Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 January 2010

Allah Semitik

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/8f/ReligionSymbolAbr.PNG
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ ۚ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
AQ 4:171

23 January 2010

Sultan Iskandar Mangkat

http://img413.imageshack.us/img413/4049/rmjbaristh1.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_qP2RFwUoFU8/SxUKHxTAtyI/AAAAAAAAAnA/WIm5K9GBXHo/s1600/tunku+raja+muda.jpg

Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar. Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang Sabtu (23 Januari).

Al-Fatihah

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

22 January 2010

Boleh Memangkah

Akhirnya, saya berjaya juga mendaftarkan nama saya sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, sebagai seorang warganegara yang bakal 'memimpin' negara Malaysia, membawa hala tujunya hanya dengan dua pangkahan pada kertas kecil.

Daftar apa tu sampai membolehkan saya 'memerintah' Malaysia? Tentulah daftar sebagai pengundi pilihanraya. Baru sahaja daftar Rabu lepas (20 Januari). Nama saya mungkin dimasukkan seawal Mei tahun ini sebab pegawai SPR suruh semak kemudian.

Sayalah warganegara Malaysia yang bertanggungjawab!!!

Berapa ramai lagi yang sebenarnya tidak bertanggungjawab?

18 January 2010

Tok Sah Kawan

Entah la... Dua tiga bulan dah berlalu sudah bagai ada benda yang melayang-layang dalam benak fikiran. Nak kata salah sendiri, entahlah. Apa yang faham, hanyalah salah silap orang lain sendiri, bukannya dari diri yang kecil ini. Tapi, entahlah. Dah nama pun manusia, tentulah tak lepas daripada salah dan silap.

Selaku seorang yang mempunyai prinsip, saya tidak sesekali menarik balik apa juga tindakan saya. Biarlah mereka menjaja 'kesilapan' saya yang mereka sangkakan atau adakan itu melata. Saya berpegang pada satu perkara dalam hal ini, jangan aibkan sesiapapun. Biarlah Tuhan yang mengadilinya, itu lebih adil berbanding manusia yang hanya tahu menyebelahi satu pihak dan bersikap berat sebelah dalam mengadili.

Selagi saya yakin itu bukan satu bentuk kesilapan, jangan cuba 'mengugut' saya agar menukarnya. Saya tetap bertegas dengan pendirian tersebut walaupun satu dunia menyanggahnya.

Bukan ego, bukan tidak mengakui kesilapan. Sebenarnya ramai daripada kalangan manusia sendiri yang melihat 'kesalahan' saya itu berdasarkan cerita daripada pihak yang bertentangan dengan diri saya sendiri. Mereka menilai apa yang diperkatakan itu sebagai benar dan 'menjatuhkan hukuman mandatori' ke atas saya tanpa satu pun hujah pembelaan!

Kalau mereka minta sekalipun, saya bersikap berdiam sahaja. Biarlah mereka yang tidak berpuas hati itu menyelesaikan sendiri dengan saya. Cukuplah saya menyimpan sahaja cerita itu dalam memori.

Sesiapa yang terasa tu, jangan kecil hatilah. Lumrah dunia. Selama ini, anda sendiri malukan saya, jaja 'kesalahan' saya. Mengapa pula anda perlu terasa pedas sedangkan anda sendiri yang menyuapkan sambal belacan ke dalam mulut?

13 January 2010

Diskriminasi Bandaraya Injil


Rasanya, sejuk Cameron Highlands ni tak dapat menghalang saya untuk terus menulis dengan berbekalkan Broadband Celcom dengan Youth Plannya serta Notebook Acer yang diberipinjam sejak 2 tahun sudah.

Sebentar tadi, saya menerima mesej telefon saya, sekitar inilah bunyi mesejnya...
Mohon kesudian umat Muslim malam ini tolong lakukan solat sunat tahajud dan hajat serta berdoa untuk penolakan pengisytiharan Manokwari di Irian, Indonesia sebagai Kota/Bandaraya Injil dan ini akan melarang:
  1. Berjilbab/bertudung
  2. Azan
  3. Pembinaan masjid

Jangan terburu-buru, mari kita lihat satu-persatu sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut...

12 January 2010

Mahkota Boyz @ Cameron Highlands

Entah macam mana kami 'ter-rancang' untuk ke Cameron Highlandslah hari ni... Hm...

Perjalanan dari Bangi ke Tanah Tinggi Cameron bermula seawal jam 2 pagi tadi. Sebelum kami tiba di Tanah Tinggi Cameron, kami singgah sebentar di RnR Tapah untuk berehat sebelum menyambung perjalanan.

Jalan ke pekan Tanah Tinggi Cameron memang bengkang-bengkok. Bukan itu sahaja, lori-lori termasuklah lori kontena, semuanya memecut ketika memandu. Pergh... Memang menakutkan. Dah lah jalan sempit, bengkang-bengkok, dengan selamber badaknya lori-lori memecut laju.

Duduk kat sini memang sejuk, macam kat Europe. Walaupun matahari menyinar tepat ke muka, namun, beku angin bukit meniup sememangnya membuatkan badan membeku...

03 January 2010

Satria Lembek Part 2

Ingat lagi tak artikel saya penghujung tahun lepas (macamlah sudah setahun berlalu) mengenai keremukan kereta Satria Neo?

Bagaimana pula keadaan dan remukan kereta ayah saya yang dirempuh?

02 January 2010

Mamak, Gelas Kosong Satu! Part 2

Terlepas part 1?

Semalam dunia merayakan 1 Januari 2010. Ada yang merayakan dengan sujud kepada Allah swt. Ada sebahagian pula merayakannya dengan menanam azam baru. Ada juga yang sejak malam kelmarin, terus tak sedar diri kerana mabuk di pub kerana meraikan kehadiran tahun baru. Tak kurang juga brutalnya, jika ada pula yang meraikan malam tahun baru dengan berzina, nauzubillah. Jika berlaku biarlah bukan di bumi Malaysia. Bumi yang ditabalkan sebagai bumi 'hadhari' suatu masa lalu. Jika dilihat dari senarai khutbah jumaat hari ini, banyak dikisarkan tentang kisah mendepani tahun baru dengan azam ketaqwaan. Mantap teks yang dihulurkan kepada tok-tok imam masjid.

Namun teks paling jelas yang diberikan oleh Kerajaan 1Malaysia pada tahun baru 2010 kepada hamba rakyatnya lebih hebat dari teks yg dihulurkan kepada tok2 imam masjid, si pembaca khutbah. Teks dan mesejnyalebih mengegarkan ! Harga gula naik 20 sen sekilo mulai hari ini. Tahniah kita ucapkan kepada KPDNKK.

01 January 2010

Dasar Tak Kenal Dek Untung

Ada la satu company bumiputra ni, namanya sungguh terkenal di segenap lingkup semenanjung Malaysia.

Malangnya, akibat daripada tamak, ownernya sanggup mengetepikan perjanjian (tak pasti sama ada secara lisan atau hitam putih) dan mengsonglap keuntungan seorang diri.

Bukan itu sahaja, franchise pula terpaksa memerah keringat mambayar sebahagian daripada keuntungan kepada owner yang tak berhati perut. Apa yang owner ni buat hanyalah goyang kaki.

Apa company itu dan siapa pula ownernyer? Klik di sini.

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

Mamak, Gelas Kosong Satu!


Apa lagi yang patut rakyat SATU MALAYSIA katakan lagi ketika ambang tahun baru. Terima kasih SATU MALAYSIA. Jika dahulu, kenaikkan harga barang dalam lingkungan 5 sen atau pun 10 sen, tetapi sekarang Kerajaan BN dah tak main sikit-sikit, pasal poket lambat penuh. Jadi terpaksalah naik secara yang mengejutkan RAKYAT DIDAHULUKAN. Maka berbuihlah mulut hulubalangnya mempertahankan SATU MALAYSIA dengan alasan: "Kerajaan sudah tidak mampu untuk menampung subsidi."

Satu hadiah buat RAKYAT DIDAHULUKAN daripada SATU MALAYSIA kerana memenangkan BN dan kenaikkan pangkat SATU MALAYSIA sebagai PM. Bertetapanlah dengan singkatan nama Barisan Nasional atau BN.