Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 March 2010

Kuasa Politik dan Kuasa Agama


Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.

Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.

Begini…

Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?

Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila ‘iman rakyat’ dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan ‘Tuhan’ atau ‘pegangan agama’ adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.

Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai ‘tuhan’ atau ‘jelmaan Tuhan’ adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai ‘iman rakyat’.

26 March 2010

Sediakah Anda Untuk Bergelap Esok?


http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/a/a5/Earth-Hour-Logo.jpg



Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Earth Hour kini kembali lagi. Dunia diseru untuk memadamkan penggunaan lampu yang berlebihan selama satu jam bermula jam 8.30 malam. Objektif pemadaman lampu ini adalah untuk 'menginsafi' kesalahan kita sebagai manusia kepada dunia akibat daripada pemanasan global yang makin hari makin melampau.

Dunia semakin tua. Kita selaku penduduk dunia pula semakin hari semakin rakus. Tindakan kita seolah-olah tidak menghormati dunia tempat tinggal spesis manusia sejak ribuan tahun.

24 March 2010

Islamnya Mereka Yang Berpendidikan Islam Part 3

Terlepas Part 2?

http://4.bp.blogspot.com/_A75GSom2dJg/RoR1mtRzUwI/AAAAAAAAARc/G5N_iAfkjXc/s320/ulama_panutan.jpg
Pada tulisan saya yang lalu, saya menekan akan aspek ikhlas dalam menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ketika menuntut ilmu agama. Tanpa ikhlas, pastinya pembelajaran agama tidak akan sampai kepada matlamat asalnya, iaitu memberi petunjuk atau al-huda kepada sekelian manusia, bukan sekadar kepada yang mempelajarinya, bahkan ia mungkin boleh disebarluaskan kepada orang lain.

Sebelum saya meneruskan tulisan saya pada kali ini, teringat saya pada kegusaran baginda Rasulullah saw tentang satu perkara yang bahayanya lebih bahaya daripada al-Masih ad-Dajjal. Siapa dia yang baginda gusarkan itu? Siapa lagi kalau bukan ulama-us-suk (العلماء السوء - ulama yang jahat atau berniat jahat atau yang sama waktu dengannya).

Kegusaran baginda jelas kelihatan dewasa ini. Ramai ulama-us-suk ini muncul bak tumbuhnya cendawan selepas hujan. Mereka yang diberi title ulama atau ustaz atau tok guru atau apa-apa sahaja title yang seumpama dengannya oleh masyarakat secara automatiknya akan dihormati dan disanjungi (pada awalnyalah).

23 March 2010

Polis Berjaga Dalam Hujan

Nombor telefon alternatif saya sudah lebih 100 hari mati. Nombor ini juga mungkin akan direcycle pada bila-bila masa sahaja. Pada asalnya, saya memasukkan kredit sebelum seratus hari masa tambahan yang pihak Celcom berikan tetapi entah macam mana, belum sampai 100 hari, nombor saya telah disekat dan saya tidak lagi boleh mengunakannya.

Kemudiannya,broadband saya pula disekat akibat terkumpulnya dua bulan bill. La... Saya difahamkan oleh pihak Celcom ketika mendaftarkan akaun untuk menggunakan broadband bahawa had limit kredit yang dibenarkan oleh Celcom ialah sebanyak RM 150. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku yang tertakluk dalam terms and conditions yang ditetapkan oleh pihak Celcom bukanlah begitu.

Saya sebenarnya malas untuk membaca terms and conditions dalam sesuatu produk perkhidmatan dan kebanyakkannya ditulis di dalam English. Bukan masalah tidak memahaminya, cuma perasaan malas itu yang menghantui...

Bila saya menelefon Celcom Centre, mereka menjelaskan bahawa terdapat dua cara sesuatu akaun itu diterminatekan. Yang pertama seperti yang saya nyatakan di atas manakala cara yang lagi satu, jika terkumpul dua bill yang tertunggak.

Think positive. Mungkin ketika saya mengambil broadband tersebut, kakak yang menjaga kaunter tersebut baru sahaja menjalankan tugas. Mungkinlah dia kurang memahami dan mungkin juga dia terlepas pandang setiap perkara yang sepatutnya diterangkan. Maklumlah, bukan satu pelanggan yang berurusan dengannya.

Itu takdir saya untuk berurusan dengan pihak Celcom. Cuma saya pelik sebelum itu ketika saya berpusing-pusing di belakang Menara Celcom Jalan Semarak, kelihatan ramai anggota polis yang berkawal di kawasan perumahan elite di situ ketika hujan. Kenapa ya?

Siapa Yang Menjadikan Masjid Dimakmurkan?


Ada sebuah masjid di pinggir sebuah bandaraya. Setiap hari, ia menerima kunjungan jemaah yang ramai. Kedudukan masjid yang strategik dan mempunyai kariah yang ramai antara sebab masjid ini tidak putus-putus daripada kunjungan tetamu.

Setiap malam, pastinya terdapat majlis-majlis ilmu yang diadakan. Masjidnya dihidupkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang bersifat kemasyarakatan.

Itulah sebenarnya yang sepatutnya dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa masjid yang dewasa ini semakin lesu untuk mengimarahkan rumah Allah itu.

Tetapi bukan itu yang ingin dibicarakan di sini.

21 March 2010

Islamnya Mereka Yang Berpendidikan Islam Part 2

Terlepas Part 1?



Ramai penuntut agama lepasan institut pengajian tinggi tidak mensyukuri ilmu agama yang mereka perolehi. Bersyukur di sini bukan setakat "Alhamdulillah, berjaya juga aku menamatkan pengajian aku," atau yang sama waktu dengannya. Bersyukur di sini lebih kepada mengunakan nikmat dan kelebihan tersebut ke jalan yang diredai Allah dan memanfaatkannya bersama-sama.

Sebahagian daripada mereka yang beragama ini akan dipilih oleh Allah swt untuk bergerak di jalan dakwah manakala sebahagian yang lain di simpan sebagai spare part, dan mungkin menjadi rujukan kepada yang berhampiran.

Mereka yang dipilih ini daripada kalangan orang-orang yang berilmu dan ilmu itu menjadi panduan kepada mereka menuju Allah swt. Mereka tidak mensia-siakan ilmu yang diberi.

17 March 2010

Islamnya Mereka Yang Berpendidikan Islam Part 1

Saya secara personalnya tidak suka orang lain tahu yang saya ambil bidang Pengajian Islam. Kekadang, agak keberatan untuk melafazkan bila ada yang bertanya.

Sebab apa? Sebabnya, saya lebih suka hidup sebagai seorang yang berilmu ditengah-tengah masyarakah yang tidak berilmu dan bersikap seperti mereka bagai tidak mengerti melutut di hadapan guru untuk menuntut ilmu bersama-sama mereka yang dahagan ilmu.

Bagi saya, menuntut ilmu agama bersama-sama mereka yang tidak berpendidikan agama lebih selesa berbanding berguru, belajar bersama mereka yang tinggi ilmu agama di buku.

Kebanyakkan mereka yang berpendidikan agama, berijazahkan DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM dan sebagainya tidak menunjukkan satu role model sebagai seorang yang berpendidikan agama. Mencuri, merompak, lidah bercabang, tidak tepati janji, dan sebagainya menjadi ibadat harian dan penuh dengan istiqamah.

Solat tonggak-tonggek, puasa macam nak mati tetapi macam haprak. Solat yang mereka kata mencegah yang mungkar itu tidak langsung direalisasikan. Di katanya kita salah, dilihatnya kesalahan orang lain secara total tanpa cuba memperbaiki diri, setidak-tidaknya perkara-perkara yang kecil.

Orang berpendidikan agama yang lebih berbanding masyarakat sepatutnya dapat menjaga benda-benda yang kecil dan difahami masyarakat sendiri.

Orang seperti ini jika diberikan nikmat, mereka bermegah dan menunjuk-nunjuk dengan nikmat yang ada yang 'kononnya' diberikan kepada orang yang 'beragama' sedangkan agama mereka digunakan untuk kepentingan nafsu, harta, populariti, pangkat, dan segala perkara keduniaan.


16 March 2010

Kutemui Shareezuan

Darjah 4 Zamrud 1998. Saya berdiri dua dari kiri manakala Shareezuan berdiri tiga dari kiri

9 Mac 2010 merupakan satu tarikh yang amat menggembirakan hati. Pada tarikh inilah, saya bertemu semula dengan Shareezuan, seorang rakan baik dan rapat suatu ketika dahulu.

Ya Allah, sungguh kecil dunia ini...

Kami berkenalan dan berkawan rapat ketika 1997-1999 sebelum beliau berpindah rumah dari Taman Melawati dan sekolah dari SKTP atas faktor keluarga...

Maklumlah, dulu-dulu kala masa zaman 'pra-sejarah', kami mana mengenal erti sebuah telefon bimbit. Reka bentuk dan saiz telefon bimbit pun macam botol air minuman yang dibawa ke sekolah seharian. Internet pula tidak digunakan secara meluas, kalau digunakan pun hanya segelintir sahaja dan ia masih dianggap janggal walaupun kepada mereka yang tinggal di bandar. Lebai Google pun masih belum dilahirkan.

Ketika itulah, beliau berpindah...

15 March 2010

Haruss Ganti Asri


Mingguan gugur ruangan Asri, mufti Perak kolumnis baru

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Penulisan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), yang merupakan kolumis Mingguan Malaysia lebih empat tahun lalu, tidak lagi muncul dalam akhbar edisi Ahad itu.

Kali terakhir penulisan beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia adalah pada 28 Feb lalu.

Mohd Asri yang dilihat sebagai antara mufti muda yang berpendirian progresif dan liberal tetapi kontroversial memulakan ruang penulisan di bawah nama “Minda Mufti” ketika berkhidmat sebagai Mufti Perlis dan kemudian kolumnya dikenali sebagai “Minda Dr Maza” selepas meletakkan jawatan sebagai mufti akhir 2008.

Lazimnya penulisan beliau disiarkan di muka surat sembilan Mingguan Malaysia, satu lagi produk Kumpulan Utusan.