Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

25 February 2011

Frust Tak Dapat


Semalam (Khamis, 24 Februari 2011), seperti kebiasaannya saya mengajar Naim mengaji al-Quran. Alhamdulillah. Bacaannya bertambah baik berbanding sebulan yang lalu. Cuma ada sedikit 'kureng' pada makhraj huruf dan kepanjangan nafasnya yang... hrm... sukar untuk 'diluruskan'. Insya-Allah, mudah-mudah Naim boleh memperbaik bacaan dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan. Ameen.

Bacalah al-Quran setiap masa.

24 February 2011

Sepanjang Februari '11


 Bulan ini (Februari 2011) penuh dengan program, aktiviti, dan perancangan yang saya sertai. Itu tidak termasuk dengan cuti umum yang berlambak-lambak sehingga menjejaskan sesi pengajaran.

Pening juga. Cuma dalam entry ini, saya cuma nak coret beberapa program dan aktiviti yang saya sudah dan bakal sertai.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SRABSP

Murid SRABSP sedang berarak.
Alhamdulillah, SRA Bandar Seri Putra telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan jayanya. Walaupun program ini diakhiri dengan 'slot pesta mandi hujan', tetapi secara keseluruhannya, semuanya berjalan dengan lancar sebelum 'slot mandi hujan'.

Gambar boleh diintai di Muka Buku saya.

16 February 2011

Murid Itu Rakanmu


Riangnya mereka...
Makin lama berada di sini, makin seronok rasanya. Alhamdulillah, pendekatan 'mesra murid' yang saya ambil nampaknya semacam menampakkan hasil. Ketika kebanyakkan daripada kita masih mengekalkan pendekatan konservatif yang lebih selesa, saya mengambil langkah berbahaya untuk menjadikan konsep "Murid Sebagai Rakan" sebagai salah satu daripada modul ciptaan sendiri pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas.

10 February 2011

Memerdekakan Mad'u


Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Susulan daripada entry terdahulu, saya terasa kurang kalau tidak berkongsi mengenai apa yang ingin saya keutarakan ini.

Lebih 'ngam' kita dengan mad'u, lebih mudah kita menyampaikan risalah suci.
(Gambar hiasan)

06 February 2011

Bergaullah Dengan Mereka


الرجل على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل أو كما قال
Agama (akhlak) seseorang itu terletak kepada agama (akhlak) sahabatnya. Maka perhatikanlah setiap daripada kamu dengan siapa dia bersahabat.
HR at-Tirmidzi

Sahabat cermin kepada siapa yang bersahabat dengannya.

05 February 2011

Realitinya Hanyalah Dusta


Alam indah ciptaan Tuhan.
Bila berbicara, manisnya bagaikan madu. Segala-galanya sedap pada lidah. Bila ditayang, indahnya bak alam saujana mata memandang. Segala-galanya cantik pada mata. Bila dilaungkan, merdunya umpama irama. Segala-galanya terpesona mendengarnya. Realitinya? Hanya tangan yang mampu membuktikan.

04 February 2011

Revenge?

AMARAN PERTAMA: Kepada yang berkenaan, sila baca entry ini sehingga habis, jangan hanya baca tajuk dan sebahagian awal daripada entry ini kerana ada mesej yang ingin saya sampaikan kepada anda. Saya tahu anda sememangnya hanya suka baca tajuk dan malas baca isi yang berjela-jela. Sebab itu anda asyik tak tahu banyak benda walaupun anda pernah dapat Anugerah Dekan lima kali berturut-turut. Pandai hanya atas kertas.

AMARAN KEDUA: Artikel ini adalah sambungan daripada artikel Selfish ke? Sila baca artikel tersebut sebelum membaca artikel ini kerana kedua-duanya sangatlah berkaitan.

Entah kenapalah si Mamat seorang nih. Bila kita kata dia tak pernah bantu kita, dia kata kita revenge, kita balas dendam. Sebelum ini, saya ada mengajak beberapa orang kenalan untuk berendam dalam kolam air panas di Sungai Serai, Hulu Langat. Sebenarnya, bukan saya yang ajak mereka, tetapi mereka yang ajak saya tetapi ke destinasi yang berbeza pada asalnya. Ajakan saya menjadikan tiga arah tujuan pada hari tersebut berbanding satu destinasi yang mereka cadangkan pada asalnya.

02 February 2011

RM 25.00 untuk 10 Liter


Sekali lagi harga petrol gred RON 97 naik dan kali ini ia naik sebanyak 10 sen kepada RM 2.50 seliter. Harga petrol RON 97 selepas dinaikkan ini hampir sekali ganda daripada harga RON 95 yang dikatakan disubsidi oleh kerajaan.

Harga petrol RON 97 naik berikutan langkah Kerajaan Pusat mengapungkan harga petrol tersebut mengikut harga semasa bermula November tahun lalu dan menarik tanggungan subsidi sebagai langkah berjimat-cermat.