Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

28 December 2012

Kelas Tin Sardin

Murid tahun 3 2012.
Tahun depan, mereka akan bertemu dengan guru yang begitu 'garang'.
Cuti persekolahan tinggal tidak sampai seminggu sahaja lagi sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Para guru selalunya sudah mula kembali ke sekolah untuk membuat persiapan sebelum sekolah dibuka.

Saya tidak terkecuali, sudah mula hadir ke sekolah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai warga pendidik. Untuk sesi persekolahan 2013, saya diamanahkan untuk menjadi 'bapa' kepada 40 orang murid dari kelas 4 Ibnu Khaldun, kelas kedua daripada 9 buah kelas Tahun 4.

"Wow, 9 buah kelas?!"              "Yup."
"Gila ramai. 40 orang murid dalam satu kelas?"      "Yup."
"Ni sekolah ke, atau tin sardin?"

۞   ۞   ۞   TIN SARDIN  ۞   ۞   ۞

Tidak dinafikan, bilangan murid yang mendaftar di sekolah saya terlalu ramai, sehinggakan jumlahnya menjadikan bilik darjah bagai tin sardin, padat. Mana tidaknya, di kawasan komuniti Putra Mahkota, hanya terdapat sebuah sekolah rendah agama yang ditadbir kerajaan untuk menampung anak-anak Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, dan Taman Impian Putra.

Lebih mengharu-birukan bila Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota dibuka pada 2014 kalau tak silap.

Papan tanda pembinaan SK Bandar Bukit
Mahkota yang dijadualkan siap pada 24 Julai
tahun hadapan.
Untuk tahun hadapan, murid-murid yang bersekolah di sini bersekolah kebangsaan di SK Bandar Seri Putra (SKBSP) dan SK Bangi. SKBSP sendiri tidak mampu menampung kepadatan murid sehingga terpaksa menghadkan kemasukan hanya kepada penduduk Bandar Seri Putra sahaja. Penduduk Taman Impian Putra yang terletak di belakang SKBSP dan penduduk Bandar Bukit Mahkota yang baru mendaftar anak untuk memasuki sesi persekolahan baru terpaksa menghantar anak-anak mereka bersekolah di SK Bangi.

Prasarana di sekolah saya sebenarnya cukup untuk menampung sehingga maksima 3000 orang murid untuk dua sesi persekolahan. Namun, kekangan jumlah guru menjadikan jumlah tersebut amat mustahil untuk dicapai.


Calon PSRA yang bersiap sedia untuk ke sekolah agama menunggu
di tempat menunggu di sekolah kebangsaan.
Tahun lepas, saya pernah mencadangkan kepada pihak pentadbiran agar jumlah kemasukan murid dihadkan kerana melihat kepada kepadatan murid dalam setiap kelas. Namun, cadangan tersebut tidak diterima. Alasannya, kita tidak boleh menghalang orang untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar agama. Boleh jadi dosa. Atas dasar memberikan pendidikan agama kepada anak-anak Putra Mahkota, pihak sekolah menerima semua permohonan walaupun terpaksa menampung jumlah kepadatan murid melebihi daripada kemampuan tenaga yang ada.

Insya-Allah, ada ganjaran buat guru-guru yang bersabar.

Bagi saya, tiada masalah sekiranya satu kelas mencecah 50 orang murid sekalipun. Asalkan mereka muat 'disumbatkan' dalam kelas tersebut.

Kelas 4 Ibnu Khaldun tahun hadapan terdiri daripada 40 orang murid, 15 orang lelaki manakala selebihnya perempuan. Mudah-mudahan urusan mendidik mereka tahun hadapan akan berjalan dengan lancar.

Kelas 4 Ibnu Rusyd 2011. Kelas ketiga daripada 5 buah kelas.
Kelas 4 Ibnu Bathutah 2012, kelas keempat daripada 6 buah kelas.
Gambar ini diambil pada 29 Jun 2012, hari terakhir sebelum kelas dirombak
bermula 2 Julai 2012.
Kelas 4 Ibnu Bathutah 2012 selepas rombakan kelas menjadikannya kelas keempat daripada
7 buah kelas. Gambar ini diambil selepas Jamuan Aidilfitri Antara Kelas
pada 4 September 2012.

Tinta mencoret: Lagi banyak murid, lagi 'banyak' pahala boleh dihasilkan. Siapa yang tak mahu...?

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

6 comments:

  1. cikgu garang????? langsung xpercaya sbb tgk muka dh tau yg syahmi seorg cikgu yg penyayang......
    Selamat kembali ke sk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa-masa je garang. tak boleh selalu garang, jadi stress nanti.

      Selamat kembali ke sekolah juga buat akak... ^_^

      Delete
  2. selamat mula bertugas.
    setelah lama bercuti.
    garang biar bertempat cikgu. Hehe

    ReplyDelete