan serta suami dan anak selaku audience. Langsung tiada pasukan keselamatan yang berkawal di mahkamah, alasan yang diberikan kerana tiada individu yang ditangkap dibicarakan pada ketika itu.

Selepas Marwa selesai memberikan keterangan kepada mahkamah, Alex meluru ke arah beliau dan menikamnya sebanyak 18 kali sambil terpekik "Kau tak layak hidup!" Suami Marwa, Elwi, yang cuba menyelamatkan isterinya juga ditikam. Keadaan ini akhirnya memaksa mahkamah bertindak memanggil seorang anggota polis yang sedang memberi keterangan di kamar mahkamah berhampiran untuk mengawal keadaan tetapi malangnya Elwi yang ditembaknya kerana disangka sebagai penyerang. Bagaimana boleh tersilap tembak?

Elwi koma selama dua hari manakala isterinya, Marwa yang cedera parah ditikam meninggal dunia di tempat kejadian.

Alex W. direman atas tuduhan membunuh Marwa dan cubaan membunuh Elwi yang cuba cuba menyelamatkan isterinya yang ditikam berkali-kali itu. Alex dibicarakan pada penghujung tahun ini ataupun awal 2010. Sehingga 11 Julai, Alex langsung tidak membuat sebarang keterangan terhadap para penyiasat tentang insiden tersebut.

REAKSI DUNIA

Kejadian pembunuhan ini tersiar di media massa Jerman. Walau bagaimanapun, Marwa hanya merujuk kepada "saksi berusia 32 tahun" di dalam semua laporan berita kerana ia berdasarkan privacy laws (akta rahsia) yang ada di Jerman. Menteri Keadilan Saxony (sebuah negeri di Jerman), Geert Mackenroth, yang melawat ke tempat kejadian pada hari yang sama, menggelar Marwa, Elwi, dan anak mereka sebagai "wanita muda dan keluarganya." Tindakan ini seolah-olah mahu merahsiakan kematian seorang wanita Muslimah akibat daripada kebencian kaum!


Pada 11 Julai 2009 telah diadakan satu memorial awam yang mana ia dihadiri lebih seribu hadirin termasuk duta Mesir dan pegawai-pegawai negeri Sanoxy. Jambangan bunga dan gambar mangsa serta keluarga diletakkan di luar bangunan Dewan Bandaraya Dresden.

Max Planck Institute for Molecular Cell Biology and Genetics, di mana Elwi melakukan kajian PHDnya, mengeluarkan satu kenyataan pada satu majlis rasmi. Dalam kenyataan itu, pihak institut tersebut terkejut dengan apa yang menimpa Elwi dan melahirkan rasa simpati. Persatuan Max Planck mengutuk serangan tersebut dengan kenyataannya:

The fact that the attack was racially motivated is especially distressing to us, considering that the Max Planck Society is a scientific research organisation with staff members from the most various nations.

Kes el-Sherbini menjadi tumpuan utama di Mesir. Beliau digelar "Seorang Pejuang Berhijab Yang Syahid". Rata-rata rakyat Mesir yang mengutuk pembunuhan tersebut menyifatkan ia sebagai satu kes yang tidak diambil peduli oleh pihak Jerman.

Seramai 2000 orang jemaah menunaikan solat jenazahnya di Dresden dan Berlin sebelum jenazahnya dibawa pulang ke tanah airnya, Mesir. Beliau dikebumikan di kampung halamannya di Iskandariah pada 6 Julai. Kematian Marwa ini sebenarnya memperlihatkan sikap rakyat Jerman secara umumnya bersifat perkauman dan Islamofobia. Kemarahan umat Islam Mesir ini dapat dilihat apabila mereka berarak dengan sepanduk-sepanduk 'anti-Jerman'. Pihak polis Mesir terpaksa berkawal di bangunan Kedutaan Jerman daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

Peristiwa ini pada awalnya tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak media di Jerman dan ia hanya dilaporkan di halaman belakang akhbar-akhbar di sana. Hanya setelah tunjuk perasaan panas yang dicetuskan oleh ribuan rakyat Mesir yang menetap di Jerman kerana menentang Islamofobia barulah kerajaan Jerman yang sebelum ini hanya mendiamkan diri menyatakan kesedihan dan kekesalan tentang pembunuhan Marwa.

Sesungguhnya peristiwa pembunuhan Marwa ini berpunca dari peningkatan kebimbangan Islamofobia yang semakin ketara terutama di negara Barat. Sememangnya gejala Islamofobia ini telah diwujudkan bagi meningkatkan semangat kebencian terhadap orang Islam dari mereka yang bukan beragama Islam. Cubaan menggambarkan orang Islam sebagai pengganas yang bertanggung jawab terhadap pelbagai kejadian dan kemusnahan di seluruh dunia merupakan satu tuduhan yang sangat dangkal dan berniat jahat.

Oleh itu usaha untuk membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap umat Islam ini perlu dilakukan segera. Namun ini tidaklah bermaksud darah perlu dibayar dengan darah kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan. Jika tidak adalah tidak menghairankan peristiwa pembunuhan seperti Marwa ini akan berulang malah mungkin lebih teruk lagi pada masa depan.

Bandar Bukit Mahkota, Bangi

23 July 2009

Fatwa Kata Haram Guna Lilin

Datuk Seri Nizar kelihatan memegang lilin. Perbuatan beliau ini menjadi satu isu buat lawan untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai Timbalan Pesuruhjaya Negeri sebuah parti Islam.

ISU memegang lilin oleh 'YAB' Nizar sewaktu menghadiri majlis penghormatan ke atas Mendiang Beng Hock nampaknya seolah-olah menjadi isu besar. Ini adalah kerana personaliti 'YAB' Nizar selaku 'MB Perak' yang dipilih oleh rakyat itu. Beliau adalah pemimpin Pas, oleh kerana itu tindakan beliau sentiasa menjadi perhatian dan tentunya pihak lawan ternanti-nanti apakah kesilapan yang akan dilakukan oleh YAB Nizar. Sehinggakan sekiranya beliau tidak tersengaja terkentut di khalayak, pastinya pemimpin Umno khususnya Zamry serta merta akan meminta Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan 'fatwa' hukum di atas kelakuannya itu.

Mana tidaknya, isu ini turut mendapat perhatian mufti yang kini bergelar Tan Sri setelah mempertahankan tindakan Sultan dalam pemecatan Menteri Besar, beliau turut mengatakan HARAM perbuatan menyalakan lilin oleh Datuk Seri Nizar.

Lepas ni, kalau blackout, jangan nyala lilin, guna tourchlight. Haram tau! Nanti masuk neraka!

Sebelum itu, saya ada soalan yang mahu ditujukan buat Tan Sri Mufti, adakah beliau bekas penganut Buddha? Sekiranya tidak, dapatkah beliau memastikan ia termasuk dalam acara keagamaan agama tersebut? Mengapa begitu cepat Tan Sri melatah? Disebabkan Datuk Seri Nizar pernah 'derhaka' kepada Sultan? Agaknya terlebih makan 'punggung ayam goreng'. Itu sememangnya makanan kegemaran saya kerana ia sedap. Tetapi tidaklah saya tahu sama ada Tan Sri suka atau tidak...

Lainlah jika beliau bekas penganut Buddha seperti ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim. Khalil yang sebelum ini beragama Buddha menafikan perbuatan MP Bukit Gantang itu adalah acara perkabungan mengikut agama Buddha. Itu hanyalah adat tradisi masyarakat Cina. Samalah seperti kaum Melayu yang mempunyai adatnya yang tersendiri.

Pelik... Isu yang agak kabur bagi mereka yang 'cetek' pengetahuan agama ini digembar-gemburkan. Isu Menteri Pertahanan berjumpa dengan Ehud Barak selaku Menteri Pertahanan Negara HARAM Yahudi tidak pula dihuraikan ataupun difatwakan haram oleh mereka yang boleh dianugerahkan pangkat 'ulama-us-suk' (ulama yang jahat).

Manakah 'kokokan' mereka melihat isu ini?

Apa kata Zambry? Sekiranya Nizar yang menyalakan lilin disuruh rujuk kepada fatwa ulama PAS, bagaimana pula dengan tindakan Zahid Hamidi selaku menteri yang berjumpa Ehud la'natullahi aleyhi wa aleyhim ajma'een? Adakah perlu dirujuk biro agama UMNO selaku ulama mereka? Rasanya tidak perlu kerana ramai 'ulama' yang mengelilingi mereka, bukan hanya memberi nasihat bahkan turut 'menghanyutkan' tindakan 'pembesar' dalam perkara yang batil!

Bukankah ia akan menoreh hati umat-umat Islam seluruh dunia? Seorang menteri dari sebuah negara Islam yang disegani berjumpa dengan wakil kerajaan negara haram Yahudi... Tidak malukah kita?

Zambry... Zambry... Tengok dulu orang di atas. Mereka pergi bersalaman dengan menteri Yahudi, apa cerita?

Itu belum lagi menyentuh isu penghormatan di Tugu Negara yang jelas telah diHARAMkan.

Konsert Sure Heboh (atau kini dikenali sebagai Jom Heboh) yang suatu ketika dahulu pernah diharamkan oleh Tan Sri Mufti. Adakah beliau menghalalkannya semula?

Belum lagi melihat kepada kegagalan Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional untuk menegakkan undang-undang syariah, hudud, qisas. Belum juga dilihat berapa banyak lesen judi, arak yang telah diluluskan. Adakah menepati syarak?

Ulama sekelian, janganlah lihat hanya kepada satu isu. Bagaimana dengan isu lain yang hampir serupa, bahkan lebih besar ke'haram'annya tetapi dipandang sepi.

Sebab itu saya berani menggunakan perkataan 'ulama-us-suk'. Kita nilailah sendiri apa yang terjadi...

والله أعلم بالصواب

20 July 2009

Steel Mosque?


Berkonsepkan seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya.

Indahnya binaan dari keluli itu mungkin masih belum dapat dilihat dengan mata kasar namun keunikan masjid yang keseluruhannya berkeluasan 73,795 meter persegi itu amat istimewa. Malah, Masjid Besi ini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.

Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan. Dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding Masjid Putra, Putrajaya ia dijangka mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Perbadanan Putrajaya, Ir Mohd Ridzwan K Othman, berkata cetusan idea untuk membina sebuah masjid baru di Putrajaya wujud sekian lama dulu. Malah, dalam Pelan Induk Putrajaya yang diluluskan kerajaan, ada diperuntukkan dua kawasan untuk dibina masjid di Putrajaya.

“Hasrat perbadanan adalah menyediakan tempat beribadat yang selesa bagi umat Islam sekali gus menampung keperluan kakitangan kerajaan dan juga penduduk setempat iaitu dari sekitar pusat bandar atau core island di Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18.
“Anggaran kasar, sejumlah kira-kira 23,633 kakitangan akan dijanakan apabila keseluruhan parcel Pejabat Kerajaan dibangunkan kelak. Manakala seramai 28,420 penduduk juga akan mendiami kawasan sekitar apabila kesemua projek pembangunan perumahan siap dibina,” katanya.

Berdasarkan kapasiti jemaah yang ditentukan di dalam Pelan Induk Putrajaya iaitu 20,000 jemaah, pihak perbadanan meminta arkitek bertanggungjawab iaitu Kumpulan Senireka Sdn Bhd mereka bentuk sebuah masjid berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).

Mohd Ridzwan berkata, selepas beberapa siri perbincangan, didapati binaan dari struktur keluli dapat memenuhi konsep reka bentuk diinginkan iaitu bangunan yang tidak kelihatan terlalu besar.

Lalu terhasillah sebuah masjid dengan penggunaan 6 ribu tan keluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnya adalah konkrit.

Bagaimanapun, keluli hanya menjadi kerangka masjid kerana ia akan dikemaskan dengan material telus cahaya pada setiap tiang dan dinding menggunakan crystalized glass menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Apabila malam, cahaya lampu akan menambah keindahan Masjid Besi yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.

Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau Architectual Wire Mesh yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.

Malah, di sini juga tiada dipasang walau sebuah kipas. Tapi, bagi menjamin keselesaan pengunjung, pihak perbadanan menggunakan sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) di dalam bangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin.

Anyaman Masyrabiah di Masjid Besi diimport khas dari Jerman dan menjadikan ia satu-satunya bangunan dengan anyaman besi tahan karat yang wujud di negara ini. Kemudian ia dilitupi pula panel bercorak geometri pada bahagian luar, juga dari jenis besi tahan karat.
Mohd Ridzwan berkata, rujukan yang digunakan untuk menggunakan dinding Masyrabiah adalah stadium terkenal milik pasukan Real Madrid iaitu Stadium Bernabeu, perpustakaan negara di Paris yang menggunakan dinding berkonsep sama untuk ruang meletak buku setinggi 20 tingkat dan ruang letak kereta di Barcelona.

Apabila pembinaan Masjid Besi siap nanti, pengunjung yang ingin beribadat atau sekadar berkunjung ke masjid ini bakal disambut dengan seni kaligrafi yang terukir di hampir setiap ruang masjid.

Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra.

Begitu juga di sekeliling Masjid Biru, ia seolah-olah sebuah pulau dengan dikelilingi binaan konkrit kolam bertingkat. Ia kelihatan seperti mini air terjun yang melimpah ke dalam takungan kolam kedua menjadikan kawasan ini tempat yang sesuai untuk beristirehat sambil menunggu azan berkumandang.

Disambut binaan pintu gerbang konkrit yang dibina menggunakan glass reinforce concrete (GRC), pengunjung akan melalui Iwan Utama menuju ke laman atau Sahn dalam bahasa Arab. Indahnya binaan konkrit putih itu, ia dilatari ukiran Asma Ul Husna yang terkandung 99 nama Allah SWT menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth.

Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.

Menjengah ke ruang solat, mata pasti terpaku melihat dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir kerja tangan tempatan iaitu dua baris ayat dari surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan surah Ibrahim di sebelah kiri.

Uniknya cermin itu, ia tidak memantul kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Dinding Mihrab inilah yang akan menjadi fokus utama ruang solat Masjid Besi Putrajaya itu.

“Masjid yang kini 75 peratus siap dan masih belum mempunyai sebarang nama mempunyai hanya satu kubah diperbuat daripada keluli.

“Selain itu, ia juga akan dilengkapi sistem audio visual terbaik bagi memastikan tiada sebarang masalah seperti pantulan bunyi berlaku ketika azan atau ceramah agama dibuat,” katanya.
http://www.esempoi.com/wp-content/uploads/masjid4.jpg
Mohd Ridzwan yang ditemani Timbalan Pengarah Pembangunan Kemudahan Awam, Jabatan Pembangunan Awam Perbadanan Putrajaya, Norhayati Abdullah, pada pertemuan itu berharap umat Islam di negara menggunakan kemudahan itu yang menjadi ikon pada Putrajaya. Walaupun menjadi tumpuan diplomat dan pelancong dari seluruh dunia, umat Islam di negara ini wajar mengimarahkan masjid dan tidak membiarkan ia kosong serta terbiar.

FAKTA: Kemudahan disediakan
1. Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
2. Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
3. 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
4. Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
5. Dapur
6. Bilik VIP
7. Bilik penyelenggaraan
8. Bilik jenazah
9. Pejabat
10. Bilik kawalan audio visual
11. Ruang letak kereta (bawah tanah)

Kiblat Walk – Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat

Iwan Utama – Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna

Sahn – Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang

Dinding Mihrab – Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara

FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya
1. RM180 juta – Kos pembinaan
2. 60,156 – Meter perseti, luas masjid
3. 20,000 – Kapasiti jemaah.

Design

1. Berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).
2. Dinding menggunakan Crystalized glass.
3. Sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) digunakan bagi menggantikan sistem penghawa dingin dan kipas.
4. Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra, Spain.
5. Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah al-Israa’ ayat 80.
6. Dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir Surah al-Baqarah and Surah Ibrahim.
7. Hanya 1 kubah yang dibuat dari besi


* * * * *

Masjid banyak tapi jemaah kurang, ataupun orang sekeliling malas nak jemaah bersama-sama di dalamnya, tak berguna buat masjid banyak-banyak. Masjid jadi kawasan perlancongan semata-mata.

19 July 2009

Nur Syahada Pelajar Terbaik KUIS

Berita
Nur Syahada pelajar terbaik Kuis
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my

http://lh4.ggpht.com/_EmfGWIIUoLQ/SmMOg8hNqJI/AAAAAAAAAJ8/4OYYBuvPzIs/mainpix.jpg
PENERIMA anugerah pelajar terbaik Kuis (dari kiri), Nurhanani, Siti Fariza, Nur Syahada, Norazah dan Mohd Rasyidi berkongsi kegembiraan selepas Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-12 Kuis di Bandar Seri Putra, Bangi, semalam.

Rakyat Singapura yakin keupayaan universiti Malaysia

BANGI: Yakin dengan kualiti program pengajian ditawarkan institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia, Nur Syahada Misawal nekad berjauhan daripada keluarganya di Singapura untuk meneruskan pengajian peringkat diploma dalam bidang al-Quran dan Sunnah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Ternyata pengorbanannya itu tidak sia-sia apabila dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan sekali gus menerima Anugerah Diraja Sultan Selangor pada Istiadat Konvokesyen ke-12 Kuis, di kampus induk universiti itu, di sini, semalam.

Nur Syahada adalah antara lima Pelajar Terbaik Kuis yang menerima anugerah masing-masing yang disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kuis pada istiadat konvokesyen itu.

Empat penerima lain ialah Norazah Mohamed Ekbal Shah (Anugerah Datuk Menteri Besar Selangor), Nurhanani Mohamad Fahmi (Anugerah Terbaik Rektor), Mohd Rasyidi Ali (Pelajar Terbaik Kepemimpinan Siswa) dan Siti Fariza Muhammad Fisal (Pelajar Terbaik Kepemimpinan Siswi).

Berasal dari Jurong Barat, Singapura, Nur Syahada, berkata peluang meneruskan pengajian peringkat tinggi dalam bidang al-Quran dan Sunnah di negaranya amat terhad berikutan jumlah penawaran program dalam bidang terbabit di kebanyakan universiti di Singapura terlalu kecil.

"Sebaik tamat pengajian peringkat O-Level di Madrasah Al-Arabiyah Al-Islamiah di Singapura, saya tercari-cari universiti luar Singapura yang menawarkan program terbaik dalam bidang al-Quran dan Sunnah sehinggalah saya memilih Kuis kerana yakin dengan kekuatan dan kualiti programnya.

"Peluang mengikuti pengajian di Kuis bukan saja berjaya menyerlah pencapaian akademik, malah mengukuhkan keyakinan saya terhadap keupayaan universiti di Malaysia dalam menawarkan program pengajian berkualiti tinggi," katanya yang berhasrat meneruskan pengajian dalam bidang sama di University Mu'tah, Jordan.

Sumber:
Berita Minggu, 19 Julai 2009

18 July 2009

Konvokesyen KUIS ke-12


Pelajar terbaik KUIS: (dari kiri) Nurhanani, Siti Fariza, Nur Syahada (classmate), Norazah, dan Rasyidi Ali (bekas YDP MPM KUIS).
Alhamdulillah, selesai juga Majlis Konvokesyen ke-12 KUIS yang berlangsung sepanjang hari ini yang disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor.

Tahniah buat mereka-mereka yang bergraduasi pada tahun ini. Buat kawan-kawan, jangan lupa sahabatmu yang masih terkandas ini ye.

Semoga ikatan persahabatan antara kita masih lagi kuat walaupun dijarakkan dengan lautan yang terbentang luas. Ingatku dalam doa kalian.

Bandar Seri Putra, Bangi

17 July 2009

Tuhan, Timah, dan Tempe

http://3.bp.blogspot.com/_3Dye-pUggTI/SGkqmdN2hXI/AAAAAAAAAMo/DkDQ8IH_8hE/s400/tempe.jpg
Tempe makanan kegemaranku (gambar hiasan)

Di Banting, terdapat seorang wanita pembuat tempe bernama Timah (bukan nama sebenar). Timah, seorang Jawa, membuat tempe setiap hari untuk dijual di pasar.

Pada suatu hari, seperti biasa Timah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Timah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum menjadi dan tidak boleh dijual lagi.

Jumilah kebingungan, hilang akal. Maka Timah menadah tangan memohon pada Tuhan agar tempenya itu menjadi kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan untuk menjadikan sesuatu itu. Setelah selesai berdoa, Timah menekan-nekan tempe-tempenya di dalam bungkusan kalau-kalau sudah menjadi. Ternyata tempenya masih lagi belum menjadi.

Matahari semakin meninggi, tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. Timah masih lagi tidak berputus harap pada Tuhan malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut.

Timah tidak putus-putus berdoa agar tempe-tempenya menjadi apabila sampai di pasar nanti. Sampai sahaja dipasar, Timah melihat tempe-tempe yang dijual oleh rakan-rakan penjual tempe yang lain hampir habis. Timah tanpa lengah-lengah lagi berkemas-kemas membuka gerai dan dengan perasaan berdebar-debar memeriksa tempe-tempenya samada sudah menjadi atau tidak. Ternyata seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih lagi belum menjadi.

Timah terduduk kesedihan dan memanjatkan doa pada Tuhan, “Ya Tuhanku, berilah jalan penyelesaian terbaik terhadap tempe-tempeku yang belum menjadi ini…”. Tiba-tiba terdengar seorang wanita memberi salam, “Assalamuailaikum, awak ada jual tempe yang belum menjadi tak?”. Terkejut besar Timah bercampur kehairanan apabila wanita tersebut ingin membeli tempe yang belum menjadi.

Waalaikumussalam, ada, sekejap ya”, jawab Timah sambil mengeluarkan tempe-tempenya daripada bakul. Sambil itu, Timah berdoa di dalam hati, “Ya Tuhanku, jika Engkau telah menjadikan tempe-tempeku ini menjadi maka kembalikan tempe-tempeku seperti sediakala supaya aku boleh menjualnya kepada wanita tersebut”. Jumilah seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih belum menjadi.

Alangkah gembiranya hati seakan-akan seluruh alam turut merasai betapa syukurnya Timah dan lalu bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa puan mahu beli tempe yang belum menjadi ini?”. Wanita tersebut menjawab, “Saya mahu hantar tempe ini kepada anak saya yang berada di England (sape tu?), jadi apabila tempe-tempe ini sampai di sana, barulah cukup-cukup menjadi… Baru ada umphhhh!”

* * * * *

Sahabat-sabahatku sekalian. Belum tentu apa yang kita suka itu terbaik untuk kita dan belum tentu apa yang kita benci itu adalah terburuk untuk kita padahal sesungguhnya Allah swt itulah yang Maha Mengetahui. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah swt maka dijadikan baginya jalan keluar dan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Tiada yang mustahil bagi Allah swt.

Bandar Bukit Mahkota, Bangi

15 July 2009

Mana Adabnya?

Alhamdulillah. First time sampai di tempat ini. Dibangunkan atas dasar untuk membangunkan Islam, menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan insani yang makin hanyut dalam arus deras dunia. Bukan apa, saya datang ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan saya yang baru dianugerahkan 'warganegara' penempatan di sini.

Kawasannya luas, berganda-ganda daripada luasnya KUIS yang tercinta. Kehijauan masih lagi terasa kerana kedudukannya bagaikan di sebalik hutan belantara ditambah pula keadaan langit seakan-akan mahu merenjiskan butir-butir air. Suasananya tidaklah sunyi tetapi sibuk dengan manusiawi yang keluar ke hulu ke hilir menjalankan aktiviti-aktiviti seharian sebagai insan.

Memang luas. Luas sehinggakan saya berpusing mengelilinginya sebanyak dua kali kerana tersesat akibat daripada mencari penempatan warganya. Walhal langit makin gelap, amarannya supaya disediakan payung. Tiadalah di sisi sekaki payung, cuma yang ada hanyalah baju hujan. Ia cukup berguna berbanding payung. Payung tidak boleh digunakan ketika membonceng motosikal. Betul tak?

"Tunggulah kat masjid," itulah pesanan terakhir daripada sahabat. Masjid. Hrm... Dua menara masjid yang menjulang tinggi serta kubah besarnya yang berwarna biru tidak lari daripada pandangan. Saya berpusing-pusing dengan motor mencari jalan besar ataupun jalan bertar yang menghala ke arah masjid. Tidak dijumpai! Mustahil? Adakah perlu jemaah-jemaah merentasi bangunan-bangunan di sekeliling semata-mata mahu ke masjid?

Masjid gah tetapi tiada jalan yang menghubungkan dengan jalan utamanya! Teringat kata-kata Ustaz Ramly ketika kami mencari-cari jalan ke Masjid Putra suatu ketika dahulu: "Masjid ada, jalan nak pergi payah cari. (Bak) Hidayah ada, jalan petunjuk tak jumpa-jumpa." Peh... Menusuk ke kalbu kalau sayalah yang merencanakan pembangunan Putrajaya. Teguran ustaz dahulu berasas. Bagi mereka yang sudah tahu selok-belok Putrajaya, mungkin mudahlah. Bagaimana begi mereka yang tidak tahu langsung? Jalannya yang mengelirukan menyusahkan lagi orang yang ingin berjemaah untuk mencari masjid yang telah jelas kelihatan! Pernah juga seorang ustaz saya yang tidak menjumpai jalan ke Masjid Putra, terus pulang dan bersolat di Masjid Jameatus Solehah di Pekan Dengkil. Itulah manusia. Makin mahu disusahkan jemaah untuk tiba di masjid untuk bersolat! Sedangkan itulah sepatutnya diambil penekanan daripada dok sebok bising halang orang berpolitik dalam masjid!

Perumpamaan ini samalah dengan di kawasan ini. Disebabkan masa terlalu suntuk, saya kemudiannya menetapkan untuk menunggu di hadapan tangga besar bangunan utama. Lebih senang. Tidak perlulah saya berpusing mengelilinginya berpuluh kali semata-mata mahu mencari masjid! Zohor saya ke Masjid Zaid di Setiawangsa (ketika hujan lebat!).

Biarlah. Mungkin pereka dan perancang asalnya mahu menyenangkan warganya untuk berjemaah. Dan mungkin juga terdapat banyak faedah diletakkan masjid itu tersorok (pada pandangan saya). Lagipun, saya bukanlah salah satu daripada kalangan mereka.

Cuma satu, mengapa tiada satu garis panduan berpakaian seperti yang dilaksanakan di KUIS? Kelihatan warganya berpakaian bebas (of course, menutup aurat), berseluar jeans, berpakaian casual? Sesuaikah kita menadah ilmu dengan berpakaian macam pergi pasar?

Thinks positive. Mungkin mereka membiarkan penuntut-penuntut berfikir sendiri dan memilih jalan yang sepatutnya.

Masalahnya, bagaimana mahu difikirnya yang sepatutnya dan memilih jalan yang terbaik sekiranya tidak dibimbing? Samalah seperti kita mencari Tuhan. Jikalau kita disuruh mencari dengan akal yang cetek, sudah tentu kita akan menyembah selain Allah swt, menyembah berhala, pokok besar, makhluk ghaib, dan sebagainya. Sebab itulah Allah swt menurunkan wahyu sebagai satu guideline kepada manusia dan jin supaya mereka dapat mengenal siapakah Tuhan mereka yang sebenarnya.

Pendidikan yang tinggi tidak semestinya menjadikan pemikiran dan pilihan kita lebih baik berbanding mereka yang tidak melanjutkan pelajaran. Sebab itulah Allah swt melihat pada ketakwaan, bukan pada pencapaian akademik, harta yang menimbun, tan sri, sultan, YB, dan semua kemegahan duniawi.

Sepatutnya, warganya dapat memilih untuk mendapatkan ilmu yang barakah, melihat semua aspek termasuk etika berpakaian ketika menadah ilmu. Biarkan mereka yang mahu merembat segulung ijazah semata-mata. Yang penting, lihat pada diri, adakah kita mengikut adab-adab ataupun hanya atas garisan umum yang digaruskan Tuhan?

Agama kita terbahagi kepada tiga, aqidah, syariah, dan ihsan. Aqidah itu adalah keimanan kita terhadap Allah swt, syariah itu menggariskan semua kewajipan dan amalan yang sepatutnya dilaksanakan sebagai mereka yang beriman, manakala ihsan pula menyempurnakan kehidupan sebagai seorang yang beriman dan bertakwa secara Islami supaya terserlah keindahan Islam itu sendiri.

Hidup mesti beradab, terutamanya benda-benda yang berkaitan dengan keberkatan.

Cuma lontaran pendapat, harap sediakanlah air sebelum terasa pedas tergigit cili api. Bukan menyalahkan apatah lagi jika dituduh cuba menjatuhkan reputasi. Hanya mahu menyedarkan mereka yang masih lagi dibayangi mimpi-mimpi yang melekakan.

Itulah. Bila terfikir panjang, saya tetap mencintai KUIS lebih daripada tempat itu...

والله أعــــــــــــــلــــــــــم بالصــــواب

Bandar Bukit Mahkota, Bangi

10 July 2009

Pemergian Bertha Hertogh

Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

09 July 2009

Peristiwa Agung Dalam Rejab

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلمَسۡجِدِ ٱلحَرَامِ إِلَى ٱلمَسۡجِدِ ٱلأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكنَا حَوۡلَهُو لِنُرِيَهۥو مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِير
Maha suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad saw) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang mana diberkati sekitarnya (Masjidil Aqsa) dan untuk memperlihat tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
AQ 17:1

Bulan Rejab tiba lagi. Ketibaan bulan ini selalunya dikaitkan dengan kefardhuan solat fardhu lima waktu yang diwajibkan oleh Allah swt kepada umat Islam. Penurunan kefardhuan solat ini tidak dilakukan secara biasa di mana kefardhuannya diberikan Allah swt kepada Rasulullah saw secara direct tanpa perantara Malaikat Jibril as.

Mengikut sirah nabawiyyah, Rasulullah saw telah diisra'kan dari Kota Makkah ke Baitul Maqdis pada malam yang saya, disepakati oleh ijmak ulama', ia berlaku pada malam 27 Rejab dalam Tahun Kesedihan di mana isteri kesayangan baginda, Saidatina Khadijah binti Khuwaylid dan bapa saudara baginda, Abu Thalib meninggal dunia. Kedua-dua insan inilah yang banyak membantu baginda dalam menyebarkan dakwah walaupun Abu Thalib tidak memeluk agama Islam.

Kisah Isra' dan Mi'raj ini adalah kisah benar dan diriwayatkan dalam hadith-hadith yang mutawatir, mustahil akan berlakunya pembohongan melaluinya. Menurut aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, sesiapa yang menafikan peristiwa ini telah dihukumkan kafir. Betapa beratnya hukum yang dijatuhkan!

Sebelum baginda diisra'kan, dada baginda dibelah oleh malaikat dan hati baginda saw dicuci dengan air zamzam, dan kotoran hitam ('alaqah) di mana tempat waswas dibisikkan oleh syaitan dibuang. Kemudian hati baginda dicurahkan dengan hikmah, ilmu, dan iman. Setelah selesai proses pembedahan, haiwan dari syurga bernama Buraq didatangkan untuk ditunggangi baginda saw.

ISRA'


Sepanjang perjalanan baginda dalam peristiwa Isra', Rasulullah saw ditemani oleh Malaikat Jibril dan Israfil. Apabila tiba di beberapa tempat tertentu, baginda saw diarah oleh Malaikat Jibril supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat. Antara tempat berkenaan ialah:
1. Yathrib atau Madinah di mana tempat baginda akan berhijrah.
2. Bukit Thursina, tempat Nabi Musa as menerima wahyu daripada Allah swt.
3. Baitul Laham, tempat Nabi Isa as dilahirkan.

Dalam perjalanan itu, baginda diperlihat akan peristiwa-perista pelik yang memberikan pengajaran buat umat kemudiannya. Antaranya:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Selepas dituai, hasil yang baru pula keluar semula seolah-olah bagai belum lagi dituai lagi. Hal ini berlaku berulang-ulang. Ia dijelaskan oleh Malaikat Jibril bahawa itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan lebih daripada itu.

2. Tempat yang berbau harum. Malaikat Jibril menjelaskan bahawa itulah bau kubur Masyitah, tukang sikat rambut anak Firaun bersama suami dan anak-anaknya termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah dan tidak mahu mengakui Firaun sebagai tuhan.

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan lagi. Demikian dilakukan berkali-kali. Malaikat Jibrail memberitahu Rasulullah saw bahawa itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud dan solat.

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Beritahu Malaikat Jibrail, itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Malaikat Jibrail, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai pasangan yang sah.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Malaikat Jibril memberitahu bahawa itulah orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu lalu memikulnya. Namun begitu dia tidak terdaya untuk memikulnya. Walaupun begitu, dia menambahkan lagi kayu yang lain dalam pikulannya. Kata Malaikat Jibril, itulah orang yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi masih mahu menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Malaikat Jibril memberikan penjelasan kepada baginda saw bahawa itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu mengenai orang lain yang mana dia tidak melakukannya sebagaimana yang difitnahkan.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Malaikat Jibril, itulah orang yang memakan daging manusia, yakni mengumpat dan menjatuhkan maruah, mencela, dan menghina orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Jelas Malaikat Jibril, itulah orang yang takabbur atau bercakap besar, dan kemudiannua menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah saw tidak memperdulikannya. Kata Malaikat Jibril, itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah saw berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Malaikat Jibril menjelaskan bahawa itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah saw untuk bertanyakan sesuatu. Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Rasulullah saw turun dari Buraq, haiwan tunggangannya setelah tibanya baginda di Masjid al-Aqsa. Baginda kemudiannya mengimamkan solat dua rakaat yang bermakmumkan para al-anbia' wal-mursalin.

Rasulullah saw kemudiannya terasa dahaga, lalu Malaikat Jibril datang membawa dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah saw memilih susu lalu diminumnya. Kata Malaikat Jibril kepada baginda bahawa baginda telag membuat pilhan yang betul. Jika arak yang dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


MI'RAJ


Baginda Rasulullah saw kemudiannya meneruskan perjalanan baginda bertemu Allah swt untuk menerima perintah kewajipan solat. Peristiwa ini dinamakan sebagai Mi'raj. Dalam perjalanan bertemu Allah swt, baginda saw melalui setiap ketujuh-tujuh lapisan langit dan bertemu para nabi di setiap lapisan langit tersebut.


Di lapisan langit pertama, baginda saw bertemu dengan Nabi Adam as. Di lapisan langit kedua, baginda bertemu Nabi Isa dan Nabi Yahya 'alayhimassalam. Di langit yang ketiga, baginda bertemu Nabi Yusuf as. Di langit yang seterusnya, baginda bertemu dengan Nabi Idris as. Di langit yang kelima, baginda bertemu Nabi Harun as. Di langit yang keenam, baginda bertemu dengan Nabi Musa as manakala di langit yang terakhir, baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah as.


Kemudiannya baginda saw meneruskan perjalanan ke Sidratul Muntaha (betulkan saya sekiranya tersilap) untuk bertemu Allah swt tanpa ditemani Malaikat Jibril. Ada riwayat yang mengatakan bahawa ketika baginda saw bertemu Allah rabbul jalil, baginda 'dihijabkan' di antaranya dengan Allah bagaikan tabir. Sekiranya baginda saw menyelak, maka baginda dapat melihat Allah swt. Tetapi baginda saw tidak menyelak 'tabir' tersebut dan menerimanya tanpa melihat zat Allah Yang Maha Pemurah itu. (Inilah yang saya belajar dahulu. Tidak pasti mana riwayat yang guru saya ambil.)


Sepertimana yang diketahui umum, jumlah solat yang difardhukan oleh Allah swt adalah 50 waktu. Rasulullah saw kemudiannya bertemu Nabi Musa as dan diminta untuk dikurangkan atas alasan umat Nabi Musa as yang gagah perkasa tidak mampu untuk menunaikannya. Saranan Nabi Musa as ini kemudiannya membuatkan baginda Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dikurangkan sehingga baginda sendiri malu untuk mengurangkannya setelah turun-naik bertemu Allah swt. Dengan sifat Maha Pemurahnya Allah swt terhadap umat Nabi Muhammad saw, maka waktu solat fardhu yang disyariatkan buat umat akhir zaman hanyalah sebanyak lima waktu sahaja. Walaubagaimanapun, kebesaran, keutamaan, fadhilat, dan ganjaran yang disediakan Allah swt buat hamba-hamba-Nya yang menunaikannya adalah sama dengan solat 50 waktu yang pada awalnya disyariatkan.


Rasulullah saw pulang ke Kota Makkah pada malam yang sama baginda diisra'kan. Pada keesokkan paginya, penentang kuat Rasulullah saw ketika itu, Abu Jahal bertemu dengan baginda untuk meminta perkhabaran dari Tuhan yang baginda terima. Tanpa rasa ragu dan takut, baginda menceritakan peristiwa ajaib yang baginda lalui. Tidak cukup dengan itu, baginda menceritakan keadaan kabilah dagangan yang pulang ke Kota Makkah dan keadaan itu benar disaksikan sendiri oleh para sahabat dan penduduk Makkah. Abu Jahal geram dengan hujah dan mukjizat nabi yang mulia itu kemudiannya mengatakan "Haza sihrum mubin!" (Muhammad benar-benar seorang ahli sihir!).

Seperti apa yang saya jelaskan pada awal penulisan saya, peristiwa Isra' dan Mi'raj ini diriwayatkan secara mutawatir dan mustahil ia telah didustakan oleh sebahagian besar para sahabat yang mana ketika itu kebanyakkannya thiqah dan memeluk Islam dengan ikhlas tanpa rasa mahu merosakkannya.

وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ أَفَرَءَيۡتُمُ ٱللَّـٰتَ وَٱلۡعُزَّىٰ وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰٓ أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلۡأُنثَىٰ تِلۡكَ إِذً۬ا قِسۡمَةٌ۬ ضِيزَىٰٓ إِنۡ هِىَ إِلَّآ أَسۡمَآءٌ۬ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِہَا مِن سُلۡطَـٰنٍ‌ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهۡوَى ٱلۡأَنفُسُ‌ۖ وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّن رَّبِّہِمُ ٱلۡهُدَىٰٓ أَمۡ لِلۡإِنسَـٰنِ مَا تَمَنَّىٰ فَلِلَّهِ ٱلۡأَخِرَةُ وَٱلۡأُولَىٰ
Maka sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril sekali lagi di Sidratul Muntaha di mana Syurga Makwa berada di sebelahnya. Baginda di sana dikelilingi oleh makhluk dari alam ghaib yang banyak. Penglihatannya dapat melihat apa yang ada di sana dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, Muhammad melihat tanda-tanda kebesaran Tuhannya. (Wahai kaum musyrik Makkah yang mendengar khabaran Isra' dan Mi'raj dari Muhammad), Adakah kamu masih lagi nampak al-Laat dan al-'Uzza serta Manat yang ketiga tarafnya itu sebagai tuhan-tuhan kamu? Patutkah kamu mengambil anak-anak lelaki yang kamu inginkan dan memberikannya anak-anak perempuan yang kamu benci? Sudah tentu ia suatu yang tidak adil. Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berhala yang datuk nenek kamu namakannya. Allah swt tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang akan membenarkan tindakan kamu itu. Mereka yang melakukannya hanyalah menurut apa yang diinginkan gawa nafsunya semata-mata. Sedangkan telah datang petunjuk kepada mereka daripada Tuhan mereka. Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakan? (Tidak dengan jalan begitu!) Sedangkan Allahlah yang menguasai urusan akhirat dan juga sebelumnya (urusan dunia).
AQ 53:13-25

02 July 2009

Roket Gah Tanpa Bahan Api

BILA ROKET TANPA BAHAN API CUBA TERBANG

Baru-baru ini, DAP Kedah mengugut untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan bertindak tidak menyokong kerajaan negeri dalam Sidang DUN negeri itu. Pengerusi DAP negeri, Thomas Su menyatakan bahawa DAP negeri bersetuju dalam mesyuarat peringkat negeri untuk meninggalkan PR Kedah yang diterajui PAS. Kenyataan beliau disahkan oleh pimpinan DAP pusat, YB Teresa Kok.

Ini membawa erti, wakil tunggal DAP di dalam DUN Kedah, YB Lee Guan Aik (ADUN Kota Darul Aman) tidak akan menyokong Kerajaan PAS Kedah di dalam Sidang DUN. Juga memungkinkan kesemua Ahli Majlis di semua Majlis Perbandaran di Kedah yang diduduki oleh wakil DAP perlu melepaskan jawatan selaras dengan hasrat DAP negeri itu. Juga tidak ketinggalan dalam semua jawatankuasa-jawatankuasa seliaan Kerajaan Negeri Kedah.

Puncanya, perobohan pusat penyembelihan babi di kawasan awam yang telah beroperasi lebih dari 30 tahun! Dan juga beroperasi secara haram (dari sudut undang-undang)!

MENGAPA PERLU DIROBOHKAN PUSAT PENYEMBELIHAN BABI ITU?

Pusat itu yang sudah beroperasi lebih 30 tahun, namun tanpa lesen yang sah, dirobohkan hari ini selepas tamat tempoh sebulan yang dipohon oleh persatuan yang menguasai pusat penyembelihan itu.
Sebelum ini, isu pusat ini telah hangat dibahaskan di Kedah kerana sisa pusat ini telah dibuang ke dalam tong sampah yang sama dengan buangan lain. Najis dan bahan buangan juga ada yang dibuang ke dalam sungai berdekatan menyebabkan orang Melayu yang tinggal berdekatan dan turut ke pasar ini membuat bantahan. MBAS telah mengarahkan pusat ini ditutup, namun, persatuan telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah agar mereka diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan tempat yang baru. Hasilnya, MB Azizan telah menghantar surat kepada MBAS agar memenuhi rayuan ini dan memberikan mereka tempoh hingga 30 Jun. Pada 26 Jun, semua kegiatan di pusat ini telah dihentikan oleh peniaga di situ. Pagi tadi, MBAS mula merobohkan bangunan itu.

Namun tindakbalas DAP negeri yang mengugut untuk tidak menyokong kerajaan PR di Kedah adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku. Apakah kerana hanya merobohkan pusat penyembelihan babi tanpa lesen yang sah dikatakan tidak adil dan tidak telus?

DAP YANG BIADAP!

DAP akhir-akhir ini semakin liar mengeluarkan kenyataan dan seringkali mengugut rakan dalam pakatan sendiri. Tidakkah mereka sedar bahawa kejayaan mereka dibantu oleh hampir separuh daripada sokongan orang Melayu yang sebelum ini agak fobia untuk menyokong mereka? YB Zulkifli Noordin (MP Kulim-Bandar Baru) menyelar tindakan DAP yang membuat keputusan dan mengambil tindakan unilateral dalam beberapa isu akhir-akhir ini yang akhirnya akan mengundang polemik yang sangat merbahaya terhadap Pakatan Rakyat.

Kita imbas kembali tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP. Mereka memecat Johari Kassim daripada jawatan Ketua Whip dan Ahli Majlis yang mana membantah keputusan Ketua Menteri yang melantik YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai. Walhal Johari Kassim hanya bertindak mewakili ketetapan yang telah diputuskan bersama.

Tindakan Pengerusi DAP YB Karpal Singh mencabar Tuan Guru Haji Hadi dan YB Ustaz Nasharuddin (Presiden & Timbalan Presiden PAS) supaya keluar daripada PAS dan menyertai UMNO adalah suatu tindakan dan kenyataan yang tidak sepatutnya datang daripada seorang pemimpin yang menganggotai Pakatan Rakyat.

Majoriti pengundi yang mengundi DAP (terutamanya Melayu) bukan kerana yakinnya kepada mereka tetapi keyakinan mereka terhadap ketokohan Datuk Seri Anwar dan kegigihan jentera PAS yang bekerja kuat demi menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa lebih setengah dekad!

Mereka perlu sedar, sekiranya mereka ingin berkompromi dengan PAS dan PKR dalam PR, harus adanya tolak ansur, bukan cuba menunggangi rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sekiranya ini berlaku, maka benarlah apa yang dikatakan oleh pihak BN sendiri, PAS menjadi kuda tunggangan DAP, mengikut telunjuk.

Buktikan DAP mendapat kepercayaan sebahagian besar orang Melayu yang mana mewakili 60 peratus penduduk Malaysia. Saya pasti, ramai orang Melayu dan Muslim pasti akan menolak DAP mentah-mentah jika inilah yang mereka dapat daripada wakil rakyat daripada kalangan DAP. Mereka inilah sebenarnya penghalang kepada kebangkitan Islam sekiranya mereka terus keras kepala dan menghentam memBABI buta.

Taman Permata, Hulu Kelang